Buah hati - Orang yang disayangi
...........................................................................................................
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut
:
Simpulan Bahasa | Maksudnya |
ada angin | berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika |
ada hati | mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu |
air muka | rupa atau wajah seseorang |
ajak-ajak ayam | tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang |
ada bakat | mempunyai tokoh atau perwatakan |
alas perut | makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan |
anak angkat | anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri |
anak bapa | anak yang disayangi oleh bapa |
anak buah | orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara |
anak emas | anak yang disayangi oleh ibubapa atau ketuanya |
angkat kaki | meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab |
atas angin | negara-negara di sebelah barat |
atas pagar | tidak menyebelahi mana-mana pihak |
ayam tambatan | orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan |
bahasa pasar | bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya |
banyak mulut | orang yang banyak cakap |
batu api | orang yang suka menghasut |
batu loncatan | sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati |
bau-bau bacang | tali persaudaraan yang jauh |
bawah angin | negara-negara di sebelah timur |
bekas tangan | hasil kerja tangan seseorang |
beralih akal | berubah fikiran atau pendapat |
beralih angin | pergi ke sesuatu tempat untuk berehat |
berat hati | enggan; malas |
berat mulut | pendiam dan tidak suka bercakap banyak |
berat tulang | orang yang malas bekerja |
berat sebelah | tidak berlaku adil |
berbelah bagi | sukar untuk membuat keputusan |
berhati batu | degil dan sukar menerima nasihat |
berhutang budi | patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga |
bermuka dua | tidak jujur |
bertikam lidah | bertengkar ; berdebat |
besar hati | bergembira atau berbangga akan sesuatu |
besar kepala | degil; sukar menerima pandangan orang lain |
buah hati | orang yang dikasihi atau dipuja |
buah mulut | sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai |
buah tangan | hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang |
bulat hati | bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad |
buruk siku | mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain |
buta hati | tidak dapat menerima pengajaran; zalim ; kejam |
cahaya mata | anak |
cakar ayam | tulisan yang buruk |
campur tangan | turut serta atau mencampuri urusan orang lain |
cari jalan | berusaha atau ikhtiar melakukan sesuatu |
cepat tangan | suka mencuri |
dalam tangan | sudah pasti diperoleh |
darah daging | anak kandung |
durian runtuh | keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka |
gaji buta | mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh |
gelap mata | hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta |
harga diri | maruah atau kehormatan seseorang |
harga mati | harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi |
hati batu | degil atau keras hati |
hidung tinggi | sombong atau tinggi diri |
hilang akal | tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri |
ikat perut | menahan lapar kerana berjimat |
iri hati | menyimpan perasaan dengki atau cemburu |
isi hati | perasaan dalam hati |
jalan buntu | tidak ada jalan penyelesaian |
kacang hantu | orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain |
kaki ayam | tidak berkasut atau berselipar |
kaki bangku | tidak berkebolehan bermain bola |
kaki botol | suka minum minuman keras |
kecil hati | berasa tersinggung atau merajuk |
kepala angin | perangai yang tidak menentu |
kepala batu | degil dan tidak mendengar nasihat |
kera sumbang | orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain |
khabar angin | berita yang belum tentu benarnya |
langkah kanan | bernasib baik |
langkah seribu | cepat-cepat lari kerana ketakutan |
lidah bercabang | kata-kata yang tidak boleh dipercayai |
lipas kudung | cepat membuat kerja |
lintah darat | mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan |
makan angin | bersiar-siar untuk berehat |
makan suap | menerima rasuah |
malu-malu kucing | berpura-pura malu di hadapan orang |
mandi peluh | bekerja kuat |
mati katak | mati dengan sia-sia |
membabi buta | melakukan sesuatu tanpa berfikir |
membawa diri | tahu menjaga diri |
membuka jalan | memberi laluan kepada orang lain |
