BAHASA MELAYU UJIAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN
Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian
jawab soalan-soalan berikutnya.
Sekurang-kurangnya separuh daripada orang
yang datang berjumpa doktor setiap hari kerana mengadu pening kepala. Sementara
itu, satu perempat daripada kakitangan firma yang besar-besar tidak datang
bekerja disebabkan oleh sakit kepala. ‘Gejala’ ini menjadi punca yang
mengganggu kebanyakan manusia setiap hari. Pening kepala dikatakan ‘gejala’
kerana ia sebenarnya bukan sejenis penyakit tertentu.
Banyak faktor yang menyebabkan pening
kepala. Para doktor mendapati sukar untuk menentukan sebab-sebab pening kepala
yang dihadapi oleh seseorang itu pada satu-satu ketika. Ini kerana ia
memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Beberapa pengelasan dibuat
untuk mengumpulkan sebab-sebab berlakunya pening kepala dengan pelbagai cara
dan dijadikan panduan bagi mengetahui cara-cara mengkajinya.
Pakar-pakar perubatan telah mengumpulkan
203 sebab berlakunya sakit pening kepala
di bawah tiga kelas : mekanikal, sebab-sebab bisa dan racun, dan sebab
berfungsi.
Pening kepala yang mekanikal berhubung
dengan keadaan yang ada sangkut-paut dengan kepala itu sendiri. Misalnya, apabila
rongga dahi menjadi sebu, perubahan tekanan udara akan menimbulkan pening
kepala. Apabila selaput hidung bengkak, rongga itu menjadi sebu dan menimbulkan
pening kepala.
Bagi sesetengah orang jarang-jarang
diserang pening kepala manakala sesetengahnya pula sering diserang sakit ini.
Pening kepala yang berlaku sekali-sekala mungkin dapat dikesan dan ditentukan
berhubung dengan tindakan yang berlaku sekali-sekala, misalnya terlalu banyak
menghisap rokok, minum minuman keras, dan memakan ubat serta dadah. Bahan-bahan
beracun yang terkumpul mungkin menukar tekanan di dalam tengkorak dan dengan
demikian mengakibatkan pening kepala.
Tekanan darah yang tinggi juga boleh
mengakibatkan pening kepala. Jika tekanan darah itu turun semasa rehat, maka pening
kepala itu akan hilang pada waktu itu. Bengkak yan tumbuh dalam tengkorak,
apabila cukup besar akan menjadi punca pening kepala yang berkekalan.
Menjaga kesihatan badan kita secara
keseluruhannya iaitu dengan bersenam, menjaga makan dan minum serta membuang
air besar dan kecil, biasanya dapat mengurangkan pening kepala yang berkekalan.
Jika seseorang itu tidak pernah mendapat sakit kepala dan tiba-tiba mula
diserang pening kepala yang berterusan, maka ia perlu mendapat pemeriksaan
doktor.
Jika doktor
dapat mengesan hubungan pening kepala dengan faktor-faktor mental dan fizikal
serta dapat mengawal faktor itu, besar kemungkinan sakit pening kepala dapat
dicegah.
1.
Mengapakah penyakit pening kepala
dikatakan satu ‘gejala’?
A Kerana separuh daripada orang yang
datang
berjumpa doktor setiap hari mengadu mereka
menghidap pening kepala
B Kerana satu perempat daripada kakitangan
firma
tidak datang bekerja akibat pening kepala
C Kerana pening kepala bukan sejenis penyakit
yang
mengganggu kebanyakan manusia
D Kerana pening kepala mengganggu hampir semua
orang sama ada orang awam atau kakitangan
firma
2.
Mengapakah para doktor mendapati
sukar untuk
menentukan sebab-sebab pening kepala
yang dihidapi
oleh seseorang pada sesuatu ketika?
A
Kerana memerlukan kepakaran dan kemahiran
yang
tinggi dalam ilmu perubatan
B
Kerana doktor terpaksa membuat pengelasan untuk
mengumpulkan sebab-sebab pening kepala
C
Kerana para doktor susah hendak mencari sebab
yang mengakibatkan pening kepala
D
Kerana sakit pening kepala dapat dikumpulkan
kepada tiga kelas, antaranya sebab
mekanikal
3.
Bilakah seseorang itu diserang
pening kepala yang berpanjangan?
A Apabila mengidap penyakit darah tinggi
B Apabila tumbuh bengkak pada tengkorak
C Jika salah makan atau mengambil ubat
D Apabila seseorang itu banyak makan ubat
4.
Apakah kebiasaan yang perlu
dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan daripada tekanan pening kepala?
A Menjaga makan dan minum
B Selalu buang air besar dan kecil
C Menjaga kesihatan badan
D Mengamalkan senaman setiap hari
5.
Berikut ialah maklumat yang tidak
benar tentang sakit pening kepala?
