SIMPULAN BAHASA





Buah hati - Orang yang disayangi

...........................................................................................................
 
 Putih tapak kaki - lari kerana ketakutan

Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut :

Simpulan Bahasa Maksudnya
ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air muka rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa anak yang disayangi oleh bapa
anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas anak yang disayangi oleh ibubapa atau ketuanya
angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin negara-negara di sebelah barat
atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut orang yang banyak cakap
batu api orang yang suka menghasut
batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh
bawah angin negara-negara di sebelah timur
bekas tangan hasil kerja tangan seseorang
beralih akal berubah fikiran atau pendapat
beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati enggan; malas
berat mulut pendiam dan tidak suka bercakap banyak
berat tulang orang yang malas bekerja
berat sebelah tidak berlaku adil
berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan
berhati batu degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua tidak jujur
bertikam lidah bertengkar ; berdebat
besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hati orang yang dikasihi atau dipuja
buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
buah tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hati bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim ; kejam
cahaya mata anak
cakar ayam tulisan yang buruk
campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalan berusaha atau ikhtiar melakukan sesuatu
cepat tangan suka mencuri
dalam tangan sudah pasti diperoleh
darah daging anak kandung
durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga diri maruah atau kehormatan seseorang
harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batu degil atau keras hati
hidung tinggi sombong atau tinggi diri
hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perut menahan lapar kerana berjimat
iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hati perasaan dalam hati
jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian
kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayam tidak berkasut atau berselipar
kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola
kaki botol suka minum minuman keras
kecil hati berasa tersinggung atau merajuk
kepala angin perangai yang tidak menentu
kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar angin berita yang belum tentu benarnya
langkah kanan bernasib baik
langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabang kata-kata yang tidak boleh dipercayai
lipas kudung cepat membuat kerja
lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan angin bersiar-siar untuk berehat
makan suap menerima rasuah
malu-malu kucing berpura-pura malu di hadapan orang
mandi peluh bekerja kuat
mati katak mati dengan sia-sia
membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diri tahu menjaga diri
membuka jalan memberi laluan kepada orang lain
membuka tembelang menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalan berusaha melakukan sesuatu
mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hati lucu; menggelikan hati
mengabui mata cuba memperdaya; menipu
mengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecah belahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil angin bersiar-siar untuk berehat
mengambil berat memberi sepenuh perhatian
mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat
muka tembok tidak berasa malu
mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia
murah hati suka menderma, tidak kedekut
naik angin terlalu marah
nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati
orang atasan orang yang berpangkat tinggi
otak cair pintar atau bijak
otak kering kurang siuman
otak udang bebal atau bodoh
paku belanda barangan yang tetap harga
panas hati meradang atau marah
panjang tangan suka mencuri
pasang telinga mendengar dengan teliti
pekak badak kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulut pertengkaran
pilih kasih memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukur perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilin tidak tahan terkena panas matahari
putih hati ikhlas; jujur
putih mata mengalami kekecewaan
rabun ayam penglihatan kurang jelas
rambang mata sukar membuat pilihan
ringan tangan suka membuat kerja; menolong orang
sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jering orang yang kedekut
tawar hati tidak mempunyai minat lagi
tebal muka tidak tahu malu
telinga kuali tahan hati menerima kemarahan
telinga lintah tajam pendengaran
telinga nipis cepat marah atau meradang
terang hati mudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak
tin kosong bercakap besar tanpa ilmu
titik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh



............................................................................................................



