Wednesday 12 December 2012

LATIHAN CABARAN TATABAHASA(1)



JAWAB SEMUA SOALAN

1.      Pilih jawapan yang betul

1.   Kakak menyediakan bahan-bahan untuk membuka peti surat, iaitu beberapa ……… papan lapis, se…. paku, se…..gergaji, se… tukul besi, se… sesiku, dan se…. kertas pasir sebelum memulakan kerjanya.

A.  batang, peti, buah, biji, buah, lembar        C. lapis, genggam, laras, batang, laras, berkas
B.  buah, batang, pucuk, butir, bilah, helai     D. keping, kotak, bilah, buah, batang, keping

2.     Yaakub menunjukkan se….sangkar yang berisi dua….. burung murai yang tergantung pada se…. dahan ketapang dengan menggunakan se….tongkat yang diperoleh daripada se…..tua di kaki bukit itu kepada sahabat-sahabatnya.

A. biji, kawan, jala, kaki, kawan                      C. berkas, kelompok, kaki, gerombolan
B. buah, ekor, batang, batang, orang              D. gelung, kumpulan, untai, buah, pasukan

3.       Cikgu tetap mengajarkan Matematik ……… banyak pelajar yang tidak hadir ke kelas tambahan itu.

A. sementara        B. jangankan       C. manakala        D. biarpun

4.       ……….. beberapa kali mencuba, dia gagal menjawab soalan itu dengan betul.

A. Namun             B. Walaupun        C. Sedangkan       D. Bagaimanapun

5.       ……….kita rajin mengulang kaji pelajaran, kita akan berjaya dengan cemerlang.

A. Meskipun         B. Walhal              C. Jika                    D. Justeru itu

6.       ……….dia berusaha, dia menjadi mahir dalam Matematik.

A. Sesungguhnya                B. Oleh sebab           C. Oleh itu           D. Apabila

7.       Keropok …….. itu jangan kau makan.

A. basi                    B. garing                 C. lemau                    D. usang

8.       Tandas yang berbau ….. itu tidak dicuci oleh pekerja sejak dua hari yang lepas.

A. kusam                 B. kebam                   C. kelat                  D. hancing

9.       Ikan darat lebih ……. daripada ikan laut.

A. hanyir                   B. busuk                     C. liat                     D. hangit

10.    Nasi yang ditanaknya semalam sudah ………

A. basi                    B. busuk                        C. usang                   D. hangit

11.    Baju yang dibelinya tahun lepas terlalu …… untuk kakak.

A. sempit                  B. labuh                 C. lebar                  D. padat

12.    Setelah lama menghilang, tiba-tiba dia …. kembali.

A. terbit                  B. muncul             C. tampil                  D. keluar

13.    Jangan memakai pakaian yang ………… mata.

A. mencolok         B. menikam          C. mencucuk        D. merodok
                               
14.    Bendera itu ……… apabila ditiup angin.

A. berkocak          B. bergegar            C. berbuai             D. berkibar

15.    Lagu Kebangsaan …. ke udara sebaik sahaja Sukan SEA dirasmikan oleh Perdana Menteri.

A. bersiar                B. berluncur          C. berkumandang            D. berhambur


16.    Pemuda berpakaian lusuh itu ……. rantai dari leher kakak.

A. merenggut        B. merampas        C. menyambar     D. mengambil

17.    ………. saya yang menyuruh Azman menconteng dinding ini.

A. Tidak                    B. Tiada           C. Bukan             D. Entah

18.    ……….lah, jangan bermenung lagi.

A. Entah                    B. Biar                   C. Apa            D. Sudah

19.    Entah benar entah …. apa-apa yang diceritakan olehnya tentang diri saya.

A. bukan                     B. tidak                  C. boleh            D. mana


20.    “………….kerja masing-masing dan ………. mengganggu pelajar lain,” kata Cikgu Abu.

A. Buat, jangan       B. Bina, entah         C. Latih, tiada        D. Cuba, boleh

21.    “………. selamat hari lahir kepada sahabatmu itu,” kata Lim kepada Mei Maggi.

A. Katakan               B. Tuliskan               C. Ucapkan           D. Nyatakan


      22 hingga 24, Pilih ayat-ayat yang betul jalan bahasa dan penggunaan katanya.



22.          1.     Dia memakan lagi nasi goreng                    111. Rumah batu itu dijadikan Restoran Lazat kini.
11.   Selepas makan goreng me, adik ke sekolah.  1V.  Sate kajang mahal harganya.
 A. 1, 11                  B. 111 , 1V         
 C. 1, 111, 1V        D. 1, 11, 111, 1V


23.          1.     Buku itu saya belum baca lagi                111.  Kain itu akan kujahit.
                       11.   Majalah itu telah kauambil?                  1V.   Dinding rumah itu saya yang cat.
   