A Terdapat 203 sebab berlakunya sakit pening
kepala
B Tekanan pada rongga dahi boleh mengakibatkan
pening kepala
C Pening kepala boleh disebabkan oleh tekanan
darah
D Hanya doktor pakar sahaja yang boleh mengesan
sebab pening kepala
Soalan 6 hingga Soalan 10
Baca catatan
harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
10 Jun 1997
Aku terpilih menyertai program anak
angkat anjuran Kelab Belia di bandar tempat tinggalku. Aku diterima sebagai
anak angkat kepada Haji Daud dan Hajah Zainab dari Kampung Ulu Jempul. Rumah
mereka sederhana besarnya. Aku diperkenalkan kepada anak-anaknya. Anak ketiga,
Salwa, calon SPM. Adiknya bernama Najib, bakal menghadapi PMR dan adik
bongsunya Fadila, 12 tahun.
Mereka mencium tanganku ketika
bersalaman. Aku rasa amat terharu. Adikku Nadira dan Najwa tidak pernah berbuat
begitu kepadaku walaupun aku kakak sulung mereka.
11 Jun 1997
Gerimis Subuh menjadikan hawa amat
dingin di pedalaman ini. Kalau di rumah sendiri aku masih dibuai mimpi. Di sini
aku sembahyang Subuh secara berjemaah. Haji Daud sebagai imam dan makmum semua
ahli keluarganya. Air mataku menitik. Aku, dalam usia 22 tahun belum pernah
berjemaah bersama ayah dan ibuku.
12 Jun 1997
Pagi ini hujan lebat. Seharusnya kami
menyertai projek gotong-royong. Semua orang berkurung di dalam rumah. Haji Daud
menceritakan sejarah dirinya. Rupa-rupanya dialah peneroka kampung itu. Dia
meninggalkan kehidupan sebagai nelayan dan mengadu untung sebagai petani
pula di kampung itu.
Dia tidak bersekolah tinggi tetapi
menyedari pentingnya ilmu. Dia bekerja siang malam untuk menyekolahkan
anak-anaknya. Kini dua orang daripada anaknya telah berjaya. Lokman, anak
sulungnya menjadi doktor di Hospital Kuala Lumpur dan Juriah, adik Lokman
menjadi guru di Pahang. Mereka lepasan universiti.
21 Jun 1997
Hari kelima aku di sini. Hubunganku
dengan keluarga Haji Daud, terutamanya dengan anak-anaknya bertambah rapat.
Salwa, Najib dan Fadila sudah pandai bergurau. Ini berbeza dengan adik-adikku
yang tinggal di rumah batu dua tingkat di bandar. Kami seperti enau di belukar
melepaskan pucuk masing-masing.
Di sini hatiku tenteram. Keluargaku
terlalu mengejar harta-benda sehingga meracun kemesraan dalam keluarga.
6.
Berikut ialah maklumat yang benar
tentang diri ‘aku’ kecuali
A menetap di bandar
B datang dari keluarga yang kaya
C berusia 22 tahun
D mempunyai tiga orang adik
7. Berapa orangkah anak Haji Daud?
A
3 orang
B
5 orang
C
6 orang
D
7 orang
8. Apakah yang dilakukan oleh ‘aku’ pada waktu subuh jika dia
berada di rumahnya sendiri?
A
Sembahyang Subuh
B
Masih enak tidur
C
Masih berselimut
D
Masih dalam bilik
9. ‘Mengadu untung’ dalam
petikan di atas bermaksud
A
Haji Daud mencuba nasib di kampung itu
B
Haji Daud dan isterinya membuka kampung itu
C
Haji Daud mengadu kehidupannya kepada penulis
D
Haji Daud mencari rezeki di kampung itu
10. Pada pendapat anda, mengapakah ‘aku’ berasa tidak bahagia ketika
bersama keluarganya?
A
Kerana adik-adiknya tidak menghormati dirinya
B
Kerana mereka tidak pernah sembahyang
berjemaah
C
Kerana ahli keluarganya saling mementingkan hal
diri
D
Kerana ayah dan adiknya sibuk mengejar harta
Benda
Soalan 11 hingga Soalan 15
Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.
Hadi : Selamat
pagi.
En. Ali : Selamat
pagi, sila duduk.
Hadi : Terima kasih. Jika tidak keberatan
bolehkah
saya menemu ramah Encik Ali?
En. Ali : Boleh, apa
salahnya.
Hadi :
Sebelum melanjutkan pertanyaan, saya ucapkan
tahniah atas kejayaan Encik
Ali mendapat
tempat pertama dalam pertandingan perisian
komputer. Kejayaan tersebut telah menaikkan
nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
En. Ali : Terima
kasih. Saya tidak menduga kejayaan
saya itu telah mendapat liputan
yang meluas oleh akhbar di Malaysia.
Hadi : Hal ini
demikian kerana inilah kali pertama
anak
Malaysia berjaya dalam pertandingan
perisian komputer yang dianjurkan oleh Micro
Software Inc yang terkenal itu. Saya
difahamkan Encik Ali ialah pelajar tahun akhir
dalam
bidang perisian komputer di Universiti
London.