SIMPULAN BAHASA
1.   Pak Jumat yang _______ itu masih kuat mengusahakan kebun kelapanya.
      A   bongkok sabut                B   manis mulut              C   kering hati                D   hati muda
2.   Abang terpaksa ber _______ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke tangan orang lain.
      A   tikam lidah                     B   gelap hati                 C   putih mata                D   alih angin
3.   Farhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana herganya _______ .
      A   atas pagar                      B   paku belanda            C   naik angin                D   kera sumbang
4.   Sikap Yasin yang suka _______ itu menyebabkan dia tidak disukai.
      A   angkat mata                   B   angkat kaki               C   angkat diri                D   angkat sumpah
5.   Ros tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______.
      A   hutang darah                  B   naik darah                C   hisap darah               D   mabuk darah
6.   Pak Zaman dapat hidup senang hasil _______ nya berbakti kepada tanah.
      A   titik peluh                       B   makan suap              C   jalan buntu               D   kacang hantu
7.   Pekerja itu _______ menanggung kepayahan hidup di rantauan.
      A   besar hati                       B   ada hati                    C   cekal hati                 D   sampai hati
8.   Kecemerlangan Johari  dalam peperiksaan telah menjadi _______ orang kampungnya.
      A   buah hati                        B   buah mulut               C   buah tangan             D   buah fikiran
9.   Ain mengambil sikap _______ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun dalam perselisihan itu.
      A   atas pagar                      B   pilih kasih                 C   hentam kromo          D   berpeluk tubuh
10. Pekerja itu sering ditipu oleh majikannya kerana dia _______ .
      A   pekak badak                   B   pisau cukur               C   pening lalat              D   buta huruf
11. Aida suka membaca, maka dia digelar  _______.
      A   ulat buku                        B   intan terpilih C   puteri lilin                 D   kaki bangku
12. Ali dan kawan-kawannya masih melepak di simpang jalan itu walaupun _______ sudah turun.
      A   bunga dedap                   B   embun jantan           C   buaya tembaga         D   buah hati
13. Mira _______. Dia suka membocorkan rahsia orang.
      A   mulut tempayan              B   telinga kuali              C   tangan panjang         D   kepala angin
14. Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh kerabat diraja Perak.
      A   bertegang urat                B   berputih tulang          C   bermandi peluh         D   berjimat cermat
15. Berita penangkapan pegawai kerajaan yang  _______itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama.
      A   makan suap                    B   makan angin             C   makan tuan              D   makan hati
16. Ramlah mendapat    _______apabila dipilih sebagai pemenang utama peraduan itu .
      A   mata duitan                    B   buah tangan              C   gaji buta                  D   durian runtuh
17. Datuk Zakaria telah dilantik menjadi  _______ negara ke Sweeden .
      A   Guru Besar                     B   Hakim Besar             C   Menteri Besar            D   duta besar
18. Pandangan golongan _______ perlu diambil kira terlebih dahulu bagi menggelakkan timbulnya masalah di
      kemudian hari.
      A  cerdik pandai                   B   gagah perkasa          C   kurus kering             D   tinggi lampai
19. Mak Munah menggunakan bekas plastik untuk menakung _______ .
      A   air hujan                        B   air mata                   C   air terjun                  D   air laut
20. Saya bersetuju dengan sikap Encik Halim yang suka  _______dalam mengendalikan kerja-kerjanya  .
      A   panjang tangan               B   lepas tangan             C   ringan tangan           D   dalam tangan
21. Kami terpaksa _______kerana terdapat kejadian tanah runtuh yang menghalang perjalanan kami .
      A   berpatah balik                B   berpusing ligat          C   berubah hati             D   bertegang urat
22. Kerja-kerja  _______ kapal tangki yang rosak itu sedang giat dijalankan .
      A   membaik pulih                B   mencari gali C   mengawal selia         D   menaik taraf
23. Setelah lima kali gagal dalam temu duga,Ong Wee Kiat   _______hendak mencuba lagi .
      A   sakit hati                        B   baik hati                   C   tawar hati                 D   iri hati
24. Sudah hampir sepuluh tahun beliau  _______ dengan syarikat di luar negara itu .
      A   bercampur aduk B   berumah tangga        C   berurus niaga            D   beramah mesra
25. Nordin naik angin apabila Cikgu Zul  _______ saja setelah mengesyaki dirinya terlibat dalam pergaduhan itu.
      A   tarik diri                         B   tangkap mata            C   tangkap muat           D   tangkap buta
26. Zainal _______ kerana menolong Mak Siti Mengangkat bakul yang berat itu.
