Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )
Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:
Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai.
Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;
1. Surat ucap tahniah
2. Surat ucap takziah
3. bertanya khabar berita
4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain
8. dan sebagainya
Tahukah kamu ?
Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu
Cara A : 8 Februari 2012
Cara B : 8 hb. Februari, 2012
Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.
Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.
Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :
nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.
Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.
Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.
Format Surat Kiriman Tidak Rasmi
( Nama Penulis
)............
( Alamat ).......................
.......................................
.......................................
Tarikh :
(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat
) .................................................................................................................................
.............................
.................................................................................................................................
..............................
Saudara, (atau yang lain)
(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)
.................................................................................................................................
.............................
.................................................................................................................................
.............................
.................................................................................................................................
...............................
.................................................................................................................................
...........................
.................................................................................................................................
...............
Yang benar,
.................
( Nama Huruf Besar )
1 Nama dan alamat pengirim (kanan)
2 Tarikh (kanan)
3 Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian
4 Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)
5 Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis
6 Perenggan ke-2 buah-buahan sedang masak
ayah memajak sebahagian sahaja
keluarga serta kawan-kawan dapat merasai
7 Perenggan ke-3 boleh ajak keluarga serta kawan-kawan bersama-sama
terima kasih
8 Penutup
9 Tandatangan pengirim (kanan)
7 Perakuan diri (kanan)
Faridah Binti Osman
49,
Kampung Jeram,
84000,Muar,
Johor.
2 Julai
2012.
Menemui sahabatku Noorhanim yang berada di Kampung Kuala Besut, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Saudari,
Saya berharap saudari masih tidak melupai saya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah saya pada cuti hujung bulan nanti.
Untuk pengetahuan saudari, buah-buahan di kebun ayah saya sedang masak. Buah-buahan pada musim ini sungguh menjadi, terutama manggis. Ayah saya memajakkan sebahagian sahaja. Selebihnya ditinggalkan supaya keluarga serta sahabat handai kami sama-sama dapat merasainya.
Saya berharap Noor tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Kalau saudari suka , ajaklah keluarga serta kawan-kawan saudari datang bersama-sama. Boleh mereka sama-sama merasai keenakan buah manggis, rambutan, langsat serta durian.
Saya berharap saudari bersetuju dan memberitahu saya secepat mungkin. Saya akan menunggu kedatangan saudari itu.
Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. Akhir kata , sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat bertemu nanti.
Sekian , terima kasih.
Yang
benar,
Faridah
a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
c] kata sapaan ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
Tahukah kamu ?
Tidak menjadi kesalahan jika tidak menulis nama selepas tandatangan jika kamu telah menulis nama penuh pada alamat di atasnya. Ada pendapat mengatakan, anda dianggap ‘ketinggalan zaman’ jika anda menulis nama pada alamat di atas sekali.