membuka tembelang | menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain |
memeras otak | terlalu kuat berfikir atau belajar |
menarik diri | tidak turut serta; meletak jawatan |
mencari jalan | berusaha melakukan sesuatu |
mencuci mata | gembira memperhatikan sesuatu yang indah |
mencuit hati | lucu; menggelikan hati |
mengabui mata | cuba memperdaya; menipu |
mengadu domba | memperlagakan seseorang untuk memecah belahkan persahabatan dan sebagainya |
mengambil angin | bersiar-siar untuk berehat |
mengambil berat | memberi sepenuh perhatian |
mengambil hati | dapat memikat atau mempengaruhi |
mengasah bakat | latihan untuk mengembangkan bakat |
muka tembok | tidak berasa malu |
mulut murai | kuat bercakap atau berbuat bising |
mulut tempayan | tidak dapat menyimpan rahsia |
murah hati | suka menderma, tidak kedekut |
naik angin | terlalu marah |
nyawa-nyawa ikan | hampir-hampir mati |
orang atasan | orang yang berpangkat tinggi |
otak cair | pintar atau bijak |
otak kering | kurang siuman |
otak udang | bebal atau bodoh |
paku belanda | barangan yang tetap harga |
panas hati | meradang atau marah |
panjang tangan | suka mencuri |
pasang telinga | mendengar dengan teliti |
pekak badak | kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat |
pembasuh mulut | makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi |
perang mulut | pertengkaran |
pilih kasih | memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai |
pisau cukur | perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki |
puteri lilin | tidak tahan terkena panas matahari |
putih hati | ikhlas; jujur |
putih mata | mengalami kekecewaan |
rabun ayam | penglihatan kurang jelas |
rambang mata | sukar membuat pilihan |
ringan tangan | suka membuat kerja; menolong orang |
sampai hati | tergamak melakukan sesuatu kerja |
serkap jarang | membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa |
tangan terbuka | menyambut sesuatu dengan senang hati |
tangkai jering | orang yang kedekut |
tawar hati | tidak mempunyai minat lagi |
tebal muka | tidak tahu malu |
telinga kuali | tahan hati menerima kemarahan |
telinga lintah | tajam pendengaran |
telinga nipis | cepat marah atau meradang |
terang hati | mudah memahami sesuatu |
tidur-tidur ayam | tidur yang tidak nyenyak |
tin kosong | bercakap besar tanpa ilmu |
titik peluh | hasil usaha yang bersungguh-sungguh |
............................................................................................................
SIMPULAN BAHASA
1.
Pak Jumat yang _______ itu masih kuat mengusahakan kebun kelapanya.
A bongkok sabut B manis mulut C kering hati D hati muda
2.
Abang terpaksa ber _______ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke
tangan orang lain.
A tikam lidah B gelap hati C putih mata D alih angin
3.
Farhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana herganya _______
.
A atas pagar B paku belanda C naik angin D kera sumbang
4.
Sikap Yasin yang suka _______ itu menyebabkan dia tidak disukai.
A angkat mata B angkat kaki C angkat diri D angkat sumpah
5.
Ros tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah
_______.
A hutang darah B naik darah C hisap darah D mabuk darah
6.
Pak Zaman dapat hidup senang hasil _______ nya berbakti kepada tanah.
A titik peluh B makan suap C jalan buntu D kacang hantu
7.
Pekerja itu _______ menanggung kepayahan hidup di rantauan.
A besar hati B ada hati C cekal hati D sampai hati
8.
Kecemerlangan Johari dalam
peperiksaan telah menjadi _______ orang kampungnya.
A buah hati B buah mulut C buah tangan D buah fikiran
9.
Ain mengambil sikap _______ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun
dalam perselisihan itu.
A atas pagar B pilih kasih C hentam kromo D berpeluk tubuh
10. Pekerja itu sering ditipu oleh
majikannya kerana dia _______ .
A pekak badak B pisau cukur C pening lalat D buta huruf
11. Aida suka membaca, maka dia
digelar _______.
A ulat buku B intan terpilih C puteri lilin D kaki bangku
12. Ali dan kawan-kawannya masih
melepak di simpang jalan itu walaupun _______ sudah turun.
A bunga dedap B embun jantan C buaya tembaga D buah hati
13. Mira _______. Dia suka membocorkan
rahsia orang.
A mulut tempayan B
telinga kuali C tangan panjang D kepala angin
14. Datuk saya _______ untuk
menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh kerabat diraja Perak.
A bertegang urat B berputih tulang C bermandi peluh D
berjimat cermat
15. Berita penangkapan pegawai
kerajaan yang _______itu disiarkan di
dalam akhbar-akhbar utama.