      A   ringan mulut                   B   ringan tangan            C   ringan lidah              D   ringan kepala
27. Pemuda itu sanggup  _______ demi menyelamatkan budak yang hampir dilanggar kereta itu.
      A   sakit hati                        B   samar muka              C   sakit mata                D   sabung nyawa
28. _______ yang berlaku antara Wan dan Amir berpunca daripada salah faham.
      A   Pilih kasih                       B   Perang mulut            C   Pilih bulu                  D   Pening lalat
29. Siti Aisyah  _______ apabila Cikgu Norhayati memujinya.
      A   senyum simpul               B   senyum tawar           C   senyum kambing       D   senyum sumbing
30. Walaupun telah bermesyuarat selama empat jam, mereka masih belum mendapat  _______ untuk mengatasi
      masalah yang rumit itu.
      A   jalan keluar                   B   jalan belakang          C   jalan pintas             D   jalan tengah
31. Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh orang kenamaan itu.
      A   berjimat cermat              B   bermandi peluh         C   berputih tulang         D   bertegang urat
32. Persembahan Zaki yang _______ itu memikat hati para juri untuk memilihnya sebagai pemenang
      pertandingan mendeklamasikan sajak itu.
      A   ada akal                         B   ambil berat              C   atas pagar               D   ada gaya
33. Tiada siapa yang menyangka Haslin yang ________ itu dapat menyelesaikan masalah yang rumit.
      A   bodoh sepat                    B   bongkok udang         C   buaya tembaga         D   bintang terang
34. Setelah isterinya meninggal dunia, Karim  _______ dan berkahwin pula dengan adik isterinya.
      A   patah kandar                 B   hilang akal              C   ganti tikar                 D   retak seribu
35. Seman dan kawan-kawannya masih bermain dam di pondok menunggu bas di simpang jalan itu walaupun
      _______ sudah turun.
      A   bunga dedap                   B   embun jantan           C   emas urai                D   bintang terang
36. Pemuda-pemuda di desa itu _______ di bawah cahaya matahari menyabit padi yang sudah masak di sawah.
      A   makan garam                 B   mandi kerbau            C   mandi bunga D   mandi peluh
37. Nenek Limah tinggal  _______ di pondok buruknya itu.
      A   sekapur sirih                   B   isi perit                     C   sebatang kara           D   orang harapan
38. Kudin yang telah menjadi _______ Jepun amat ditakuti oleh penduduk Kampung Permai.
      A   tali barut                        B   tebal telinga             C   teluk rantau              D   tulang belakang
39. Ayah membayar  _______ sebanyak RM10 000 untuk membeli kereta Gen-2.
      A   buah pena                     B   hutang darah            C   wang hantaran          D   wang muka
40. Malik menanam sayur di tanah yang lausnya hanya _______ di hujung kampung untuk menyara hidupnya.
      A   dapat terpijak                 B   retak seribu             C   sekangkang kera       D   sehelai sepinggang
41. Semasa zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, kerajaan tersebut mempunyai _______ yang luas.
      A   tahi minyak                     B   teluk rantau C   isi perit                     D   pasar gelap
42. Fuad _______ apabila Siva menuduhnya mengambil duit Persatuan Badminton untuk membeli raket baru.
      A   buruk siku                      B   hilang akal              C   makan diri               D   hangat hati
43. Nelayan-nelayan di perkampungan itu kerap ditindas oleh ________ itu.
      A   muka tembok                 B   lintah darat               C   pisau cukur               D   alim kucing
44. Sekiranya kamu tidak pasti, jangan cuba  _______ kerana buruk padahnya.
      A   sakit mata                     B   serkap jarang           C   ringan mulut D   potong leher
45. Masalah itu masih belum selesai kerana setiap rundingan sentiasa menemui _______ .
      A   jauh hati                        B   jalan buntu               C   kera sumbang           D   makan angin
46. Untuk mengelakkan  _______ daripada berlaku, Aziz merahsiakan perkara itu daripada Ainol.
      A   patah hati                       B   pasang kaki             C   perang mulut            D   naik darah
47. Sekiranya Sharul ada, tentu kita  _______ kerana ada saja kelakar yang dibuatnya.
      A   tak kering gusi                B   makan hati               C   telinga lintah            D   tin kosong
48. Keberanian Alim dan kawan-kawannya menangkap pencuri itu telah menjadi _______ penduduk kampung.
      A   buah mulut                     B   buah hati                  C   buah fikiran              D   buah tangan
49. Ayah dan ibu turun ke sawah sebaik sahaja _______ .
      A   bintang terang               B   makan garam           C   fajar menyinsing       D   pasar gelap
50. Kerani bank itu menjadi _______ apabila melihat wang yang banyak di hadapannya.
      A   jejak barat                     B   gelap mata              C   cupak hanyut            D   bodoh sepat