Sebelum itu di manakah Encik Ali
belajar?
En. Ali : Selepas SPM saya terus mendapat tempat di
ITM, Shah Alam. Saya belajar
sehingga
mendapat diploma dalam bidang komputer.
Selepas itu baharulah saya melanjutkan pelajaran
di luar negara.
Hadi : Berbalik kepada perisian yang direka
cipta
Encik Ali, apakah nama perisian
itu dan tujuan
perisian itu?
En. Ali : Perisian
itu namanya Solve 2000 dan ia direka
untuk
mengatasi masalah pepijat tahun 2000.
Pada
tahun itu semua komputer dan alat-alat
seperti pemain VCD dan mesin basuh tidak
dapat
bekerja lagi kerana tidak dapat
‘membaca’. Hal ini berlaku kerana kebanyakan
komputer telah disetkan tarikh sehingga tahun
1999
sahaja.
Hadi : Setahu
saya sudah terdapat banyak perisian di
pasaran untuk mengatasi masalah pepijat
tahun
2000 itu, jadi apakah kelebihan perisian
yang
direka oleh Encik Ali ini?
En. Ali : Kebanyakan
perisian itu mahal harganya se-
dangkan perisian ciptaan saya ini murah dan
mudah
digunakan. Perisian ini juga berupaya
mengenali komputer yang menghadapi
masalah pepijat tahun 2000 dan mengubah
tarikhnya supaya komputer dapat
berfungsi.
Walau
bagaimanapun perisian ini hanya untuk
komputer sahaja bukan alat-alat elektrik yang
lain.
Hadi : Bolehkah
Encik Ali menerangkan kesan
pepijat tahun 2000 itu terhadap
kehidupan
kita?
En. Ali : Sekarang
ini kita banyak bergantung kepada
komputer. Misalnya kita boleh mengambil
wang
di bank dengan menggunakan kad
sahaja. Kita menggunakan pelbagai perisian
untuk
menulis, membuat graf, membina data,
melukis dan sebagainya. Kita juga boleh
menghantar surat elektronik atau berhubung
dengan
kawan menggunakan komputer. Semua
hal
itu dilakukan dengan menggunakan
perisian-perisian tertentu. Seperti yang saya
katakan tadi, kebanyakan perisian itu boleh
membaca hingga tahun 1999 sahaja, jadi pada
1
Januari 2000 komputer tidak dapat lagi
berbuat demikian kerana tarikh sudah berubah.
Inilah
yang dikatakan pepijat tahun 2000 itu.
Jadi,
apabila komputer tidak dapat berfungsi
tentulah banyak kesan buruknya.
Hadi : Sebelum
saya berundur, pertanyaan saya yang
akhir
ialah adakah semua alat elektrik
menghadapi masalah pepijat tahun 2000 ini?
En. Ali : Oh, tidak!
Hanya alat elektrik yang boleh kita
jangkakan masa ia akan berfungsi akan
terlibat. Misalnya mesin perakam pita video,
apabila kita hendak merakamkan sesuatu
program dari televisyen kita tentukan waktu
dan
tarikh mesin itu befungsi. Alat seperti ini
dan
keluaran yang lama akan menghadapi
masalah pepijat tahun 2000.
Hadi : Maksudnya,
komputer dan perisian keluaran
lama
akan menghadapi masalah yang sama?
En. Ali : Ya,
begitulah.
Hadi : Saya
berundur dulu dan lagi sekali tahniah dan
terima kasih.
En. Ali : Sama-sama.
11. Siapakah Hadi?
A
Penemu ramah
B
Pemberita
C
Pelajar universiti
D
Pelajar ITM
12. Perkataan ‘liputan’ dalam petikan di atas bermaksud
A
laporan
B
perbincangan
C
perbahasan
D
sanjungan
13. Berikut ialah maklumat yang salah tentang diri Encik Ali?
A
Beliau bekas pelajar ITM
B
Beliau kini belajar dalam negeri dalam bidang
komputer
C
Beliau telah mereka cipta perisian Solve 2000
D
Beliau telah mengangkat nama Malaysia di mata
dunia
14. Mengapakah komputer keluaran lama tidak dapat berfungsi pada 1
Januari 2000?
A
Kerana komputer itu dijangka rosak secara tiba-
tiba
B
Kerana komputer itu tidak dapat membaca pada
tarikh berkenaan
C
Kerana komputer itu dapat membaca selepas tarikh
1999
D
Kerana komputer itu tidak dipasang perisian
rekaan Encik Ali
15. Masalah pepijat tahun 2000 akan berlaku kepada
A
komputer dan alat-alat elektrik keluaran lama
B
komputer, perisian lama serta beberapa alat
elektrik
C
perisian dan komputer yang baru dikeluarkan
sahaja
D
semua jenis komputer dan mesin perakam video
....................................................................................................................................................