A makan suap B makan angin C makan tuan D makan hati
16. Ramlah mendapat _______apabila dipilih sebagai pemenang
utama peraduan itu .
A mata duitan B buah tangan
C gaji buta D durian runtuh
17. Datuk Zakaria telah dilantik
menjadi _______ negara ke Sweeden .
A Guru Besar B Hakim Besar C Menteri Besar D duta besar
18. Pandangan golongan _______ perlu
diambil kira terlebih dahulu bagi menggelakkan timbulnya masalah di
kemudian hari.
A cerdik pandai B
gagah perkasa C kurus kering D tinggi lampai
19. Mak Munah menggunakan bekas
plastik untuk menakung _______ .
A air hujan B air mata C air terjun D air laut
20. Saya bersetuju dengan sikap Encik
Halim yang suka _______dalam
mengendalikan kerja-kerjanya .
A panjang tangan B lepas tangan C
ringan tangan D dalam tangan
21. Kami terpaksa _______kerana
terdapat kejadian tanah runtuh yang menghalang perjalanan kami .
A berpatah balik B berpusing ligat C berubah hati D
bertegang urat
22. Kerja-kerja _______ kapal tangki yang rosak itu sedang
giat dijalankan .
A membaik pulih B mencari gali C mengawal selia D
menaik taraf
23. Setelah lima kali gagal dalam temu duga,Ong Wee
Kiat _______hendak mencuba lagi .
A sakit hati B baik hati C tawar hati D iri hati
24. Sudah hampir sepuluh tahun
beliau _______ dengan syarikat di luar
negara itu .
A bercampur aduk B
berumah tangga C berurus niaga D beramah mesra
25. Nordin naik angin apabila Cikgu
Zul _______ saja setelah mengesyaki
dirinya terlibat dalam pergaduhan itu.
A tarik diri B tangkap mata C tangkap muat D
tangkap buta
26. Zainal _______ kerana menolong Mak
Siti Mengangkat bakul yang berat itu.
A ringan mulut B ringan tangan C ringan lidah D
ringan kepala
27. Pemuda itu sanggup _______ demi menyelamatkan budak yang hampir
dilanggar kereta itu.
A sakit hati B samar muka C sakit mata D sabung nyawa
28. _______ yang berlaku antara Wan
dan Amir berpunca daripada salah faham.
A Pilih kasih B Perang mulut C Pilih bulu D Pening lalat
29. Siti Aisyah _______ apabila Cikgu Norhayati memujinya.
A senyum simpul B senyum tawar C senyum kambing D
senyum sumbing
30. Walaupun telah bermesyuarat selama
empat jam, mereka masih belum mendapat
_______ untuk mengatasi
masalah yang rumit itu.
A jalan keluar B jalan belakang C jalan pintas D jalan tengah
31. Datuk saya _______ untuk
menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh orang kenamaan itu.
A berjimat cermat B
bermandi peluh C berputih tulang D bertegang urat
32. Persembahan Zaki yang _______ itu
memikat hati para juri untuk memilihnya sebagai pemenang
pertandingan mendeklamasikan sajak itu.
A ada akal B ambil berat
C atas pagar
D ada gaya
33. Tiada siapa yang menyangka Haslin
yang ________ itu dapat menyelesaikan masalah yang rumit.
A bodoh sepat B bongkok udang C buaya tembaga D
bintang terang
34. Setelah isterinya meninggal dunia,
Karim _______ dan berkahwin pula dengan
adik isterinya.
A patah kandar B hilang akal
C ganti tikar D retak seribu
35. Seman dan kawan-kawannya masih
bermain dam di pondok menunggu bas di simpang jalan itu walaupun
_______ sudah turun.
A bunga dedap B embun jantan C emas urai
D bintang terang
36. Pemuda-pemuda di desa itu _______
di bawah cahaya matahari menyabit padi yang sudah masak di sawah.
A makan garam B mandi kerbau C mandi bunga D mandi
peluh
37. Nenek Limah tinggal _______ di pondok buruknya itu.
A sekapur sirih B isi perit C sebatang kara D orang harapan
38. Kudin yang telah menjadi _______ Jepun
amat ditakuti oleh penduduk Kampung Permai.