51. Pembahas itu berhujah dengan memberikan contoh yang _______ kepada hadirin.
      A   panjang akal                 B   cari akal                   C   masuk akal               D   ada akal
52. Alim telah dipulaukan penduduk kampung kerana disyaki menjadi _______ pengganas.
      A   patah kandar                  B   mata petai                C   tali barut                  D   hilang lenyap
53. Tidak usahlah kamu percaya akan _______ Pak Busu yang sepanjang hari hanya berbual di kedai kopi itu.
      A   khabar angin                 B   omong kosong           C   hangat hati               D   jinak merpati
54.  Bakul-bakul ini adalah _______ orang-orang yang cacat penglihatan.
       A   ringan tangan                B   bekas tangan            C   buah tangan             D   dalam tangan
55. Tiba-tiba sahaja pemuda itu _______ lalu mengamuk di kawasan kampung.
       A   gelap hati                      B   rambang mata          C   mata durian              D   gelap fikiran
56.  Mereka mendapat  _______ apabila syarikat mereka mencapai keuntungan besar.
       A   tulang belakang             B   mata durian              C   durian runtuh            D   langkah kanan
57.  Rahsia kita telah dobocorkan oleh si _______ itu.
       A   mulut murai                   B   mulut tempayan        C   mulut manis D   mulut biawak
58.  Sesiapa sahaja yang _______ akan didakwa di mahkamah.
       A   makan suap                   B   makan hati               C   makan darah            D   buruk makan
59.  Kami  _______ kerana gagal memasuki perlawanan akhir bola sepak.
       A   putih hati                       B   ada hati                    C   putih mata               D   mata hati
60.  Liyana  merupakan _______ pasukan bola jarring sekolahnya.
       A   tulang belakang             B   batu loncatan            C   senapang bambu       D   kucing bertanduk
61.  Jika tiada _______ itu, sudah tentu mereka tidak bertelagah.
       A   batu lesung                    B   batu loncatan            C   kepala batu             D   batu api
62.  Kakak menjadi _______ apabila melihat pakaian-pakaian di pusat membeli belah itu.
       A   rambang mata               B   mata keranjang        C   mata hati                 D   bidan terjun
63.  “Berhati-hatilah ketika bergurau dengannya. Dia itu _______,” kata Malek.
       A   pasang telinga               B   mulut murai              C   ada angina              D   senapang bambu
64.  Kadar _______ di kalangan penduduk luar Bandar sudah jauh berkurangan.
       A   buta ayam                     B   buta huruf                C   buta perut                D   buta tuli
65. Banyak syarikat bumiputera terpaksa  _______ akibat kelembapan ekonomi negara.
       A   cabut nyawa                  B   balik gagang             C   hutang darah            D   gulung tikar
66.  Encik Idrus  gemar mendengar muzik klasik sebagai _______ pada masa senggang.
       A   halwa telinga                 B   buah pena                C   bidan terjun D   daki dunia
67.  Daud terkenal sebagai  _______ di kampong itu kerana suka duduk di simpang jalan hingga larut malam.
       A   kepala batu                   B   kepala angina           C   kutu embun             D   kera sumbang
68.  Pengadil perlawanan akhir itu ditegur oleh pihak media massa kerana bersikap _______.
       A   baik sangka                   B   buruk siku                 C   putih mata               D   pilih kasih
69.  Pemuda yang kurang siuman itu tersengih-sengih seperti _______ apabila lalu di hadapan gadis itu.
       A   cacing kepanasan           B   kerang busuk            C   sampah masyarakat   D   saudara pungut
70.  “Usahlah memandang saya seperti  _______. Saya juga berhak bersuara di Negara yang mengamalkan system
        demokrasi ini,” kata Juah kepada penduduk kampung.
       A   kacang hantu                 B   pisau cukur               C   anjing kurap             D   penyapu baharu
71.  Ana dan Ani yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR itu merupakan  _______ Encik Abu
       dan Puan Zaini.
       A  buah pena                      B   bidan terjun              C   nyiur gading              D   mata petai
72.  Usahlah kamu berharap Encik Hasan yang terkenal dengan gelaran _______ itu akan menghulurkan derma
       kepada anak-anak yatim.
       A   lintah darat                    B   ketam batu               C   buaya tembaga         D   bodoh sepat
73.  Peragawati itu berjalan melenggang-lengguk seperti  _______ semasa memperagakan fesyen pakaian ini.
       A   bongkok sabut               B   patah kandar            C   tali barut                 D   cupak hanyut
74.  Tuk Penghulu menasihati _______ nya supaya sentiasa hidup bantu-membantu antara satu sama lain.
       A   anak emas                     B   anak buah                C   angak angkat            D   anak tiri
75.  Ah Lim tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang  _______ .
       A   hidung tinggi                  B   buah mulut               C   bulat hati                 D   harga diri
