Cara penulisan karangan cereka.
Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi
Memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.
Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan.
Contoh soalan cereka
Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu.
1. Cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.
2. Cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.
3. Jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.
4. Jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukan masa yang diberikan
*Pengenalan - tinggal sendirian
- baca buku cerita
Perenggan ke-2 -mendengar suara riuh-rendah
-menjenguk ke luar
-suatu kebakaran berlaku
Perenggan ke-3 - ramai orang mula berkumpul
-cuba membantu memadamkan kebakaran
-membantu memunggahkan barang
Perenggan ke-4 - aku terus menelefon pihak bomba
-ahli-ahli bomba tiba
Penutup -kebakaran dapat dikawal
-berasa sungguh gembira
Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana ibu bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita.
Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati asap berkepul-kepul keluar dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.
Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya.
Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh minit kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.
Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran tersebut.
KARANGAN BERBENTUK PENGALAMAN
Tajuk : Tulis satu karangan yang bertajuk ‘ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan’
Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk dan nenek.
Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku bergegas pulang.
Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan.
Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan diri.
Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk. Menurut nenek, datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri.
situasi
Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang. Bagaimanakah perasaan anda ?
Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun berhasil. Saya membuat persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi.
Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan saya. Ini kerana dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci kejayaan saya.
Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai bahawa seorang anak kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya sedar kemiskinan bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan.
Saya berharap kejayaan ini akan
menjadi pendorong kepada adik-adik saya. Saya berjanji akan belajar
bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang lain.
......................................................................................................................................
Cara penulisan Karangan jenis berita1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2. Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?
3. Apa ?
Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita
Memberi maklumat kepada keseluruhan berita
4. Siapa ?
Nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap
Jika perlu sertakan usia pelaku
5. Bila ?
Menerangkan masa peristiwa itu berlaku
Tarikh yang tepat
Kejadian jenayah ataupun kemalangan perlu letakkan waktu’
1. Mengapa ?
Sebab-sebab peristiwa berlaku
Jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan “belum diketahui” atau “pihak polis belum mendapat bukti”
2. Di mana ?
Tempat kejadian peristiwa
Jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri
3.Bagaimana ?
Menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.
Mulakan penulisan dengan mencatatkan ‘tempat’ (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku.
Contoh : JERTEH, 24 Disember -
Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peristiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)
4. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.
5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih ‘panjang-lebar’.
7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas
CONTOH KARANGAN BERITA
SOALAN;Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur. Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut. Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Rangka.
1. PENDAHULUAN:
Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.
2. ISI
a) berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu lalu-beberapa orang ditahan.
b) membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima orang ditahan -salah seorang ialah
pakar mekanik.
c) polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai di bengkel tersebut.
3.PENUTUP
seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat tentang lelaki
berkenaan.
CONTOH KARANGAN.
KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.
Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik
Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.
Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Ah Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.
.................................................................................................................................
TEKNIK PENULISAN BAHAGIAN A
Tip UPSR: Penulisan Bahagian A
Bahasa
Melayu Penulisan
BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan. Persediaan awal penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan.
Sebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat berdasarkan gambar, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan membuat ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.
BAHAGIAN A
Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu:
Langkah pertama
Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga iaitu "tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat "Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat". Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat. Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).
Langkah kedua
Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Cikgu cadangkan calon membuat lima bulatan sahaja bagi mewakili lima ayat. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang berkaitan.
Langkah ketiga
Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan. Dinasihatkan calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak). Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana dan mengapa).
Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata kerja) di dalam dewan sekolah (di mana) kerana menyertai pertandingan melukis sempena Hari Kebangsaan. (mengapa) Jawapan contoh: Beberapa orang murid sedang melukis dan mewarna lukisan di dalam ketika menyertai pertandingan lukisan sempena Hari Kebangsaan.
Langkah keempat
Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif. Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya.
Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara "memangkas" dengan "mencantas" dan "membelah" dengan "mengerat". Penggunaannya mengikut konteks ayat.
Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza. Contohnya, "Ayah menjual ikan" dengan "Ayah penjual ikan". Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan.
Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf besar. Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.
Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Selain itu, calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat.
Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.
....................................................................................................................................
MARI KITA BUAT LATIHAN BERSAMA-SAMA.
SENARAI
40 NILAI MURNI / PENGAJARAN
Bil
|
Nilai Murni /
Pengajaran
|
Penyataan
|
1
|
adil
|
|
2
|
amanah
|
|
3
|
baik hati
|
|
4
|
bekerjasama
|
|
5
|
berani
|
|
6
|
berazam, bercita-cita tinggi
|
|
7
|
berdikari
|
|
8
|
berdisiplin
|
|
9
|
berhati-hati,berwaspada
|
|
10
|
berhemah tinggi
|
|
11
|
berjimat-cermat
|
|
12
|
bersatu padu
|
|
13
|
bersimpati
|
|
14
|
bersopan-santun, peramah
|
|
15
|
bersyukur
|
|
16
|
bertanggungjawab
|
|
17
|
berterima kasih
|
|
18
|
bertoleransi
|
|
19
|
ikhlas
|
|
20
|
jujur
|
|
21
|
kasih sayang
|
|
22
|
kebebasan
|
|
23
|
kesederhanaan
|
|
24
|
mematuhi undang-undang
|
|
25
|
mencintai alam sekitar
|
|
26
|
menepati masa
|
|
27
|
menghargai masa
|
|
28
|
menghormati
|
|
29
|
menjaga kebersihan fizikal
|
|
30
|
menjaga maruah / harga diri
|
|
31
|
patriotik
|
|
32
|
pemurah
|
|
33
|
prihatin
|
|
34
|
rajin,tekun,gigih
|
|
35
|
rasional
|
|
6
|
sabar
|
|
37
|
taat, patuh
|
|
38
|
tabah, cekal
|
|
39
|
tolong-menolong
|
|
40
|
yakin
|
Tuliskan nilai murni bagi penyataan di bawah.