A tali barut B tebal telinga C teluk rantau D
tulang belakang
39. Ayah membayar _______ sebanyak RM10 000 untuk membeli
kereta Gen-2.
A buah pena B hutang darah C wang hantaran D
wang muka
40. Malik menanam sayur di tanah yang
lausnya hanya _______ di hujung kampung untuk menyara hidupnya.
A dapat terpijak B retak seribu
C sekangkang kera D sehelai sepinggang
41. Semasa zaman kegemilangan
kesultanan Melayu Melaka, kerajaan tersebut mempunyai _______ yang luas.
A tahi minyak B teluk rantau C isi perit D pasar gelap
42. Fuad _______ apabila Siva
menuduhnya mengambil duit Persatuan Badminton untuk membeli raket baru.
A buruk siku B hilang akal
C makan diri
D hangat hati
43. Nelayan-nelayan di perkampungan
itu kerap ditindas oleh ________ itu.
A muka tembok B lintah darat C pisau cukur D alim kucing
44. Sekiranya kamu tidak pasti, jangan
cuba _______ kerana buruk padahnya.
A sakit mata B serkap jarang C ringan mulut D
potong leher
45. Masalah itu masih belum selesai
kerana setiap rundingan sentiasa menemui _______ .
A jauh hati B jalan buntu C kera sumbang D makan angin
46. Untuk mengelakkan _______ daripada berlaku, Aziz merahsiakan
perkara itu daripada Ainol.
A patah hati B pasang kaki
C perang mulut D naik darah
47. Sekiranya Sharul ada, tentu
kita _______ kerana ada saja kelakar
yang dibuatnya.
A tak kering gusi B makan hati C telinga lintah D tin kosong
48. Keberanian Alim dan kawan-kawannya
menangkap pencuri itu telah menjadi _______ penduduk kampung.
A buah mulut B buah hati C buah fikiran D buah tangan
49. Ayah dan ibu turun ke sawah sebaik
sahaja _______ .
A bintang terang B makan garam C fajar menyinsing D pasar gelap
50. Kerani bank itu menjadi _______
apabila melihat wang yang banyak di hadapannya.
A jejak barat B gelap mata
C cupak hanyut D bodoh sepat
51. Pembahas itu berhujah dengan
memberikan contoh yang _______ kepada hadirin.
A panjang akal B cari akal C masuk akal D ada akal
52. Alim telah dipulaukan penduduk
kampung kerana disyaki menjadi _______ pengganas.
A patah kandar B mata petai C tali barut D hilang lenyap
53. Tidak usahlah kamu percaya akan
_______ Pak Busu yang sepanjang hari hanya berbual di kedai kopi itu.
A khabar angin B omong kosong C hangat hati D jinak merpati
54. Bakul-bakul ini adalah _______ orang-orang
yang cacat penglihatan.
A
ringan tangan B bekas tangan C buah tangan D dalam tangan
55.
Tiba-tiba sahaja pemuda itu _______ lalu mengamuk di kawasan kampung.
A
gelap hati B rambang mata C mata durian D gelap fikiran
56. Mereka mendapat _______ apabila syarikat mereka mencapai
keuntungan besar.
A
tulang belakang B mata durian C durian runtuh D langkah kanan
57. Rahsia kita telah dobocorkan oleh si _______
itu.
A
mulut murai B mulut tempayan C mulut manis D mulut
biawak
58. Sesiapa sahaja yang _______ akan didakwa di
mahkamah.
A
makan suap B makan hati C makan darah D buruk makan
59. Kami
_______ kerana gagal memasuki perlawanan akhir bola sepak.
A
putih hati B ada hati C putih mata
D mata hati
60. Liyana
merupakan _______ pasukan bola jarring sekolahnya.
A
tulang belakang B batu loncatan C senapang bambu D
kucing bertanduk
61. Jika tiada _______ itu, sudah tentu mereka
tidak bertelagah.
A
batu lesung B batu loncatan C kepala batu D batu api
62. Kakak menjadi _______ apabila melihat
pakaian-pakaian di pusat membeli belah itu.
A
rambang mata B mata keranjang C mata hati D bidan terjun
63. “Berhati-hatilah ketika bergurau dengannya.
Dia itu _______,” kata Malek.
A
pasang telinga B mulut murai C ada angina
D senapang bambu
64. Kadar _______ di kalangan penduduk luar
Bandar sudah jauh berkurangan.