76.  Pak long dan mak ngah sanggup ber _______ hanya kerana berebut harta pusaka.
       A   hisap darah                    B   patah arang              C   paling tadah             D   retak seribu
77.  Dia  _______ dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.
       A   makan diri                     B   makan gaji               C   makan hati              D   makan suap
78.  Cikgu Dayani terpaksa  _______ dalam hal murid-muridnya itu.
       A   baik sangka       B   buruk siku                 C   campur tangan          D   pilih kasih
79.  Karim terpaksa _______ kerana belum mendapat gaji lagi.
       A   ikat perut                      B   mulut tempayan        C   pekak badak             D   lipas kudung
80.  Najwa selalu bergaduh dengan abangnya kerana dia  _______.
      A   kacang hantu                  B   pisau cukur               C   anjing kurap             D   telinga nipis
81.  Sikap Ana yang  _______ semasa bekerja tidak disenangi oleh majikannya.
       A  buah pena                      B   berat tulang              C   nyiur gading              D   mata petai
82.  Amir telah _______ setelah gagal beberapa kali dalam temu duga.
       A   patah hati                      B   rambang mata          C   buaya tembaga         D   bodoh sepat
83.  Segala permintaannya dituruti kerana ia _______ keluarganya.
       A   bongkok sabut               B   patah kandar            C   tali barut                 D   anak emas
84.  Walaupun telah bersara Ustaz Asharin tetap berasa bangga kerana ramai  _______ nya telah berjaya.
       A   anak angkat                  B   anak buah                C   anak tut                  D   anak didik
85.  Amin dapat mengendalikan rancangan jenaka itu dengan baik walaupun tugasnya hanya  _______.
       A   lepas tangan                  B   bidan terjun              C   baik hati                  D   hentam kromo
86.  Jangan bersikap  _______ketika mengadili sesuatu permainan.
       A   buruk sangka                 B   berat sebelah            C   baik hati                  D   cangkul angin
87.  Adila geram dengan sikap pemuda yang sengaja _______ ketika terpandang akan dirinya.
       A   senyum kambing            B   kacang hantu            C   batuk kambing          D   hati batu
88.  Jangan dilayan sangat pemuda yang duduk di pondok bas itu kerana dia ______.
       A   gila bahasa                    B   alim kucing               C   buruk siku               D   rambang mata
89.  Ana yang _______ itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran Sains yang diajar oleh
       Cik Zul.
       A  ada hati                          B   cekal hati                 C   terang hati                D   sampai hati
90.  Kerajaan Melaka mempunyai _______ yang luas sehingga ke Sumatera.
       A   nyiur gading                   B   anak gahara             C   wang hangus                        D   teluk rantau
91.  Banci penduduk 2004 telah dijalankan untuk mengetahui jumlah _______ di seluruh negara.
       A   isi rumah                       B   isi perut                    C   isi hati                     D   jatuh hati
92.  Banyak peniaga menjual ubat-ubatan tradisional di ________ Jalan Masjid India.
       A   kaki bangku                   B   kaki lima                  C   kaki ayam                D   kaki bola
93.  Bapa menyekolahkan anak-anaknya hingga ke universiti hasil daripada  _______ nya di sawah.
       A   panjang akal                 B   jejak langkah           C   ringan tulang            D   titik peluh
94.  Peragawati itu berjalan melenggang-lenggok seperti _______ ketika memperagakan fesyen pakaian terbaru.
       A   patah kandar                 B   bongkok sabut           C   cupak hanyut            D   nyiur gading
95.  Sejak Anuar berpisah dengan  _______ nya dia asyik termenung sahaja.
       A   puteri lilin                      B   anak buah                C   ibu pertiwi                D   mata air
96.  Orang tua itu seorang yang kaya raya di kampong, tetapi dia seorang  _______ .
       A  kaki bangku                    B   tangkai jering           C   bulat hati                 D   harga diri
97.  Salmi tidak sombong orangnya, tetapi dia hanya _______.
       A   hisap darah                    B   patah arang              C   paling tadah             D   berat mulut
98.  Rencana yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan itu telah _______ banyak pihak tentang masalah yang
       dihadapi oleh penduduk kampung itu.
       A   membuka mata              B   membuka peluang     C   membuka tembelang             D   membuka hati
99.  Datuk Murad telah memberi _______ kepada Ramasamy sama ada mahu meneruskan kerja atau
       diberhentikan kerja .
       A  kata putus                      B   kata dua                   C   kata sepakat             D   kata hati
100. Seorang pelatih skuad bola sepak negara terpaksa _______ daripada latihan pusat kerana ibunya meninggal
        dunia.
       A   menarik diri                   B   membawa diri           C   menyerah diri           D   menahan diri