bil
|
Penyataan
|
Nilai Murni
|
1
|
bangun awal
|
|
2
|
basuh tangan / mandi
|
|
3
|
beratur di kantin
|
|
4
|
berdiri tegak semasa nyanyian Negaraku
|
|
5
|
bersarapan bersama keluarga
|
|
6
|
bersembahyang
|
|
7
|
beruniform sekolah dengan lengkap dan kemas
|
|
8
|
gotong-royong
|
|
9
|
hendak menjadi ahli perniagaan yang berjaya
|
|
10
|
jangan suka membuang masa
|
|
11
|
jangan suka meninggi diri
|
|
12
|
keras kepala
|
|
13
|
makan dengan tertip
|
|
14
|
memandang ke kiri dan kanan sebelum melintas
|
|
15
|
membaca buku
|
|
16
|
memberi nasihat
|
|
17
|
memberi tempat duduk kepada orang tua
|
|
18
|
memberi ucap selamat
|
|
19
|
membuang paku di atas jalan
|
|
20
|
memulangkan barang orang lain
|
|
21
|
menderma / menghulurkan bantuan
|
|
22
|
mengemas bilik tidur
|
|
23
|
menghormati jiran
|
|
24
|
mengucap terima kasih
|
|
25
|
mengulang kaji pelajaran
|
|
26
|
mengunci rumah / basikal
|
|
27
|
mengutip sampah di kawasan sekolah
|
|
28
|
Menolong ibu bapa
|
|
29
|
menolong menjaga adik
|
|
30
|
menumpangkan kawan
|
|
31
|
menunggang basikal berhati-hati
|
|
32
|
menutup suis kipas sebelum keluar kelas
|
|
33
|
menyesal kerana tidak mendengar nasihat
|
|
34
|
menyimpan wang
|
|
35
|
menziarahi kawan yang sakit
|
|
36
|
ringan tulang
|
|
37
|
sampai awal ke sekolah
|
|
38
|
tidak membantah pendapat rakan
|
|
39
|
tidak meminta balasan setelah membantu
|
|
40
|
tidak memperkecilkan orang lain
|
AYAT JAWAPAN BAHAGIAN C.
|
Kita mestilah _______________
Kita haruslah _______________
Kita boleh _______________
Kita harus _______________
Siapa
|
Kata
bantu
|
Nilai
murni / Pengajaran
|
Huraian
atau contoh
|
Kita
|
hendaklah
|
menghormati
|
guru dan ibu bapa.
|
Kita
|
mestilah
|
||
Kita
|
haruslah
|
||
Kita
|
boleh
|
||
Kita
|
harus
|
||
Kita
|
digalakkan*
|
(JANGAN menggunakan perkataan jangan, tidak boleh dan tidak harus dalam jawapan anda)
Contoh: Gangga sentiasa membaca buku kerana dia hendak berjaya.
Jawapan: Kita hendaklah rajin membaca buku.
............................................................................................................................
SOALAN YANG POPULAR DALAM PENULISAN UPSR MENGIKUT TEMA.
TEMA KELUARGA
1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk
’Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita’.
2. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tuliskan sepucuk surat
kepada
sepupu kamu untuk menceritakan
pengalaman kamu belajar di sekolah baharu itu.
3. Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika
Minggu Bahasa Melayu di sekolah. Kamu
dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di rumah.
4. Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek
dan datuk kamu di kampung. Ceritakan pengalaman kamu ketika berada di kampung.
5. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air
terjun. Tuliskan catatan kamu pada hari tersebut.
6. Kamu pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tuliskan
perbualan kamu dengan penjual barang runcit itu.
7. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa ” Bagai Mencurahkan
Air
ke Daun Keladi”.
8. Lengkapkan karangan ini.
Pada waktu malam yang sepi,aku
membaca buku di dalam bilik tidur.
Jam menunjukkan
tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba………
9. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Ibu Saya’.
10. Pada hari Ahad yang lalu,kamu sekeluarga berkelah di
tepi pantai. Semasa
berkelah anda
telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi
di laut.
Tuliskan pengalaman kamu semasa menyelamatkan budak itu.
11.Tulis sebuah karangan tentang percutian kamu
sekeluarga ke salah satu tempat
peranginan
yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.
12. Pada cuti
hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama
keluarga. Ceritakan pengalaman
kamu tersebut.
13. Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.
14. Kamu sekeluarga telah
bercuti ke Cameron
Highlands. Tulis sebuah catatan
tentang lawatan kamu itu.
15. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah
kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang sakit di kampung.Tuliskan
sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan perkara tersebut.
16. Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.
17. Hari semakin larut.Hujan turun renyai-renyai.Ibu
dan ayah masih belum
pulang.Tiba-tiba……………….
18. Tuliskan sepucuk surat
kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu
bercuti di kampung datuk kamu.
19. Tulis sebuah karangan
berkaitan peribahasa ”Seperti Aur Dengan
Tebing”.
20. Kamu mengikut bapa memancing ikan.Tuliskan pengalaman
kamu.
21. Kamu mengikut ibu pergi ke pasar malam .Tuliskan
sepucuk surat kepada kawan
untuk
menceritakan pengalaman kamu.
22 . Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru
ini.Tuliskan catatan kamu.
23 . Tulis sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut.
................ berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.
24. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo.Ceritakan
pengalaman kamu itu.
25 : Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa
”Melentur Buluh Biarlah daripada
Rebungnya”
26. Kamu sekeluarga minat berkebun.Tuliskan pengalaman
kamu berkebun.
27. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat pesakit di
hospital.
28. Kamu
sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu.Tuliskan suasana yang kamu
rasai pada hari itu.
29. Tuliskan
pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.