A
buta ayam B buta huruf C buta perut D buta tuli
65.
Banyak syarikat bumiputera terpaksa
_______ akibat kelembapan ekonomi negara.
A
cabut nyawa B balik gagang C hutang darah D gulung tikar
66. Encik Idrus
gemar mendengar muzik klasik sebagai _______ pada masa senggang.
A
halwa telinga B buah pena C bidan terjun D daki dunia
67. Daud terkenal sebagai _______ di kampong itu kerana suka duduk di
simpang jalan hingga larut malam.
A
kepala batu B kepala angina C kutu embun D kera sumbang
68. Pengadil perlawanan akhir itu ditegur oleh
pihak media massa
kerana bersikap _______.
A
baik sangka B buruk siku C
putih mata D pilih kasih
69. Pemuda yang kurang siuman itu
tersengih-sengih seperti _______ apabila lalu di hadapan gadis itu.
A
cacing kepanasan B kerang busuk C sampah masyarakat D saudara pungut
70. “Usahlah memandang saya seperti _______. Saya juga berhak bersuara di Negara
yang mengamalkan system
demokrasi ini,” kata Juah kepada
penduduk kampung.
A
kacang hantu B
pisau cukur C
anjing kurap D penyapu baharu
71. Ana dan Ani yang mendapat kejayaan cemerlang
dalam peperiksaan UPSR itu merupakan _______ Encik Abu
dan Puan Zaini.
A
buah pena B bidan terjun C
nyiur gading D
mata petai
72. Usahlah kamu berharap Encik Hasan yang
terkenal dengan gelaran _______ itu akan menghulurkan derma
kepada anak-anak yatim.
A
lintah darat B ketam batu C
buaya tembaga D bodoh sepat
73. Peragawati itu berjalan melenggang-lengguk
seperti _______ semasa memperagakan
fesyen pakaian ini.
A bongkok
sabut B patah kandar C tali barut
D cupak hanyut
74. Tuk Penghulu menasihati _______ nya supaya
sentiasa hidup bantu-membantu antara satu sama lain.
A
anak emas B anak buah C angak angkat D anak tiri
75. Ah Lim tidak disukai oleh kawan-kawannya
kerana sikapnya yang _______ .
A
hidung tinggi B buah mulut C bulat hati
D harga diri
76. Pak long dan mak ngah sanggup ber _______
hanya kerana berebut harta pusaka.
A
hisap darah B patah arang C paling tadah D retak seribu
77. Dia
_______ dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.
A
makan diri B makan gaji C makan hati
D makan suap
78. Cikgu Dayani terpaksa _______ dalam hal murid-muridnya itu.
A
baik sangka B buruk siku C campur tangan D pilih kasih
79. Karim terpaksa _______ kerana belum mendapat
gaji lagi.
A
ikat perut B mulut tempayan C pekak badak D
lipas kudung
80. Najwa selalu bergaduh dengan abangnya kerana
dia _______.
A
kacang hantu B pisau cukur C anjing kurap D telinga nipis
81. Sikap Ana yang _______ semasa bekerja tidak disenangi oleh
majikannya.
A
buah pena B berat tulang C nyiur gading
D mata petai
82. Amir telah _______ setelah gagal beberapa
kali dalam temu duga.
A
patah hati B rambang mata C buaya tembaga D bodoh sepat
83. Segala permintaannya dituruti kerana ia _______
keluarganya.
A
bongkok sabut B patah kandar C tali barut
D anak emas
84. Walaupun telah bersara Ustaz Asharin tetap
berasa bangga kerana ramai _______ nya
telah berjaya.
A
anak angkat B anak buah C anak tut
D anak didik
85. Amin dapat mengendalikan rancangan jenaka itu
dengan baik walaupun tugasnya hanya
_______.
A
lepas tangan B bidan terjun C
baik hati D
hentam kromo
86. Jangan bersikap _______ketika mengadili sesuatu permainan.
A
buruk sangka B berat sebelah C baik hati D cangkul angin
87. Adila geram dengan sikap pemuda yang sengaja
_______ ketika terpandang akan dirinya.
A
senyum kambing B kacang hantu C batuk kambing D hati batu
88. Jangan dilayan sangat pemuda yang duduk di
pondok bas itu kerana dia ______.