SIMPULAN BAHASA
Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong yang bernombor.
“Hashim, tolong bacakan surat datuk.”
“Kenapa datuk tidak baca sendiri?”
“Datuk ………(1)…………..”
“Eh, datuk tak bersekolahkah?”
“Dulu keluarga datuk hidup susah, jadi bapa datuk tidak ………(2)…….. tentang persekolahan datuk. Itulah sebabnya datuk ………(3)………. untuk belajar.”
1.    A  buta perut
B  buta ayam
C  buta hati
D  buta huruf
2.      A  ambil hati
B  ambil berat
C  berat hati
D  berat tangan
3.      A  sakit hati
B  panas hati
C  makan hati
D  tawar hati
Pilih simpulan bahasa yang sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
4.      Sahabat yang baik tidak patut ……… kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.
A  membuka tembelang
B  membuka langkah
C  membuka mulut
D  membuka mata
5.      Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut …….. , nanti kita juga yang akan menyesal.
A  darah gemuruh
B  darah daging
C  darah muda
D  darah dingin
6.      Amran berkata, “Inilah ……… saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ.”
A  kata sepakat
B  kata hikmat
C  kata dua
D  kata putus
7.      Mat Deris begitu ……… menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.
A  ada hati
B  cekal hati
C  kecil hati
D  rendah hati
 