TEMA MASYARAKAT
30. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Jiran Saya’
31. Kawasan kediaman kamu mengadakan gotong-royong.Tuliskan laporan selengkapnya.
32. Kawan kamu mengadakan rumah terbuka semasa perayaan baru-baru ini.
Tulis
Catatan kamu
pada hari itu.
33 .Kamu sekeluarga pergi ke suatu majlis perkahwinan
.Tuliskan pengalaman kamu
34. Hidup berjiran
banyak kebaikannya.Huraikan.
35. Banyak kebaikan tinggal di desa.Jelaskan.
36. Tulis karangan yang bertajuk ’Cara-cara Menjaga
Kebersihan Kawasan Perumahan’
37 . Sukaneka telah diadakan di taman perumahan
kamu.Tuliskan sepucuk surat kepada
kawan kamu
untuk menceritakan suasana sukaneka tersebut.
38. Tulis sebuah karangan yang bertajuk ”Saya Sebuah Telefon Awam”
39. ”Seperti Kacang Lupakan Kulit”.Tuliskan sebuah cerita
mengenai peribahasa tersebut.
TEMA : SEKOLAH
40.
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Pameran Lukisan di Sekolah
Saya”.
41.
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Menyertai Kegiatan
Kokurikulum di Sekolah”.
42.
Kamu selaku penerbit majalah sekolah telah mewawancara n seorang tokoh guru di sekolah. Tuliskan wawancara tersebut.
43.
Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah. Tulis catatankan tentang kem motivasi
tersebut.
44.
Tuliskan sepucuk surat kepada nenek kamu yang merupakan bekas
guru.Ceritakan kepadanya tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu.
45.
Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan bola sepak
peringkat daerah. Tuliskan berita itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
46.
Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Tuliskan laporan
tentang hari tersebut selengkapnya.
47.
Kamu akan berpindah ke sekolah baru kerana mengikut bapa kamu bertukar
ke tempat lain.
Kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang diadakan. Tuliskan ucapan tersebut selengkapnya.
48.
Anda ingin melanggan majalah “Dewan Pelajar” selama 7 bulan. Tuliskan sepucuk surat kepada Dewan Bahasa
dan Pustaka untuk tujuan tersebut.
49.
Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk ‘Sekolah Saya’.
50.
Sebagai Ketua Murid, kamu diminta berucap pada
hari perpisahan murid-murid tahun enam. Guru Besar dan guru-guru hadir pada majlis tersebut.
Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.
51.
Kamu telah mewakili sekolah di dalam pertandingan
syarahan peringkat daerah.Tajuk syarahan kamu ialah “Perlunya Murid-murid
Mematuhi Peraturan Sekolah.” Tuliskan syarahan kamu itu.
52.
Pada cuti semester yang lalu, kamu telah
menyertai lawatan ke beberapa buah tempat menarik. Kamu diminta menyediakan
laporan mengenai lawatan itu.
53.
Abang kamu telah mengutus surat untuk mengetahui persiapan kamu menghadapi
peperiksaan UPSR. Tuliskan surat balasan selengkapnya.
54.
Bincangkan tajuk “Kebaikan belajar secara
berkumpulan”
55.
Sekolah kamu telah mengadakan pesta ria. Ceritakan suasana pesta ria itu.
56.
17.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Saya
Sebuah Perpustakaan”
57.
Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah karangan mengenai
hari sukan tersebut.
58.
Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu
berpeluang menyertai aktiviti
perkhemahan
pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang
perkhemahan itu.
59.
Kamu telah berpindah ke sekolah baharu. Tuliskan
sepucuk surat kepada sahabat
kamu di sekolah lama kamu untuk
menceritakan sekolah baharu kamu.
60. Kamu
diiminta menemu ramah tokoh murid di sekolah kamu.Tuliskan temu ramah
Itu
selengkapnya.
.................................................................................................................
TEKNIK PENULISAN BAHAGIAN A
http://www.slideshare.net/cikgupaklong/penulisan-bhga-upsr
................................................................................................................................
Koleksi cadangan isi karangan yang terpilih
1. Anda sedang
berbual-bual dengan rakan anda tentang
masalah pencemaran air dan
langkah- langkah yang dapat diambil untuk
menjamin kebersihan air.Tulis dialog
antara anda dengan rakan anda itu.
Pendahuluan.
- air penting untuk kegunaan harian
Isi-isi.
1.Pencemaran air
mengakibatkan pelbagai penyakit –
sakit taun, cirit-birit, dan penyakit
kulit
2.langkah untuk
menjamin kebersihan air – memasak air
untuk membunuh kuman
3.menggunakan penapis – air terjamin bersih
4.membubuh ubat ke
dalam tangki air atau telaga
Penutup
- menjaga
kebersihan air untuk menjamin
kesihatan
2. Anda mewakili kelas anda dalam suatu pertan dingan syarahan
peringkat sekolah. Tajuk
syarahan itu
ialah “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Tulis syarahan
itu.
Pendahuluan.
- kata-kata aluan
- kebersihan
dapat menjamin kesejahteraan hidup
Isi-isi
1.kesihatan diri
dan keluarga terjejas sekiranya alam sekitar
tidak bersih
2.tidak dapat
belajar dan bekerja – negara akan mundur
3.bagi memastikan
kehidupan yang sejahtera kebersihan
perlu dijaga.
4.rakyat yang
sihat melambangkan negara yang makmur –
rakyat perlu berganding bahu –
mengawal
pencemaran
Penutup
- semua pihak bertanggungjawab
untuk menjaga
kebersihan alam sekitar
3.Lengkapkan cerita di bawah ini.
Aku sedang memancing dengan kawanku
di
tepi sungai. Tiba-tiba mataku terpandang akan
sesuatu yang terapung di permukaan air sungai.Aku memberitahu kawanku. Kami mendekati
benda itu …
Pendahuluan.