A
gila bahasa B alim kucing C buruk siku
D rambang mata
89. Ana yang _______ itu tidak mengambil masa
yang lama untuk memahami pelajaran Sains yang diajar oleh
Cik Zul.
A
ada hati B
cekal hati C terang hati D sampai hati
90. Kerajaan Melaka mempunyai _______ yang luas
sehingga ke Sumatera.
A
nyiur gading B anak gahara C wang hangus D
teluk rantau
91. Banci penduduk 2004 telah dijalankan untuk
mengetahui jumlah _______ di seluruh negara.
A
isi rumah B isi perut C
isi hati D
jatuh hati
92. Banyak peniaga menjual ubat-ubatan
tradisional di ________ Jalan Masjid India.
A
kaki bangku B kaki lima C kaki ayam D
kaki bola
93. Bapa menyekolahkan anak-anaknya hingga ke
universiti hasil daripada _______ nya di
sawah.
A
panjang akal B jejak langkah C ringan tulang D
titik peluh
94. Peragawati itu berjalan melenggang-lenggok
seperti _______ ketika memperagakan fesyen pakaian terbaru.
A
patah kandar B bongkok sabut C cupak hanyut D
nyiur gading
95. Sejak Anuar berpisah dengan _______ nya dia asyik termenung sahaja.
A
puteri lilin B anak buah C ibu pertiwi D mata air
96. Orang tua itu seorang yang kaya raya di
kampong, tetapi dia seorang _______ .
A
kaki bangku B
tangkai jering C bulat hati
D harga diri
97. Salmi tidak sombong orangnya, tetapi dia
hanya _______.
A
hisap darah B patah arang C paling tadah D berat mulut
98. Rencana yang disiarkan di akhbar-akhbar
tempatan itu telah _______ banyak pihak tentang masalah yang
dihadapi oleh penduduk kampung itu.
A
membuka mata B membuka peluang C membuka tembelang D
membuka hati
99. Datuk Murad telah memberi _______ kepada Ramasamy
sama ada mahu meneruskan kerja atau
diberhentikan kerja .
A
kata putus B kata dua C kata sepakat
D kata hati
100.
Seorang pelatih skuad bola sepak negara terpaksa _______ daripada latihan pusat
kerana ibunya meninggal
dunia.
A
menarik diri B membawa diri C menyerah diri D menahan diri
SIMPULAN BAHASA
Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk
diisikan ke tempat kosong yang bernombor.
“Hashim, tolong bacakan surat datuk.”
“Kenapa datuk tidak baca sendiri?”
“Datuk ………(1)…………..”
“Eh, datuk tak bersekolahkah?”
“Dulu keluarga datuk hidup susah, jadi bapa
datuk tidak ………(2)…….. tentang persekolahan datuk. Itulah sebabnya datuk
………(3)………. untuk belajar.”
1. A
buta perut
B buta ayam
C buta hati
D buta huruf
2.
A ambil hati
B ambil berat
C berat hati
D berat tangan
3.
A sakit hati
B panas hati
C makan hati
D tawar hati
Pilih simpulan bahasa yang sesuai untuk mengisi
tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
4.
Sahabat
yang baik tidak patut ……… kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.
A membuka tembelang
B membuka langkah
C membuka mulut
D membuka mata
5.
Kita
janganlah lekas marah dan terlalu mengikut …….. , nanti kita juga yang akan
menyesal.
A darah gemuruh
B darah daging
C darah muda
D darah dingin
6.
Amran
berkata, “Inilah ……… saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ.”
A kata sepakat
B kata hikmat
C kata dua
D kata putus
7.
Mat
Deris begitu ……… menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.
A ada hati
B cekal hati
C kecil hati
D rendah hati
8.kami sedang ....................untuk mendapatkan penaja bagi majlis amal itu.
A. cari jalan
B. jalan buntu
C minta jalan
D. jalan tengah
9. Pak cik Chong bejaya menangkap budak yang ..........di kedai runcitnya.
A. tangan terbuka.
B. tangan kosong
C. tangan kanan
D. cepat tangan
10. Rupa-rupanya apa yang dikatakan oleh Jeya hanya.......................
A. gulung tikar
B. durian runtuh
C. omong kosong
D. tangan kosong
minta izin share ye...