SOALAN
PEMAHAMAN 1
Baca petikan di bawah,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.55, Jalan Ali 2/8, Taman Dahlia, 83200 Kota Tinggi, Johor. 18 Ogos 2006. |
|
Menemui sahabatku, Hilmi. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat
walafiat. Saudara, Terima kasih kerana menceritakan pengalaman saudara tentang majlis perkahwinan abang saudara yang diadakan di Resort Ayer Keroh baru-baru ini. Saya turut berasa bangga kerana Perbadanan Pelancongan Negeri Melaka memilih abang saudara dan pasangannya sebagai model adat istiadat perkahwinan Melayu. Tentu ramai pelancong asing hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh tradisi itu. Saya juga ingin menceritakan pengalaman menarik saya. Seminggu yang lalu saya dan keluarga telah melawat rumah panjang suku kaum Iban di Sarawak. Mereka tinggal di rumah panjang sejak beratus-ratus tahun dahulu. Penghuni rumah panjang terdiri daripada beberapa keluarga dan diketuai oleh Tuai Rumah. Rumah panjang terbahagi kepada beberapa petak. Satu petak untuk sebuah keluarga. Di dalam petak pula terdapat beberapa buah bilik, dapur, ruai dan tanju. Tanju digunakan untuk menjemur hasil tanaman seperti padi, lada hitam dan hasil hutan lain. Ruai pula ialah tempat berlangsungnya upacara perkahwinan, kematian dan acara rasmi lain. Pengalaman melawat rumah panjang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hidup saya. Itu sajalah yang dapat saya coretkan buat kali ini. Semoga berjumpa di lembaran lain. Sekian wassalam. |
|
Sahabatmu, Mira |
A Kota Tinggi, Johor
B Sarawak
C Melaka
D Resort Ayer Keroh
2. Pada pendapat kamu, mengapakah Resort Ayer Keroh dipilih untuk mengadakan majlis perkahwinan itu?
A Kerana abang Hilmi sukakan tempat itu.
B Kerana tempat itu menjadi tumpuan pelancong asing.
C Kerana tiada tempat lain lagi.
D Kerana tempat itu kediaman keluarga Hilmi.
3. Frasa “Semoga berjumpa di lembaran lain” menunjukkan
A Mira dan Hilmi sering berutus surat.
B Mira ialah bekas rakan sekolah Hilmi.
C Mira dan Hilmi mempunyai tali persaudaraan.
D Mira ialah bekas jiran Hilmi.
4. Apakah pekerjaan utama suku kaum Iban yang tinggal di rumah panjang itu?
A Nelayan
B Peneroka
C Pegawai Kerajaan
D Petani
5. Jika ada pelancong asing yang datang melawat rumah panjang, di manakah majlis sambutan pelancong itu akan diadakan?
A Di petak Tuai Rumah
B Di ruai
C Di tanju
D Di bilik tamu
SOALAN
PERMAHAMAN 2
Baca petikan di bawah,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Fahmi : | Aku dah kata Malik, tapi kau tak ambil peduli. |
Malik : | Tapi Fahmi, kalau aku tak gagahkan tulang empat kerat ini, siapa lagi yang hendak suapkan anak dan isteriku. |
Fahmi : | Ya benar, tapi kau pun tahu sekarang musim angin monsun timur laut. |
Malik : | Jangan kau nak bersyarah di depanku Fahmi. Selama ini ada saudaraku yang ambil tahu susah senang kami sekeluarga? Lagipun masa aku keluar keadaan laut tenang sahaja. |
Fahmi : | Aku kan ada Malik, bukan kau tak kenal aku. Sejak dari dulu lagi aku anggap kau sekeluarga sebagai saudaraku. Jika ada apa-apa kepayahan, kenapa kau tidak beritahu aku? |
Malik : | Sebenarnya aku sekeluarga telah banyak menyusahkan kau selama ini. Yuran pendaftaran anakku, Musa di universiti dulu pun kau yang sediakan. Takkan perbelanjaan hariannya pun aku nak minta daripada kau. |
Fahmi : | Tapi Malik, aku telah anggap Musa sebagai anakku sendiri, lagipun aku tiada anak. Kau jangan bimbang, mulai sekarang segala perbelanjaan Musa di universiti biar aku yang tanggung. Kau uruskan tiga lagi anakmu yang bersekolah rendah dan menengah itu. |
Malik : | Terima kasih Fahmi, kaulah saudaraku dunia dan akhirat. |
Fahmi : | Mujur Pasukan Polis Marin mempunyai bot pemecah ombak, kalau tidak entah apa yang akan berlaku semalam. Ingat, lain kali kalau nak ke laut, bawa aku sekali. |
Malik : | Baiklah Fahmi, terima kasih sekali lagi. |
1. Apakah pekerjaan Fahmi dan Malik?
A Polis Marin
B Nelayan
C Petani
D Penuntut universiti
2. Berapa orangkah ahli keluarga Malik?
A Enam orang
B Empat orang
C Tujuh orang
D Lima orang
3. Apakah yang berlaku kepada Malik sehari sebelum perbualan di atas?
A Malik ditimpa kemalangan jalan raya.