- seperti
perenggan di atas.
Isi-isi
1.menyangkakan
benda yang terapung itu batang kayu – cuba
menguis-nguisnya
2.terkejut – benda
tersebut ialah seekor buaya lari ke tebing
sungai
3.memberitahu
orang kampung – membuat laporan
4.pihak polis dan
Jabatan Perlindungan Haiwan berjaya
menangkap buaya
Penutup
- buaya tersebut
ditempatkan di zoo
4. Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) serta kakitangan sekolah telah mengadakan
projek
secara gotong-royong di sekolah anda. Anda dikehendaki menulis laporan tentang gotong-
royong yang telah dijalankan itu.
Tulis laporan tersebut.
Pendahuluan
- menyatakan tarikh, masa dan
tempat gotong-
royong diadakan
Isi-isi
1.tujuan untuk
mengurangkan perbelanjaan mengurus
sekolah - memupuk hubungan mesra
2.bermula dengan
ucapan ringkas Guru Besar
3.mengecat
bangunan kantin – menanam pokok-pokok bunga
4.berhenti rehat –
jamuan ringan
5.menyambung kerja
– membersihkan longkang
Penutup
- berterima kasih – berharap agar
aktiviti yang
serupa lebih
kerap diadakan
5. Ibu rakan karib anda
dimasukkan ke hospital kerana mengidap
penyakit jantung.
Tulis sepucuk
surat kepada rakan anda itu untuk menyatakan rasa
simpati anda kepadanya.
Pendahuluan
- menanyakan
khabar dirinya dan ibunya
Isi-isi
1. terkejut
mendengar berita – ibunya dimasukkan ke hospital
2. meminta maaf –
tidak dapat melawat ibunya
3. ibu bersalin di
hospital – menjaga adik-adik di rumah.
4. berharap agar
dia tidak berkecil hati
Penutup
- berharap ibunya cepat sembuh
6. Lengkapkan cerita di bawah.
Sudah lama
kasut roda itu kuidamkan. Aku ingin benar memilikinya tetapi bagaimana? Ibu
bapaku tidak
akan melayan kehendakku. Aku kurang memberikan
perhatian pada pelajaran
berbanding dengan
adikku. Dia sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaannya. Aku…
Pendahuluan
- seperti petikan
di atas
Isi-isi
1. ayah berjanji untuk
membeli kasut roda syaratnya
belajar bersungguh-sungguh
2. berazam – tidak
mahu ponteng sekolah tekun
mengulang kaji
3. cikgu hairan –
semakin rajin bertanya
4. keputusan akhir
tahun – tempat pertama ayah membeli
kasut idaman
Penutup
- berasa bangga –
berazam untuk mengekalkan
prestasi
cemerlang
7. Anda telah menyaksikan atau mendengar suatu peristiwa yang
menyedihkan anda. Tulis suatu
cerita yang
berkaitan dengan peristiwa
sedih tersebut.
Pendahuluan
- bercuti di kampung nelayan – rumah kawan baik – keluarganya
susah
Isi-isi
1. suatu malam –
rumah jirannya terbakar - terjaga –
segera membantu
2. api merebak ke
rumah kawanku - tidak sempat menyelamatkan
barang-barang
3. jeritan meminta
tolong – anaknya terperangkap
4. bomba datang –
tidak sempat menyelamatkan bayi itu bermalam di
dewan – sungguh sedih
Penutup
- bapa datang
menolong keluarga kawanku
- aku insaf atas
kejadian yang berlaku
8. Baru-baru ini negara
kita telah dilanda
jerebu. Keadaan ini
menyebabkan kita tidak selesa. Tulis sebuah karangan
tentang pengalaman anda menghadapi suasana
tersebut.
Pendahuluan
- punca jerebu –
aktiviti pembakaran hutan, asap dari kenderaan
bermotor, asap dari kilang
Isi-isi
1. radio,
televisyen, akhbar – menyiarkan berita mengenai
jerebu
2. kurang bermain di luar rumah – tiada
aktiviti kokurikulum di
sekolah
3. tidak berapa
sihat – batuk-batuk, mata pedih- suasana
sekeliling berkabus
4. Negeri Sarawak
diisytihar darurat – membeli makanan untuk
bekalan
Penutup
- dua minggu
kemudian – jerebu berkurang
9. Anda telah terpilih
untuk menyertai suatu pertandingan akhir
yang diadakan di sekolah anda. Berbagai-bagai
persiapan telah diatur menjelang hari tersebut.
Tulis suatu catatan tentang persiapan anda
itu.
Pendahuluan
- menyatakan tarikh, tempat, dan
nama
pertandingan yang disertai
Isi-isi
1. persediaan awal
– berlatih bersungguh-sungguh - menyediakan
pakaian yang sesuai
2. pada hari
pertandingan – berdebar-debar
3. tiba giliran –
persembahan penuh bertenaga dan yakin
4. tidak sangka
menang – peserta yang lain hebat
Penutup
- gembira kerana
berjaya – tidak melupakan orang yang memberi
sokongan – impian tercapai
10. Baru-baru
ini pusat sumber sekolah anda
telah mengadakan
Minggu Bahasa Melayu. Berbagai-
bagai aktiviti
telah diadakan Tulis suatu
laporan mengenai aktiviti yang telah
dijalankan.
Pendahuluan
- diadakan pada 18 April 2012 hingga 23 April
2012
Isi-isi
1. pelbagai
aktiviti diatur – pertandingan melukis poster –
terbuka kepada semua murid
2. pertandingan
syarahan – Syazlin Sazali menjadi johan
3. diadakan
pertandingan perbahasan antara kelas
4. pertandingan
mendeklamasikan sajak
5. murid
digalakkan bertutur dalam bahasa Melayu baku –
sepanjang minggu itu
Penutup
- segala aktiviti
berjalan dengan lancar - mencapai matlamatnya
..................................................................................................................................
Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:
Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai.
Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;
1. Surat ucap tahniah
2. Surat ucap takziah
3. bertanya khabar berita
4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain
8. dan sebagainya
Tahukah kamu ?
Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu
Cara A : 8 Februari 2012
Cara B : 8 hb. Februari, 2012
Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.
Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.
Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :
nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.
Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.
Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.
Format Surat Kiriman Tidak Rasmi
.Nama penulis.........................
( Alamat
).......................
.......................................
.......................................
Tarikh :
...............................................................................................................................................................
Saudara, (atau yang lain)
(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)
..............................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
................................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
Yang benar,
.................
( Nama Huruf Besar )
1 Nama dan alamat pengirim (kanan)
2 Tarikh (kanan)
3 Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian
4 Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)
5 Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis
6 Perenggan ke-2 buah-buahan sedang masak
ayah memajak sebahagian sahaja
keluarga serta kawan-kawan dapat merasai
7 Perenggan ke-3 boleh ajak keluarga serta kawan-kawan bersama-sama
terima kasih
8 Penutup
9 Tandatangan pengirim (kanan)
7 Perakuan diri (kanan)
- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )
a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
c] kata sapaan ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
Tahukah kamu ?
Tidak menjadi kesalahan jika tidak menulis nama selepas tandatangan jika kamu telah menulis nama penuh pada alamat di atasnya. Ada pendapat mengatakan, anda dianggap ‘ketinggalan zaman’ jika anda menulis nama pada alamat di atas sekali.
............................................................................................
Karangan Jenis Surat Rasmit RasmiSurat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :
a. memohon pekerjaan
b. membuat aduan / bantahan / cadangan
c. membuat rayuan
d. membuat jemputan rasmi
e. menempah barangan
f. meminta kebenaran
g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi
1. Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )
2. Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.
3. Perhatikan format di bawah.
Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________________(garisanpanjang)_____________
Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan nama negeri)
Tuan / Puan,
Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)
2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)
3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)
(Penutup)
Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)
__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )
Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang telah rosak.
Rangka
1. alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma di hujungnya ) kemudian selang satu baris
2. buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris
3. nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )
4. tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )
5. kata ganti diri penerima ( Tuan, )
6. perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )
7. perenggan pertama tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat contoh )
8. perenggan ke-2 - bola lama tidak dapat digunakan lagi
- memerlukan bola baru
( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan sedikit
sebelum menulis )
9. perenggan ke-3 berharap agar permohonan diluluskan
supaya latihan tidak terganggu
10. perenggan ke-4 mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan
11. penutup terima kasih
12. tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )
13. nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan
14. jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )
15. berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma
.
Tip : Amalkan menulis salam sebelum
memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak rasmi atau jenis
karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa
kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.
CONTOH
PENULISAN SURAT KIRIMAN RASMI
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
------------------------------------------------------------------------------------------
Encik Musa Bin Hassan,
Setiausaha Sukan,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
24 APRIL 2012.
Tuan,
Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Seri Kenangan Darau ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.
2. Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.
3. Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.
4. Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
Widyawati
…………………
( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )
Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau.
- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )
a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
c] panggilan hormat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
- isi mengikut perenggan biasa
.........................................................................................
CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :
a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2
- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
- Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : ………………
Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )
Contoh :
Perhatikan soalan di bawah ini.
Soalan 1
Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan sebuah karangan mengenainya.
Soalan 2
Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.
Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.
Tip
Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.
b. Menyusun rangka karangan
- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang.
c. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.
( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup
- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.
d. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
a. 4 minit mencari isi
b. 24 minit menulis karangan
c. 2 minit menyemak semula karangan
Jumlah = 30 minit
Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.
Tip
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.
Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh di bawah :
Contoh A ( dicadangkan )
“Kamu baru pulang ?”
“Baru sebentar tadi.” Jawab saya. “Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.”
“Memang saya tertunggu-tunggu,” luah Jamal , lembut.
Contoh B ( mengelirukan )
“Kamu baru pulang ?” “Baru sebentar tadi.” Jawab saya. “Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.” “Memang saya tertunggu-tunggu,” luah Jamal , lembut.
& PETUA BILA MENULIS KARANGAN
· Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
· Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting.
· Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
· Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
· Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
· Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.
...........................................................................................................................................
CONTOH KARANGAN BERBENTUK CERITA .(Soalan UPSR kertas 2)
CONTOH
KARANGAN CERITA UNTUK UPSR
1.MENYUDAH/MENGAKHIRI
CERITA
Aku
baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa membuang
masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan …
(Mulakan
karangan anda dengan “ Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang
mengadakan …”)
Tanpa membuang masa aku mengatur
langkah dan merancang mengadakan kutipan
dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum berbuat demikian,
aku dan Arni meminta persetujuan daripada guru besar.
Setelah memberitahu niat kami, guru
besar bukan sahaja bersetuju, malahan memuji langkah yang kami lakukan.
“Rancangan kamu bagus danperlu
disegerakan. Pihak guru dan kakitangan sekolah telah pun membuat derma kilat.
Memang baiklah kalau murid-murid sekolah ini turut serta,” kata Encik Tamrin.
Kata-kata guru besar itu merangsang
kami untuk membuat kutipan itu seberapa segera. Semasa membuat kutipan , kami
tidak menghadapi masalah. Semua murid memberi kerjasama.
Setelah mengira kutipan, kami
berjaya mengumpul sebanyak RM375.15. Wang yang diderma oleh murid-murid itu
kami serahkan kepada Encik Tamrin.
Sewaktu perhimpunan pagi, setelah
menyampaikan amanatnya, Encik Tamrin menyatakan sesuatu.
“Murid-murid hendaklah mencontohi
Adli dan Arni. Mereka adalah murid yang prihatin,” kata Encik Tamrin.
