Sunday 23 December 2012

Kaedah penulisan surat kiriman tidak rasmi



Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )

Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:

Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai.
Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;

1.      Surat ucap tahniah
2.      Surat ucap takziah
3.      bertanya khabar berita
4.      menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
5.      Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
6.      Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
7.      membalas surat yang dihantar oleh orang lain
8.      dan sebagainya

Tahukah kamu ?
Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu

Cara A :        8 Februari 2012
Cara B :        8 hb. Februari, 2012
  
Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.

Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.

Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :

nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.

Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.

Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.


Format Surat Kiriman Tidak Rasmi
                 ( Nama Penulis )............                  
                                                             ( Alamat ).......................
                                                                .......................................
                                                                  .......................................

                                                                                               Tarikh :
(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat )  

.................................................................................................................................
.............................
.................................................................................................................................
..............................

Saudara, (atau yang lain)

(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)

.................................................................................................................................
.............................

.................................................................................................................................
.............................

.................................................................................................................................
...............................
.................................................................................................................................
...........................

.................................................................................................................................
...............

Yang benar,
.................
( Nama Huruf Besar )


Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk mengajaknya datang ke rumah kamu pada hujung bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu sedang berbuah.
1        Nama dan alamat pengirim (kanan)
2        Tarikh (kanan)
3        Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian
4        Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)
5        Perenggan pertama   menyatakan tujuan surat itu ditulis
6        Perenggan ke-2        buah-buahan sedang masak
                                      ayah memajak sebahagian sahaja
                                      keluarga serta kawan-kawan dapat merasai
7        Perenggan ke-3        boleh ajak keluarga serta kawan-kawan bersama-sama
                                      terima kasih
8        Penutup
9        Tandatangan pengirim (kanan)
7        Perakuan diri (kanan)





                                                                                      Faridah Binti Osman
49, Kampung Jeram,
84000,Muar,
Johor.
2 Julai 2012.

Menemui sahabatku Noorhanim yang berada di Kampung Kuala Besut, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Saudari,
          Saya berharap saudari masih tidak melupai saya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah saya pada cuti hujung bulan nanti.
          Untuk pengetahuan saudari, buah-buahan di kebun ayah saya sedang masak. Buah-buahan pada musim ini sungguh menjadi, terutama manggis. Ayah saya memajakkan sebahagian sahaja. Selebihnya ditinggalkan supaya keluarga serta sahabat handai kami sama-sama dapat merasainya.
          Saya berharap Noor tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Kalau saudari suka , ajaklah keluarga serta kawan-kawan saudari datang bersama-sama. Boleh mereka sama-sama merasai keenakan buah manggis, rambutan, langsat serta durian.
          Saya berharap saudari bersetuju dan memberitahu saya secepat mungkin. Saya akan menunggu kedatangan saudari itu.
          Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. Akhir kata , sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat bertemu nanti.
Sekian , terima kasih.

Yang benar,
Faridah

                                                                                         
- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format,       - tolak 3 markah )
a]     alamat  ( salah letak / jika tiada                              - tolak 1 markah )
b]     tarikh  ( salah letak / jika tiada                               - tolak 1 markah )
c]     kata sapaan         ( salah letak / jika tiada      - tolak 1 markah )
d]     tajuk / perkara  ( salah letak / jika tiada                   - tolak 1 markah )
e]     tanda tangan dan nama  ( salah letak / jika tiada       - tolak 1 markah )

Tahukah kamu ?
Tidak menjadi kesalahan jika tidak menulis nama selepas tandatangan jika kamu telah menulis nama penuh pada alamat di atasnya. Ada pendapat mengatakan, anda dianggap ‘ketinggalan zaman’ jika anda menulis nama pada alamat di atas sekali.

Kaedah penulisan surat kiriman rasmi



Karangan Jenis Surat Rasmi

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

a.      Memohon pekerjaan
b.      Membuat aduan / bantahan / cadangan
c.      Membuat rayuan
d.      Membuat jemputan rasmi
e.      Menempah barangan
f.        Meminta kebenaran
g.      atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

1.      Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )

2.      Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.


3.      Perhatikan format di bawah.
Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________________( garisan panjang )___________


 Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb)                                    Tarikh : (selari dengan nama negeri)

Tuan / Puan,

Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)

Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)

2.       ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)

3.       ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)

(Penutup)

Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf  yang digunakan)

__________

Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )


..................................................................................................................................

Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang telah rosak. 

Rangka

1.      alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma di hujungnya ) kemudian selang satu baris

2.      buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris

3.      nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )

4.      tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )

5.      kata ganti diri penerima ( Tuan, )

6.      perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )

7.      perenggan pertama         tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat contoh )

8.      perenggan ke-2             - bola lama tidak dapat digunakan lagi- memerlukan bola baru
        ( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan sedikit sebelum menulis )

9.      perenggan ke-3         berharap agar permohonan diluluskan supaya latihan tidak terganggu

10.   perenggan ke-4             mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan

11.   penutup                       terima kasih

12.   tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )

13.   nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan

14.   jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )

15.   berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma.

Tip : Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak rasmi atau jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.

Pasukan Bola Jaring,
Sekolah Kebangsaan Dumpar,
390, Jalan Junid,
84000, Muar
Johor.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Encik Musa Bin Hassan,
Setiausaha Sukan,
Sekolah Kebangsaan Dumpar,
390, Jalan Junid,
84000, Muar,
Johor                                                                                      24 APRIL 2012. 
       
Tuan,

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama  

Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Dumpar, Muar ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.

2.       Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.

3.       Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.

4.       Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

Widyawati
…………………

( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )
Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,
Sekolah Kebangsaan Dumpar,
Muar,Johor.

.
- Mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format,       - tolak 3 markah )
a]     Alamat  ( salah letak / jika tiada                              - tolak 1 markah )
b]     Tarikh  ( salah letak / jika tiada                               - tolak 1 markah )
c]     Panggilan hormat  ( salah letak / jika tiada                - tolak 1 markah )
d]     Tajuk / perkara  ( salah letak / jika tiada                   - tolak 1 markah )
e]     Tanda tangan dan nama  ( salah letak / jika tiada       - tolak 1 markah )
- isi mengikut perenggan biasa


Tajuk : Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat permohonan kepada akhbar tersebut.


Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________________
Ketua Pengarang,              
Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) ,
Berita Harian Sendirian Berhad,
31, Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.                                                                    10 JANUARI 2012

Tuan,

Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) pada 27 Januari 2012, jam 9.30 pagi.

2.       Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD ditubuhkan dan bagaimana mengendalikannya.

3.       Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.

4.       Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.


Yang benar,

    Nazimah
…………………..
( NAZIMAH NAZIM )
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.