B Malik dilanda ombak besar ketika menangkap ikan di laut.
b Malik dihalau oleh saudara maranya.
D Malik diserang jerung ketika di laut.
4. Pernyataan yang manakah sesuai bagi menggambarkan kehidupan keluarga Malik dan Fahmi?
A Fahmi sangat kaya, manakala Malik sangat miskin.
B Mereka berdua sangat miskin.
C Mereka adalah nelayan laut dalam yang kaya.
D Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
5. Pernyataan berikut benar tentang Fahmi, kecuali
A Fahmi tidak mempunyai anak.
B Fahmi ialah sahabat baik Malik.
C Fahmi ialah seorang pemborong ikan.
D Fahmi ialah seorang yang budiman.
SOALAN
PEMAHAMAN 3
Baca petikan di bawah,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Aku meletakkan beg sekolahku di atas pangkin bawah pokok mangga di depan rumah. Keringat masih lagi mengalir di dahi.
Aku perhatikan sekeliling rumahku, tapi kelibat ayah belum kunampak. Mungkin ayah belum pulang lagi dari sawah. Sejak pemergian ibu setahun yang lalu, kerja ayah menjadi dua kali ganda. Anak padi sudah besar, tiada siapa yang akan mencabutnya untuk dipindahkan ke petak sawah.
"Din, baru balik?" tiba-tiba sahaja suara ayah mengejutkan aku dari arah belakang.
"Maafkan ayah, Din. Ayah belum masak lagi," kata ayah sambil menunjukkan dua ekor ikan keli di tangannya.
"Tak apalah, ayah. Ayah pergilah mandi dulu, biar saya masak," kataku sambil membawa ikan keli itu menuju ke pintu dapur.
Lepas sembahyang Zuhur nanti tugasku bermula. Tinggal dua petak sawah lagi yang belum kubajak. Lepas itu, bolehlah aku mengambil upah membajak sawah Pak Megat, Pak Talib dan Pak Said. Itulah punca pendapatan sampingan aku bersama dengan jentera kubota berenjin diesel.
Pernah suatu hari aku suarakan cadangan supaya ayah mencari pengganti ibu, namun aku ditengkingnya. Bagi ayah, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat ibu.
Aku bertekad untuk meneruskan cita-citaku untuk menjadi seorang peguam seperti yang telah aku katakan pada ibu. Ibu…
1. Perkataan ‘keringat’ dalam petikan di atas bermaksud
A tahi lalat
B darah
C peluh
D jerawat
2. Apakah pekerjaan ayah penulis?
A Pesawah
B Pekebun sayur
C Pembajak sawah
D Penoreh getah
3. Apakah punca pendapatan sampingan keluarga penulis?
A Hasil jualan kuih
B Hasil jualan buah mangga
C Hasil jualan padi
D Hasil upah membajak sawah
4. Berikut ialah sikap yang ada pada diri ayah penulis, kecuali
A Penyayang
B Bertanggungjawab
C Penyabar
D Suka menengking
5. Berikut ialah pengajaran yang boleh didapati daripada petikan di atas, kecuali
A Kita mestilah bersabar menghadapi dugaan.
B Kita hendaklah sentiasa menolong ibu bapa kita.
C Kita hendaklah bekerja sambil bersekolah.
D Kita hendaklah mempunyai cita-cita yang tinggi.
SOALAN
PEMAHAMAN 3
Baca petikan di bawah,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Persatuan Penduduk Taman Seri
Tanjung, 54300 Kuantan, Pahang Darul Makmur. _________________________________________________________________________ |
|
Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kuantan, 54400 Kuantan, Pahang Darul Makmur. 7JULAI2012 |
|
Tuan, |
|
Aduan Tentang Kerja-Kerja Pemungutan Sampah Perkara di atas dirujuki. 2. Untuk makluman pihak tuan, kami tidak berpuas hati dengan jadual kutipan sampah sekarang. Dahulu sampah dipungut tiga kali seminggu, iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Jumaat, tetapi sekarang sampah hanya dipungut dua kali seminggu. Adakalanya sampah hanya dipungut sekali seminggu sahaja. 3. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di sini kerana bau busuk daripada sampah yang tidak dikutip itu. Suasana seperti ini bertambah teruk apabila terdapat anjing dan kucing liar yang menyelongkar sampah sarap ini. 4. Lori sampah juga selalu datang pada waktu petang. Pada waktu ini banyak kanak-kanak beriadah di halaman rumah. Hal ini membahayakan mereka. 5. Kami berharap agar pihak tuan memandang serius masalah ini. Sekian dimaklumkan, terima kasih. Yang menjalankan tugas, Mazlan (MAZLAN ABU BAKAR) |
1. Mengapakah surat ini ditulis?
A Untuk menjelaskan keadaan sampah yang berbau busuk.
B Untuk membuat aduan tentang pemungutan sampah.
C Untuk membuat aduan tentang anjing liar yang berkeliaran.