Aku dan Arni kemudian dipanggil ke
hadapan. Guru besar menyerahkan satu sampul surat kepadaku. Setelah itu Cikgu
Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan. Aku diminta menyampaikan sampul surat
itu.
Aku tidak dapat menahan kesedihan
apabila melihat air mata mengalir di pipi Cikgu Rasilah. Pada ketika itu
keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan mendoakan semoga roh suami Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan
orang-orang yang beriman.
2. MENYUDAHKAN
CERITA
Lengkapkan
perenggan ini sehingga menjadi sebuah cerita yang menarik.
Ibu bapaku telah meninggal dunia
sewaktu aku berusia tiga tahun. Mereka menemui ajal dalam tragedi kebakaran di
salah sebuah kilang di Petaling Jaya. Sebagai
anak yatim piatu aku dijaga……………..
(Mulakankarangan
anda dengan “Sebagai anak yatim piatu aku dijaga………”)
Sebagai nak yatim piatu aku dijaga
oleh nenek dan juga keluarga Pak Ngah. Nenekku menjagaku dengan penuh kasih
sayang. Begitu juga dengan Pak Ngah dan keluarganya. Mereka sering membawaku
melawat ke tempat-tempat peranginan dan bersejarah.
Aku mebesar seperti kanak-kanak yang
lain. Walaupun sesekali aku teringatkan ibu bapaku, aku dinasihati oleh nenek
supaya bersabar. Nenek pernah berkata,”Setiap yang hidup kan mati.”
Setelah usiaku menjangkau 15 tahun,
nenekku telah meninggal dunia. Aku terpaksa tinggal di rumah pak Ngah. Sejak
itu, kehidupanku berubah seperti kata orang,”Sekali air bah, sekali pantai
berubah”.
Aku sama sekali tidak menyanka sikap
Pak Ngah yang selama ini baik kepadaku berubah. Sungguhpun begitu , aku tetap
bersabar. Perasaan sedih yang kualami
kucurahkan kepada Cikgu Rahim, guru kelasku.
Oleh sebab aku tidak dapat
menahankan perasaan lagi, aku mengambil keputusan keluar dari rumah Pak Ngah.
Dengan persetujuan Pak Ngah juga, aku kemudian tinggal bersama Cikgu Rahim dan
isterinya.
Nasibku sungguh baik kerana Cikgu
Rahim dan isterinya menjagaku dengan baik. Aku diberi pendidikan yang cukup
sehingga berjaya ke menara gading. Kehidupanku bersama Cikgu Rahim dan
isterinya sungguh bahagia.
3.MENGAKHIRI
CERITA
Karangkan
sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.
…
aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.
Walaupun hidup susah, aku
menyanjungi sikap dan semangat bapaku. Bapaku tidak pernah mengalah. Dia
memegang prinsip “Mengapa aku tidak boleh jika orang lain boleh”. Oleh yang
demikian, bapaku sentiasa berusaha untuk memberi pendidikan kepadaku.
Aku dihantar ke sekolah Inggeris
sejak sekolah rendah. Walaupun tidak mampu, bapaku tetap berusaha. Bebanan
bapaku ringan sedikit apabila aku mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan
Pendidikan.
Semasa di sekolah menengah, aku
sekali lagi menghadapi kesulitan kewangan, terutama untuk membeli buku-buku
teks. Bapaku tidak mengalah, malahan terus berusaha bagi membiayai pelajaranku.
Akhirnya aku dapat juga belajar
sehingga tingkatan lima. Semasa di tingkatan lima, aku menghadapi masalah
besar. Bapaku tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.
Bapaku berusaha meminjam wang yang
diperlukan daripada saudara-mara tetapi tidak berjaya. Bapaku tidak berputus
asa. Dia kemudian berjumpa dengan tuan tanah tempat bapaku menoreh getah.
Setelah menceritakan kesulitan yang
dialami, tuan tanah itu dengan murah hati membayar wang peperiksaanku. Usaha
gigih bapa mendorongku belajar bersungguh-sungguh. Akhirnya aku mendapat kejayaan
dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.
4.MENGAKHIRI
CERITA
Karangkan
sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut :
( … kerana dapat berbudi kepada keluarga
kawanku.)
Pada cuti semester yang lalu, aku
pergi ke rumah kawanku. Rumah kawanku itu terletak di sebuah kampung nelayan.
Sungguh indah pemandangan kampung itu terutamanya pada waktu senja.
Bapa kawanku bekerja sebagai
nelayan. Setiap pagi dia turun ke laut menangkap ikan dan pulang pada waktu
petang bersama hasil tangkapan. Kadangkala tangkapannya banyak, manakala waktu
lain pula sedikit.
Pada suatu malam, badanku berasa
panas. Aku tidak dapat melelapkan mata, lalu aku bersantai di halaman rumah
kawanku itu. Tiupan angin laut membuatkan suasana di halaman rumah kawanku itu
dingin.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang
berbisik. Aku mendiamkan diri dan berasa takut. Sungguhpun begitu aku
mencari-cari arah bunyi suara bisikan itu. Tidak jauh dari tempatku duduk
kelihatan dua lembaga menghampiri motobot bapa kawanku.
Aku segera naik ke rumah dan
memberitahu apa yang kulihat itu kepada bapa kawanku. Dua lembaga itu
sebenarnya pencuri. Mereka telah ditangkap oleh bapa kawanku.
Bapa kawanku mengucapkan terima
kasih kepadaku. Aku sungguh gembira dan berbangga kerana dapat berbudi kepada
keluarga kawanku.
KARANGAN GAMBARAN
1.Kamu
sedang menunggu sahabat kamu Azrin di sebuah stesen bas. Sementara menunggu
sahabat kamu itu sampai, kamu memerhati suasana di stesen bas tersebut.