   A. 1, 111                                B. 11, 1V                            
   C. 11, 111, 1V                       D. 1, 11, 111, 1V

       
       24.           1.   Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah sekali.      
                       II. Dialah yang paling terpandai di sekolah ini.
11I. Kami amat sedih bila mendengar berita itu.                       
 1V. Lukisannyalah yang paling cantik.
   A. 1, 1V                   B. 1, 11             C. 111, 1V          D. 1, 11, 111


25. Sim Keong ………… dilanggar kereta semasa dia melintasi jalan raya itu.
                A. jarang-jarang                  B. sia-sia          C. nyaris-nyaris    D. alang-alang


26. Cadangan kami telah ditolaknya ………… .
A. kira-kira            B. tepat-tepat       C. cerah-cerah      D. bulat-bulat      


27. Janganlah berasa……… akan kejujuran orang itu.
                        A. ragu-ragu          B. agak-agak        C. bukan-bukan       D. siapa-siapa


28. Di dalam air yang bertakung itu banyak ……………
                        A. nyenyamuk     B. jejentik             C. kekisi        D. tetupai


29. ………..skru itu sudah haus dan tidak dapat digunakan lagi.
A. Jejari                 B. Bebola              C. Bebenang            D. Kekayu


30. ……….. yang hadir ke majlis hari lahir itu kebanyakan orang kampungnya.
A. Tetamu             B. Tetangga          C. Kekawan         D. Pepara


31. Oleh sebab selalu mengorek telinga, ………….. telinganya menjadi rosak.
A. gegembir           B. bebuli            C. cecuping             D. gegendang



32. Rumah usang itu dipenuhi sawang …………….
A. lelangit              B. tetupai               C. lelabah           D. dedaun


33. Megat berasal daripada ……… orang besar-besar.
                A. kerahmatan     B. kekeramatan   C. kehormatan         D. keturunan


34. …………. luar bilik darjah perlu dimanfaatkan oleh setiap murid.
                A. Keasyikan        B. Kemudahan    C. Kegiatan               D. Kealpaan


35. ……….. dalam peperiksaan tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus 
belajar dengan gigih.
                A. Kegigihan         B. Kemenangan   C. Kehandalan         D. Kegagalan


36. ………… kanak-kanak berusia dua tahun yang membaca akhbar itu sungguh 
mengagumkan.
                A. Kebolehan       B. Kekuatan         C. Kebaikan            D. Keinginan


37. Cita-citanya hendak menjadi juruterbang tidak ……….
                A. kepetahan        B. kesampaian     C. ketentuan         D. kemalangan


38. Budak lelaki itu ……….. apabila ………… oleh budak nakal itu.
                 A. tertiarap, dirodok              B. tersentak, dicolok         
                  C. tersungkur, disinggung           D. terlentang, dicuit

39. Wahid hanya ……….. apabila ………. oleh ayah.
                  A. terkebil-kebil, dimarahi      B. tersipu-sipu, dibelasahi         
                  C. terdetik-detik, dihukumi               


40. Sampah-sarap yang ………… dek penahan sampah itu terpaksa ………..
 dengan menggunakan jentera.
                 A. tersembul, diambil          B. tertahan, diraup                 
                 C. tergerak, dipungut          D. tersangkut, dikaut


41. Para ………….. yang ke tempat ini amat mengagumi kawasan ………. negara kita.
                 A. pengunjung, penyekitaran            B. pelawat, disekitarkan  
                 C. pelancong, persekitaran               
               

42. Pemandu bas …………. itu disaman oleh JPJ kerana memandu dengan laju.
                A. penyiaran             B. disiarkan         C. penyiar            D. persiaran




43 HINGGA 44 : PILIH SOALAN YANG SESUAI BAGI AYAT-AYAT YANG BERIKUT

43. Abang mengambil parang untuk menebang pohon ketapang itu.
       A. Mengapakah abang mengambil parang itu?                           
B. Apakah tujuan abang mengambil parang itu?       
C. Siapakah yang telah mengambil parang itu?
D. Apakah yang ditebang oleh abang dengan parang itu?


44. Masyarakat desa itu menggelar Abu sebagai kera sumbang kerana dia
 tidak tahu bercampur-gaul dengan anggota masyarakat.
A.      Siapakah yang telah menggelar Abu sebagai kera sumbang?
B.      Apakah tujuan masyarakat desa itu menggelarnya sebagai kera sumbang?
C.      Mengapakah masyarakat desa itu menggelarnya sebagai kera sumbang?
D.      Adakah masyarakat desa itu menggelarnya sebagai kera sumbang?

      
      45. Jangan terburu-buru mengambil tindakan. … selidikilah perkara itu dengan betul-betul?
                A. sebaliknya           B. justeru               C. hal ini demikian     D. apabila

     
       46. Keluarganya menginginkan anak mereka menjadi doktor. …………., 
       dia telah dimasukkan ke kolej perubatan.
             A. walau bagaimanapun   B. sungguhpun begitu         C. oleh sebab itu     
             D. kerana

       
     47. Beliau sasterawan yang terkenal. … dapat dilihat menerusi novel-novelnya 
      yang terkenal seperti Jentayu, Roda   dan Tahun Akhir.
                A. selain itu         B. sepanjang itu        C. hal ini demikian      D. hal ini

        48. …………… dia tidak pernah bersikap demikian.
                A. Selama ini          B. Justeru itu              C. Biarpun            D. Di samping itu
               


49  HINGGA 50 : PILIH AYAT YANG SAMA MAKSUD DENGAN AYAT YANG BERGARIS

     
  49. Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja.
          A. Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.
           B. Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali.
           C. Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.
           D. Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.

    

   50. Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintasi jalan raya.
           A. Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan 
            yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal
            B. Motosikal telah melanggar pemuda itu ketika penunggang itu hendak melintasi jalan raya
            C. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
            D. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

1 comment:

  1. Sekolah menengah kebangsaan kinabutan tawau sabah tingkatan satu corodile lacoste lacisten.panguin aligator alexandar

    ReplyDelete