D Untuk meminta penjelasan tentang jadual lori sampah.
2. Perkataan beriadah dalam petikan di atas membawa maksud
A bersenam
B bersembang
C berkumpul
D beristirehat
3. Pada pendapat kamu, siapakah Mazlan Abu Bakar?
A Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung
B Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung
C Pengarah Bahagian Sisa Pepejal Majlis Perbandaran Kuantan
D Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan
4. Harapan penulis daripada aduan ini adalah agar
A lori sampah datang pada waktu malam.
B anjing dan kucing liar dapat ditangkap dengan segera.
C masalah penduduk mendapat perhatian pihak terbabit.
D sampah dapat dikutip setiap hari.
5. Semua pernyataan berikut benar, kecuali
A Persatuan penduduk mahu sampah dikutip setiap hari.
B Lori sampah yang datang pada sebelah petang tidak disenangi penduduk.
C Masalah bau sampah terjadi setelah lori sampah hanya datang dua kali seminggu.
D Kadang-kadang lori sampah hanya datang seminggu sekali.
SOALAN
PEMAHAMAN 5
Baca petikan di bawah,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Menteri Besar Terengganu merasmikan perniagaan
francais keropok dan nasi dagang menerusi Dagang Corner (DG) dan T' Dagang
yang dilancarkan kerajaan Terengganu di Restoran Terapung Puteri dekat sini. Konsep perniagaan francais itu dilihat mampu mengubah nasib pengusaha makanan tradisional negeri itu, sekaligus membuka peluang kepada mereka memasarkan produk mereka di pasaran antarabangsa. Dagang Corner di Restoran Terapung Puteri itu adalah satu cara terbaik untuk mempromosikan nasi dagang Terengganu supaya lebih dikenali terutamanya kepada pelancong asing. Selama ini nasi dagang hanya dijual di warung-warung tepi jalan dan di restoran-restoran tertentu sahaja. Pada masa yang sama, Dagang Corner akan turut memperkenalkan pelbagai jenis kuih tradisi Terengganu untuk dijual di sini. Pihak pengurusan telah membantu pengusaha makanan tersebut dengan menyediakan khidmat nasihat seperti pembungkusan dan pelabelan yang lebih menarik. Dengan usaha berterusan pihak pengurusan Dagang Corner dan sokongan kerajaan negeri Terengganu, Menteri Besar percaya produk tradisi ini akan mampu dieksport ke luar negara. |
1. Siapakah yang bakal memperoleh manfaat daripada perniagaan francais yang dilancarkan itu?
A Menteri Besar
B Pengusaha makanan tradisional
C Kerajaan Negeri
D Pelancong asing
2. Apakah matlamat utama kerajaan melancarkan program seperti di atas?
A Memajukan industri makanan tradisional.
B Menggalakkan kedatangan pelancong asing.
C Melariskan Restoran Terapung Puteri.
D Mempromosikan produk kraftangan Terengganu.
3. Perkataan mempromosikan dalam petikan bermaksud
A memartabatkan
B meyakinkan
C mengiklankan
D menyelerakan
4. Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh pihak pengurusan Dagang Corner kepada pengusaha makanan tradisional?
A kewangan
B pembungkusan
C mesin percuma
D penghantaran
5. Apakah harapan Menteri Besar Terengganu dalam petikan di atas?
A Pengusaha makanan Terengganu akan bertambah kaya.
B Produk makanan tradisional mampu dieksport ke luar negara.
C Lebih ramai pelancong akan datang ke Terengganu.
D Lebih banyak peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan.
...........................................................................................................................................................
MEMAHAMI PETIKAN CERITA
Arahan : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Bandar Dungun memang indah. Demikianlah penilaianku selama tiga hari menumpang di rumah kawanku, Ramli. Bandar itu letaknya di pinggir laut. Salah satu pantainya, Pantai Teluk Lipat memanjang hingga ke Tanjung Sura sejauh tiga kilometer.
Petang itu aku dan Ramli bersiar-siar di pantai itu. Selari dengan pantai itu terdapat sebatang jalan raya yang lurus. Jalan raya itu berakhir di Tanjung Sura yang berlagun dan dilatari bukit kecil.
Kami menapak di pasir pantai yang lembut dan bersih itu sambil melihat orang memancing ikan. Dari situ kami dapat melihat perahu-perahu nelayan keluar masuk ke jeti Kuala Dungun. Jeti itu menjadi pusat pendaratan ikan.
Mataku tertumpu kepada pengail-pengail itu. Mereka duduk di atas pelantar jeti lama atau duduk di atas tiang besar itu.
“Jeti itu tidak digunakan lagi,” jelas Ramli. “Sebelum ini, jeti itu merupakan tempat pemunggahan bijih besi dari Bukit Besi,” sambungnya.
Bukit Besi ialah sebuah bandar perlombongan bijih besi. Bandar itu letaknya kira-kira 30 kilometer dari bandar Dungun. Bijih besi dari bandar itu dipunggah ke jeti tersebut menggunakan kereta api.
