MOTIVASI





Kepada semua anak didikku, seandainya kamu gagal sekali tidak bermakna kamu akan gagal selamanya. Pada saat kamu mengalami kesedihan kerana kegagalan , janganlah berputus asa dan sentiasa dibendung dengan perasaan bersalah dan kekecewaan. Muhasabah diri dan ingat serta kembalilah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan hambanya.jangan tangisi apa yang telah terjadi sebaliknya berusahalah memperbaiki diri kamu. Insyalllah kejayaan akan kamu perolehi.

Nukilan drp;
Rohana Abd. Rahman.

..................................................................................................................................................







Katakan SAYA BOLEH pada diri anda dan pastinya KEJAYAAN akan menjadi milik anda.

..............................................................................................................................................................



wahai anak-anak didikku amalkanlah doa penerang hati sebelum anda memulakan pelajaran anda, semoga segala urusan anda akan dipermudahkan dan mudah menerima segala ilmu yang diajarkan oleh guru.Insyallah









Wahai anak-anak didikku, hargailah jasa ibu bapa kita yang telah bersusuah payah membesarkan kita dengan harapan kita akan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa, dan negara.Belajarlah bersungguh-sungguh agar kita tidak akan mensia-siakan harapan kedua ibu bapa kita, sebagai tanda kasih kita kepada mereka.Kejayaan anak-anaknya sudah cukup mengembirakan hati ibu bapa kita. Insyallah
.............................................................................................................................................................




Program motivasi ini adalah untuk menaikkan semangat murid-murid bagi persediaan UPSR.



PROGRAM TAHUN 6

 
MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN GRADUASI TAHUN 6.
 
MAJLIS TADARUS MURID TAHUN 6
  
PESERTA PEREMPUAN YANG MENYERTAI  PERTANDINGAN PIDATO (PROGRAM SELEPAS UPSR)
................................................................................................................................................................

PROGRAM TAHUN 6 BERSAMA IMAM MUDA NAZRUL




.............................................................................................................................................................

KEM MOTIVASI

 
KEM MOTIVASI UNTUK MURID-MURID TAHUN 6. PROGRAM JATI DIRI BAGI PERSEDIAAN UPSR

...................................................................................................................................................................

MOTIVASI -TIPS UNTUK MURID-MURID UPSR



MOTIVASI BELAJAR – 6 TIPS UNTUK MENGHILANGKAN RASA GEMURUH KETIKA MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR
 
Setiap orang yang menghadapi peperiksaan khasnya peperiksaan yang penting seperti UPSR,  pastinya 
berdepan rasa gemuruh, ketidakpastian, takut dan sedikit tertekan. Itu semua sebenarnya emosi negatif.
Kita kena tukarkannya menjadi emosi positif, emosi tenang. Kita kena hilangkan rasa gemuruh. 
Rasa gemuruh tersebut biasanya datang walaupun kita sudah bersedia dengan dengan
 persediaan yang rapi.
 Bak kata orang, persediaan kita sangat rapi hingga setiap jawapan kita ibarat skema jawapan.
Bagaimana caranya? Berikut adalah 6 cara atau tips untuk membuat anda tenang sebelum 
peperiksaan bermula. Semoga ianya dapat menjadi panduan untuk murid-murid yang bakal 
menduduki peperiksaan UPSR, yang akan datang

1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.

Kita tidak tenang sebelum memulakan peperiksaan sebab kita tidak tahu apa yang akan kita jumpa
 nanti dalam kertas soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum peperiksaan bermula, buang 
ketakutan sedikit demi sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan yang anda boleh 
jawapan soalan itu satu persatu. Katakan pada diri anda, “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab
 dengan baik,aku boleh, aku boleh!”.

2. Gunakan mindset berani gagal.


Bila anda berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup itu akan hilang perlahan-lahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya cepat-cepat 
dengan mentaliti berani gagal, berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Anda akan bersemangat 
tiba-tiba. Ramai dari kita gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang
 tak pasti dan kita takut tak ‘perform well’ ketika menjawab soalan peperiksaan.


3. Bayangkan ketenangan diri Anda semasa menjawab kertas soalan.

Fokus pada menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas 
dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat saat perasaan anda mulai gusar. 
Teknik pernafasan ini membuat anda tenang, menghilangkan gemuruh serta bagus untuk 
menghalang ‘mental black’. Idea-idea untuk menjawab soalan peperiksaan akan lancar mengalir
 apabila kita tenang.

4. Jika Anda sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk Anda ‘nervous’.

Biasanya, kita gusar sebelum memulakan menjawab peperiksaan sebab kita rasa kita tak cukup
 bersedia hendak menjawab soalan peperiksaan tersebut. Bila kita sudah belajar, sudah mengulang
 kaji dan bersedia menjawab soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya
 kita akan YAKIN. Lainlah kalau persiapan pada saat terakhir, memang gemuruh punya.

Bila sudah belajar dan sudah menelaah sehabis baik, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang
 ada di dalam kertas soalan itu. Kita tidak sabar hendak merasa ‘thrill’nya menjawab soalan.

Kita tidak akan rasa gementar langsung, bahkan tak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan
 jawapan-jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa
 yakin menjawab apa jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.

5. Ingat wajah-wajah kesayangan Anda.

Setiap dari kita pasti ada orang yang kita sayangi terutamanya ibu, bapa atau adik beradik kita dapat 
mewujudkan ketenangan walaupun anda berada dalam suasana yang penuh dengan tekanan seperti
 waktu menghadapi peperiksaan.

Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati
 anda untuk membuat anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan anda belajar ini 
adalah untuk mereka.

Jika dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawab 
peperiksaan sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai 
signal biologi untuk membuat kita bersedia dari segi emosi.

Apabila kita teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis
 bahan kimia yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi
 perlahan, semakin perlahan lalu menghilang sedikit demi sedikit.

6. Ingat masa depan Anda.

Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan anda. Kita mengambil peperiksaan
 supaya kita lulus dalam akademik yang akan menentukan masa depan kita.


Biar kita yang mengawal rasa gemuruh, bukan diri kita yang dikawal oleh rasa gemuruh. Jika masih
 juga gemuruh, beritahu diri anda yang anda mahu rasai ketenangan. Katakan “aku mahu tenang”,
 ulangi berkali-kali.

Lakukan latihan pernafasan – tarik nafas melalui hidung selama 7 saat, tahan 3 saat, hembus
 perlahan-lahan selama 7 saat, seperti yang saya katakan di atas tadi.

 



7 comments:

  1. motivasi ini juga memberi kesedaran kepada saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar untuk saling mengingatkan antara satu sama lain saja.Alhamdulillah kiranya program seperti ini memberi motivasi kepada awak juga.Moga awak akan berjaya dalam peperiksaan yang dihadapi.

      Delete
  2. Saya boleh menggunakkan video motivasi ini untuk anak murid saya dalam program motivasi sekolah saya kelak.Motivasi yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama le kita berkongsi idea untuk anak didik kita.Terima kasih Cikgu Hanim.

      Delete
  3. Tahniah cikgu Rohana..motivasi ini menjadi panduan untuk saya juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang baik , kita jadikan panduan dan pedoman. Motivasi inibukan untuk anak didik kita saja tapi untuk kita juga.Terima kasih cikgu Rozi kerana sudi melayari blog saya dan memberikan pandangan anda.

      Delete
  4. Motivasi yang cukup membina untuk perkongsian.Tahniah mempunyai blog yang menarik dan banyak perisiannya.

    ReplyDelete