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan apa yang kamu lihat.
Perjanjianku dengan Azrin pada pukul
2.00 petang. Namun begitu kini sudah melewati 15 minit. Azrin belum juga
muncul. Perasaan resah dan cemas mula menghantui fikiranku.
Sementara menunggu Azrin tiba, tidak
jauh dari tempatku berdiri kelihatan penjual tiket bas haram dengan gelagatnya.
Laku juga tiket yang mereka jual sekalipun harganya lebih mahal.
Beberapa penjaja minuman dan makanan ringan pula sibuk
dengan tugas masing-masing. Mereka naik turun bas sambil menjaja. Walaupun
tindakan itu tidak dibenarkan, mereka tetap juga melakukannya.
Dua buah bas masuk ke kawasan
stesen. Belum sempat enjin bas itu dimatikan dan penumpang belum pun turun,
sekumpulan pemuda berebut-rebut menaiki bas itu. Ini menyebabkan berlaku
pertengkaran dan suasana bertukar menjadi riuh-rendah.
Di tempat lain pula, kelihatan
beberapa orang kanak-kanak membuang kertas pembungkus makanan dan tin minuman
kosong sesuka hati. Sekalipun beberapa buah tong sampah ada di sekitar stesen
bas itu, mereka tidak menggunakannya.
Tekakku sudah berasa kering. Perutku
pula mula berkeroncong kerana lapar. Aku bingkas bangun dari tempat dudukku ke
gerai berdekatan. Belum sempat aku membuat pesanan, aku terdengar ada orang
menyapa. Rupa-rupanya Azrin telahpun sampai.
2.KARANGAN GAMBARAN
Gambarkan
hari pertama persekolahan bagi murid
tahun satu di sekolah anda.
Persekolahan bagi sesi tahun ini
dibuka pada 3 Januari. Murid-murid tahun satu buat pertama kali memasuki alam
persekolahan. Mereka kelihatan kemas memakai pakaian seragam baru.
Pelbagai gelagat mereka dapat
dilihat pada hari pertama itu. Ada yang gembira, menangis dan tidak kurang pula
yang mendiamkan diri. Mereka juga ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing.
Suasana pada pagi hari itu agak
sibuk. Ada di antara ibu bapa atau penjaga yang berdiri menunggu anak, membayar
yuran dan membeli peralatan sekolah yang perlu, termasuk buku dan alat tulis.
Murid-murid tahun satu diarahkan
supaya bersiri dalam barisan di tempat perhimpunan. Mereka kemudian diminta
memasuki dewan untuk mendengar penerangan dan kata-kata nasihat daripada guru
besar.
Setelah selesai, mereka dibawa oleh
guru kelas masing-masing berjalan di sekitar sekolah, termasuk pusat sumber,
bilik komputer dan tandas. Tujuannya adalah agar mereka mengetahui tempat-tempat
tersebut.
Loceng dibunyikan. Murid-murid tahun
satu dibenarkan pulang. Mereka kelihatan sungguh gembira. Namun ada segelintir
murid yang masih bermuram kerana terpaksa ke sekolah lagi pada pagi esoknya.
3.KARANGAN
GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
Selepas UPSR, sekolah anda telah
mengadakan perkhemahan di sebuah hutan. Kamu telah menyertai perkhemahan itu.
Gambarkan keadaan hutan yang kamu lihat.
Pada hari pertama di tempat
perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat dahsyat kurasakan. Aku berasa
terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku yang serba mewah tetapi
tinggal di hutan apa yang ada?
Aku teringat kata-kata ayah sebelum
menyertai perkhemahan ini. “Pergilah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman
hidup berdikari.” Kata-kata ayah membuatku bersemangat untuk meneruskan
perkhemahan.
Teman-temanku makan dengan berselera
tetapi aku hanya mampu mengisi perut ala kadar sahaja. Aku lebih senang duduk
di atas sebatang kayu tumbang sambil memandang persekitaran. Di sekitar kulihat
pokok-pokok cengal dan meranti sebesar sepemeluk menjulang tinggi bagai
menyentuh awan.
Siulan burung-burung hutan kudengar
bersahut-sahutan. Demikian juga bunyi cengkerik. Aku kagum mendengar dan
melihat keadaan hutan yang sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan aku berasa
tenang sekalipun badan letih setelah seharian berkawad.
Hutan di pinggir bukit itu kelihatan
dijaga dengan rapi dan terpelihara. Kulihat kehijauan daun-daun pokoknya. Di
sana-sini oula kelihatan daun-daun kering berguguran apabila ditiup angin.
“Apa yang difikirkan tu?” tanya
Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan lamunanku terhenti. Aku tersenyum sambil
berkata,”Hutan ini perlu terus dipelihara.” Jamil mengangguk tanda bersetuju
dengan kata-kataku.
4.KARANGAN
GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
Hujan
turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu sudah selesai. Anda
telah ketinggalan bassekolah. Tuliskan sebuah karangan tentang “Pengalaman Anda
Ketinggalan Bas Sekolah”.
Petang itu keadaan sungguh
menakutkan. Petir sabung menyabung dengan tiupan angin kencang. Hujan pula
turun semakin lebat. Suasana gelap seperti malam. Aku ke tandas untuk membuang
air.
Ramai kawan-kawanku telah pulang.
Mereka dijemput oleh ibu bapa masing-masing. Aku masih belum pulang kerana
menunggu bas sekolah. Malangnya ketika itu semua kawanku yang menaiki bas sudah
tiada. Aku ketinggalan bas sekolah.
Perasaanku semakin resah dan takut
kerana aku keseorangan. Nasib baik pakcik jaga sekolahku masih ada. Aku
berjumpa dengannya dan menceritakan apa yang telah berlaku.