Bijih besi itu dieksport ke luar negara menggunakan kapal. Oleh sebab air laut cetek, kapal-kapal tidak dapat rapat ke tepi jeti itu. Bijih besi terpaksa dipunggah dengan tongkang ke kapal yang berlabuh jauh di laut.
“Kini bijih besi telah habis dan bandar Bukit Besi telah menjadi bandar mati,” kata Ramli.
“Bagaimana pula dengan landasan kereta apinya?” tanya saya.
“Landasannya telah rosak binasa,” balas Ramli.
“Perkhidmatannya harus dihidupkan kembali untuk menarik minat pelancong,” kata saya.
“Idea yang baik,” balas Ramli. “Tapi landasannya telah dibongkar orang, tinggal bekasnya sahaja,” sambung Ramli.
“Nampaknya jeti ini sahaja yang masih ada,” kataku sambil memandang kepada kumpulan orang yang sedang memancing itu.
“Tetapi telah uzur benar, lihatlah tiang-tiangnya yang telah senget, malahan banyak yang telah tumbang,” tambah Ramli.
“Sedikit masa lagi semuanya akan berkubur dalam laut,” kata saya sambil melihat seorang lelaki tua menyentak kailnya.
1 Penulis berpendapat bandar Dungun cantik kerana
A ada jeti lama dan lagun
B kedudukannya di tepi laut
C mempunyai pantai yang cantik
D ada jalan raya di tepi pantainya
2 Perkataan “dibongkar” dalam petikan di atas bermaksud
A dicuri
B dibuka
C diambil
D dirosakkan
3 Mengapakah kapal tidak berlabuh di jeti itu?
A Kerana air laut dangkal
B Kerana jeti itu berbahaya
C Kerana adanya tongkang
D Kerana kapal berlabuh di tengah laut
4 Berikut adalah kenyataan yang BENAR tentang tempat-tempat yang dinyatakan dalam petikan di atas KECUALI
A Bandar Dungun terletak di tepi laut
B Kuala Dungun ialah pelabuhan ikan
C Dungun merupakan pusat utama pendaratan ikan
D Kereta api digunakan untuk mengangkut bijih timah dari Bukit Besi ke
Dungun
5 Pada pendapat anda, apakah tajuk yang sesuai bagi petikan itu?
A Bukit Besi Bandar Bijih
B Keindahan Bandar Dungun
C Percutian Yang Menyeronokkan
D Dungun Bandar Bersejarah
-->
Latihan pemahaman (2)
MEMAHAMI
RENCANA
Arahan
:
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Jalan
raya di negara kita dikatakan antara yang terbaik di Asia Tenggara.
Perkembangan perusahaan melombong bijih timah dan ladang getah yang baru
dibuka
menjadi faktor utama jalan raya dibina di negara kita. Perusahaan ini juga menyebabkan munculnya
bandar-bandar baru dan
kawasan-kawasan baru.
Pada mulanya,
sebelum terbina jalan
raya yang berturap tar, jalan tersebut merupakan lorong-lorong di dalam
hutan.
Jalan itu berlumpur apabila hujan dan berdebu ketika musim kemarau.
Kemudian
lorong itu bertukar menjadi laluan kereta lembu yang digunakan untuk
mengangkut
bijih timah dan barang-barang ke pengkalan di tepi sungai.
Serentak dengan
kemajuan perusahaan
bijih timah dan getah itu juga jalan raya telah dibina untuk
menghubungkan
antara bandar-bandar itu.
Jalan raya yang
menghubungkan
Singapura dengan Perlis telah siap dibina pada tahun 1928. Hanya selepas
tahun
1945, barulah jalan raya yang menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur
dengan
negeri-negeri Pantai Barat siap dibina.
Jalan raya dan
lebuh raya terus
dibina dengan pesat untuk memudahkan perjalanan antara negeri dengan
kawasan-kawasan yang baru membangun. Dengan adanya lebuh raya,
perjalanan
menjadi lebih cepat serta selamat. Antara lebuh raya itu ialah Lebuh
Raya Timur
- Barat, Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Kuala Krai-Gua Musang,
Lebuh Raya
Kuantan-Segamat dan banyak lagi.
Pembinaan jalan
raya juga berlaku
dengan pesat di Sabah dan Sarawak. Kini terdapat tiga batang lebuh raya
yang
menjadi tulang belakang rangkaian jalan raya di Sabah. Lebuh raya itu
ialah
Lebuh Raya Tamparuli-Ranau, Lebuh Raya Papar-Sindumin dan Lebuh Raya
Lahad
Datu-Semporna. Di Sarawak juga banyak jalan raya baru dibina seperti
Jalan
Bintulu-Tanjong Kidurong, Jalan Raya Bako dan Jalan Lubuk Antu-Batang
Ai.
1 Berikut
ialah negara di Asia Tenggara KECUALI
A Jepun
B
Thailand
C
Singapura
D
Indonesia
2 Bagaimanakah
keadaan jalan raya sebelum diturap dengan tar?