 8.kami sedang ....................untuk mendapatkan penaja bagi majlis amal itu.
     A. cari jalan
     B. jalan buntu
     C minta jalan
     D. jalan tengah
9. Pak cik Chong bejaya menangkap budak yang ..........di kedai runcitnya.
    A. tangan terbuka.
    B. tangan kosong
    C. tangan kanan
    D. cepat tangan
10. Rupa-rupanya apa yang dikatakan oleh Jeya hanya.......................
   A. gulung tikar
   B. durian runtuh
   C. omong kosong
   D. tangan kosong

59 comments:

  1. Mnta izin guna bahan2 atas.
    An-nur
    5 jan 2015

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi sharing.

    ReplyDelete
  3. minta izin untuk share...terima kasih...

    ReplyDelete
  4. Minta izin untuk guna bahan di atas mengajar anak.tq

    ReplyDelete
  5. Minta izin untuk guna bahan di atas mengajar anak.tq

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.
    Mohon berkongsi bahan-bahan di dalam blog ini ye. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Assalam,
    Mohon izin untuk share.Terima kasih. semoga Allah merahmati puan sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. Mohon share cikgu..terima kasih byk..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Boleh sy nak tanya simpulan bahasa untuk jalan yg bengkang bengkok?

    ReplyDelete
  12. Boleh sy nak tanya simpulan bahasa untuk jalan yg bengkang bengkok?

    ReplyDelete
  13. mohon izin guna bahan untuk ajar anak saya
    terima kaseh

    ReplyDelete
  14. minta izin cikgu share bahan.terima kasih

    ReplyDelete
  15. MINTA IZIN NAK COPY PASTE NOTA DAN SOALAN UNTUK ANAK YER..TQ

    ReplyDelete
  16. Boleh sy tahu simpulan bahasa buaya tembaga

    ReplyDelete
  17. mohon izin guna bahan untuk ajar anak saya

    ReplyDelete
  18. mohon izin copy utk kegunaan anak

    ReplyDelete
  19. mohon izin untuk guna bahan di atas untuk megajar adik

    ReplyDelete
  20. Boleh saya tahun simpulan Bahasa bau bau bacang

    ReplyDelete
  21. Saya nak tahu semua simpulan bahasa sebab saya bulan tiga saya nak periksa dah sebab saya nak hafal simpulan bahasa semua boleh ajar saya simpulan bahasa.🤔

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum..mohon share sis..jazakillah




    ReplyDelete
  23. Harap dpt A utk bm dan tlg doakan sy 6a UPASR

    ReplyDelete
  24. Mohon share ye. Terima kasih

    ReplyDelete
  25. harap harap kejayaan ku dapat A BM dalam UPSR tahun ni.....keinginan

    ReplyDelete
  26. TERIMA KASIH CIK ROHANA SUDI BUAT SENARAI SIMPULAN BAHASA....BOLEH SHARE BAGI DEKAT ORANG LAIN PULA ......TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK...

    ReplyDelete
  27. salam..boleh saya dapakan format jawapan? tk

    ReplyDelete
  28. Salam. Mohon izin daripada pemilik untuk gunakan bahan-bahan dalam blog ini.

    ReplyDelete
  29. Salam. Mohon izin daripada pemilik untuk gunakan bahan-bahan dalam blog ini.

    ReplyDelete
  30. Salam. Mohon izin daripada pemilik untuk gunakan bahan-bahan dalam blog ini.

    ReplyDelete
  31. Assalam...mohon izin menggunakan bahan ini... terima kasih daun keladi ya

    ReplyDelete
  32. Salam..mohon skema jawapan

    ReplyDelete
  33. Sy pun nak tahu sekma jawapan untuk jawapan di atas cikgu ROHANA.pls cikgu sy betul2x nak tahu cikgu.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. Blh tak cikgu ROHANA kalau buat untuk study untuk peperiksaan di sekolah
    sy. Maklumat di atas nampak mudah untuk buat note exam.

    ReplyDelete
  36. Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu Simpulan Bahasa. Semoga kehidupan cikgu sentiasan dirahmati Allah dan dimurahkan rezekinya. Saya mohon izin menggunakan bahan tersebut.

    ReplyDelete