Beliau mententeramkan fikiranku dan
berjanji akan menolong. Lega rasa hatiku. Jam tanganku menunjukkan hampir pukul
lapan malam tetapi hujan masih juga tidak berhenti.
Aku terfikir untuk menelefon
jiranku. Aku segera meminta kebenaran pakcik jaga menggunakan telefon sekolah
untuk menelefon jiranku. Masalahku hampir selesai. Bapaku akan datang
mengambilku tidak lama lagi.
Tidak lama kemudian bapaku sampai.
Aku bersyukur kerana dapat pulang dengan selamat. Sesungguhnya pengalaman itu
tidak dapat kulupakan
Teerima kasih cikgu kerana menyediakan beberapa panduan karangan ini... saya baru terlibat dengan BM tahap 2.. ianya banyak membantu...
ReplyDeleteSama-sama semoga bahan pembelajaran saya ini akan dapat memberi info yang berguna serta membantu cikgu .
ReplyDeleteCikgu terima kasih buat bende ni . Saya hafal format yang cikgu kasi . Inshaallah berguna untuk esok . Esok peperiksaan pertengahan tahun . Saya dari Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan .
ReplyDeleteTq cikgu sye dpt mengulangkaji bagi peperiksaan sye pada hari isnin...walaupun sye baru tahun 5 tetapi soalan ini mmg mirip dgn soalan peperiksaan sye maybe
ReplyDeleteas salam...terima kasih krn berkongsi panduan ini sebagai rujukan.
ReplyDeleteSEMOGA BAHAN PEMBELAJARAN INI BERGUNA UNTUK ANDA SEMUA.
ReplyDeleteTerima kasih buat nota ringkas ni... Saya telah hafal kesemuanya... Saya harap saya mendapat "A" dalam bahasa Melayu pada hari esok... Saya akan tempuhi peperiksaan yang sangat besar UPSR 2016...siapa yang buat nota ini tolong doakan saya tau.... Amin.
ReplyDeleteBlh bagi contoh karangan jenis puisi
ReplyDeleteBlh bagi contoh karangan jenis puisi
ReplyDeleteboleh bagi contoh karangan tentang pengalaman ke pesta buah-buahan tempatan ?
ReplyDeletebagus\
ReplyDeleteBoleh bagi contoh bahahian C karangan
ReplyDeleteVery nise karangan
ReplyDeleteNice*.
Deletemintak izin & halalkan ilmu ye sy gune utk ulangkaji bersama anak
ReplyDeleteterima kasih ..minta izin saya gunakanuntuk ulangkaji bersama anak..semoga sentiasa didalam rahmat Allah s.w.t
ReplyDeleteStart from this day I will use Google for search many upsr format. Thanks for gogle
ReplyDeleteTerima kasih...minta izin guna perkongsian di atas
ReplyDeleteGrandm88 Ingin Membantu Para Pemain Bola Jalan Dengan Cara Memberikan Banyak Prediksi Bola Jalan Agar Dapat Memilih Tim Untuk Dipertaruhkan, Tentunya Bertaruh Juga Harus Di Agen Bola Jalan Terpercaya. Untuk Mendaftar Bisa Langsung Saja Klik
ReplyDeleteDAFTAR BOLA JALAN
Terima kasih banyak2 atas perkongisian ilmu ini semoga ia dpt membantu anak2 didik menuju kecemerlangan👍👍
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteterima kasih kepada kamu
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak atas perkongsian cikgu ini.Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. InsyaALLAH dipermudahkan segala urusan cikgu. Aaminn
ReplyDeleteDi sini ialah Benjamin hubungi butiran E-mel, lfdsloans @ outlook.com. / lfdsloans@lemeridianfds.com Atau Whatsapp +1 989-394-3740 yang membantu saya dengan pinjaman 90.000.00 Euro untuk memulakan perniagaan saya dan saya sangat berterima kasih, Sungguh susah bagi saya di sini cuba untuk membuat jalan sebagai ibu tunggal perkara-perkara tidak mudah dengan saya tetapi dengan bantuan Le_Meridian meletakkan senyuman di wajah saya kerana saya menonton perniagaan saya semakin kuat dan berkembang juga. Saya tahu anda mungkin mengejutkan mengapa saya meletakkan perkara seperti ini di sini tetapi saya benar-benar perlu menyatakan saya terima kasih supaya sesiapa yang mencari bantuan kewangan atau mengalami kesulitan dengan perniagaan yang ada atau ingin memulakan projek perniagaan dapat melihat ini dan memiliki harapan untuk keluar dari kesulitan .. Terimakasih.
ReplyDeleteSaya nak cadangkan karangan suasana di majlis rumah terbuka
ReplyDeleteSaya setuju
Deletehi
DeleteTerima kasih..senang pulak tu nk guna saya nk cdangkan karangan kejadian seorang budak yang menangis teresak esak
ReplyDeleteAsalam.nk tanye kalau satu ayat satu perenggang berapa markah markah yang biasa diperoleh
ReplyDeleteAyat yang ditulis mengandungi penerangan
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemohon share ye.terima kasih
ReplyDeleteSaya share to many peoples......
ReplyDeleteTHANK YOU For post this karangan
Terima kasih,cikgu...Doakan saya lulus cemerlang dalam peperiksaan esok nanti....
ReplyDeleteTerima kasih, cikgu......banyak.ok lah
ReplyDeleteIni sangat bagus sampai anak saya dapat A+ 👍👍👍
ReplyDelete🙂🤩🤩🤩Anak saya trus dpat A
ReplyDeletehmmmmm...........its was fantastic
ReplyDeleteyes
Deletenot good
ReplyDeleteare you noob
hey you
Deletenot us noob is you noob
Why are saying noob noob
ReplyDeleteAssalamualaikum, penerangan yang sangat baik
ReplyDeleteSaya mohon izin gunakan semua bahan cikgu ya
ReplyDelete