A
Jalan
itu berlumpur dan berdebu.
B
Jalan
itu merupakan laluan kereta lembu.
C Jalan
itu letaknya menuju ke tepi sungai.
D
Jalan itu berupa lorong dalam hutan.
3 Pembinaan
jalan raya berkait rapat dengan
A pertumbuhan
bandar-bandar
B
kemajuan perusahaan bijih
timah
C
kemajuan sesetengah kawasan baru
D
pembukaan kawasan baru
4 Lebuh
Raya Utara-Selatan melalui
negeri-negeri berikut KECUALI
A Johor
B
Perak
C
Pahang
D
Selangor
5 Tujuan
pembinaan lebuh raya ialah
A menghubungkan
kawasan baru
B
memudahkan perjalanan antara
negeri
C
menghubungkan Singapura dengan Perlis
D
menghubungkan Sarawak dengan Sabah
-->
MEMAHAMI BERITA
Arahan
:
Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
B
aliran air tersekat oleh
sampah-sarap
C hujan yang turun dengan lebatnya
D pengurusan MPPP yang kurang cekap
Latihan pemahaman (3)
MEMAHAMI BERITA
Arahan
:
Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
PULAU PINANG, 10 November - Hujan lebat yang berlarutan
sepanjang malam tadi
telah menyebabkan bandar raya Georgetown
dilanda banjir. Antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir ialah
Kampung
Jawa, Jalan Perak, Jalan P.Ramlee dan Jalan Rawak.
Mangsa
banjir di kawasan berkenaan telah dipindahkan sejak awal pagi lagi
dengan
bantuan polis marin, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung
berkenaan. Mereka
ditempatkan di masjid dan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan.
Tinjauan yang dibuat hari ini
mendapati di sesetengah kawasan, air naik hingga setengah meter dan
hampir
menenggelamkan rumah-rumah di kawasan terbabit.
Akibat banjir itu juga, beberapa batang jalan ditutup kepada kenderaan.
Ini menimbulkan masalah kesesakan jalan raya serta menjejaskan
kemeriahan
perayaan Deepavali yang sedang berlangsung.
Yang
Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berpendapat banjir itu
tidak
seharusnya berlaku jika air dapat mengalir dengan lancar.
Beliau berkata, sistem
perparitan
yang tidak sempurna serta tabiat orang ramai yang suka membuang
sampah-sarap di
merata tempat menyebabkan banjir mudah berlaku setiap kali hujan turun.
Beliau berharap orang ramai
tidak menuding jari kepada MPPP dalam
hal ini. Walau bagaimanapun pihaknya
akan menjalankan kajian untuk memastikan punca banjir selain daripada
masalah
sampah.
1 Perkataan berlarutan
dalam petikan bermaksud
A semakin
lanjut
B
terus-menerus
C berpanjang-panjang
D semakin
bertambah
2 Pihak manakah yang tidak terlibat
dalam
pemindahan mangsa banjir itu?
A
Pihak
MPPP
B
Polis marin
C Jabatan Pertahanan
Awam
D Orang kampung
3 Apakah kesan banjir itu kepada
penganut agama
Hindu?
A Mereka terpaksa
dipindahkan ke sekolah.
B
Mereka tidak dapat menyambut
Deepavali.
C Mereka beraya dalam
suasana kurang meriah.
D Mereka terperangkap
dalam kesesakan
lalu-lintas.
4 Berikut ialah punca banjir yang
melanda
kawasan-kawasan itu KECUALI
A sistem perparitan yang
kurang baik
B
aliran air tersekat oleh
sampah-sarap
C hujan yang turun dengan lebatnya
D pengurusan MPPP yang kurang cekap
5 Frasa “menuding
jari” bermaksud
A menunjuk jari ke arah
sesuatu
B
menuduh pihak tertentu
C menfitnah pihak
tertentu
D membuat kajian
terhadap sesuatu
Latih tubi yang sangat membantu murid membuat latihan.
ReplyDeleteSalam sejahtera cikgu, bolehkah cikgu bagi jawapan pemahaman? terima kasih.
ReplyDeleteBoleh cikgu bagi jawapan pemahaman
Deleteboleh cikgu bagi jawapan latihan pemahamaN?
ReplyDeleteTIRIMA KASIH CIKGU
Boleh cikgu bagi jawapan latihan pemahaman
ReplyDeleteBoleh cikgu bagi jawapan latihan pemahaman
ReplyDeleteTHE LETTERS ARE ANNOYING
ReplyDeleteikr
DeleteTerima kasih cikgu atas perkongsian latihan pemahaman di atas. Saya mohon izin menggunakan latihan tersebut untuk kegunaan murid-murid di sekolah saya. semoga usaha cikgu dirahmati Allah.
ReplyDeleteTQ for ur exercises. Where's the answers for these questions?
ReplyDeleteTerima kasih banyak cikgu.
ReplyDelete