ReplyDeleteMnta izin guna bahan2 atas.
ReplyDeleteAn-nur
5 jan 2015
terima kasih kerana sudi sharing.
ReplyDeleteminta izin untuk share...terima kasih...
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteMinta izin untuk guna bahan di atas mengajar anak.tq
ReplyDeleteMinta izin untuk guna bahan di atas mengajar anak.tq
ReplyDeleteminta izin untuk share
ReplyDeleteOk
Deleteidiot shut up
DeleteThank you for sharing.
ReplyDeleteThank you for sharing.
ReplyDeleteminta izin untuk share
ReplyDeleteSAMA-SAMA
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteMohon berkongsi bahan-bahan di dalam blog ini ye. Terima kasih.
minta izin untuk share
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteMohon izin untuk share.Terima kasih. semoga Allah merahmati puan sekeluarga.
Mohon share cikgu..terima kasih byk..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya nak semak jawapan
ReplyDeleteBoleh sy nak tanya simpulan bahasa untuk jalan yg bengkang bengkok?
ReplyDeleteBoleh sy nak tanya simpulan bahasa untuk jalan yg bengkang bengkok?
ReplyDeleteseperti ular kene palu. kalau xsilap. hehe
Deletebetui
Deletemohon izin guna bahan untuk ajar anak saya
ReplyDeleteterima kaseh
minta izin cikgu share bahan.terima kasih
ReplyDeleteMINTA IZIN NAK COPY PASTE NOTA DAN SOALAN UNTUK ANAK YER..TQ
ReplyDeleteBoleh sy tahu simpulan bahasa buaya tembaga
ReplyDeletemohon izin guna bahan untuk ajar anak saya
ReplyDeletemohon izin copy utk kegunaan anak
ReplyDeletemohon izin untuk guna bahan di atas untuk megajar adik
ReplyDeleteassalamualaikum. mohon share
ReplyDeleteBoleh saya tahun simpulan Bahasa bau bau bacang
ReplyDeleteSaya nak tahu semua simpulan bahasa sebab saya bulan tiga saya nak periksa dah sebab saya nak hafal simpulan bahasa semua boleh ajar saya simpulan bahasa.🤔
ReplyDeleteAssalamualaikum..mohon share sis..jazakillah
ReplyDeleteHarap dpt A utk bm dan tlg doakan sy 6a UPASR
ReplyDeleteada jawapan tak?
ReplyDeleteMohon share ye. Terima kasih
ReplyDeleteKemudahan
ReplyDeleteMOHON SHARE TQ
ReplyDeleteOkay
ReplyDeletethanks .
ReplyDeleteharap harap kejayaan ku dapat A BM dalam UPSR tahun ni.....keinginan
ReplyDeleteTERIMA KASIH CIK ROHANA SUDI BUAT SENARAI SIMPULAN BAHASA....BOLEH SHARE BAGI DEKAT ORANG LAIN PULA ......TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK...
ReplyDeleteAdam
ReplyDeletesalam..boleh saya dapakan format jawapan? tk
ReplyDeleteMohon skema jgk..
DeleteSalam. Mohon izin daripada pemilik untuk gunakan bahan-bahan dalam blog ini.
ReplyDeleteSalam. Mohon izin daripada pemilik untuk gunakan bahan-bahan dalam blog ini.
ReplyDeleteSalam. Mohon izin daripada pemilik untuk gunakan bahan-bahan dalam blog ini.
ReplyDeleteAssalam...mohon izin menggunakan bahan ini... terima kasih daun keladi ya
ReplyDeleteSalam..mohon skema jawapan
ReplyDeleteMembantu sangat
ReplyDeleteSy pun nak tahu sekma jawapan untuk jawapan di atas cikgu ROHANA.pls cikgu sy betul2x nak tahu cikgu.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBlh tak cikgu ROHANA kalau buat untuk study untuk peperiksaan di sekolah
ReplyDeletesy. Maklumat di atas nampak mudah untuk buat note exam.
Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu Simpulan Bahasa. Semoga kehidupan cikgu sentiasan dirahmati Allah dan dimurahkan rezekinya. Saya mohon izin menggunakan bahan tersebut.
ReplyDeletemohon share..tq
ReplyDeletemohon share..tq
ReplyDelete