Kata Tanya
2. Kata Tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata Tanya mesti diikuti oleh partikel 'kah' apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata Tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.
5. Partikel 'kah' tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
Contoh Ayat :
(a) Apakah benda itu ?
(b) Buku siapakah ini ?
Kata Tanya | Contoh Ayat |
kenapa | Kenapakah Amin gagal dalam ujian itu ? |
bila | Bilakah Wati akan sampai ? |
siapa | Siapa nama kamu ? |
mengapa | Mengapakah baju awak ini basah ? |
apa | Apakah nama binatang itu ? |
bagaimana | Bagaimanakah kemalangan itu berlaku ? |
berapa | Di dalam kelas itu ada berapa orang pelajar lelaki ? |
mana | Nelayan itu dari mana ? |
...........................................................................................................................................................
Kata Pemeri
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3. Kata pemeri biasanya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
5. Contoh ayat yang menggunakan kata pemeri :
-> Perempuan yang berambut pendek itu ialah kakak saya.
-> Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
-> Nasi lemak ialah makanan kegemaran saya.
-> Tarikh tutup penyertaan itu adalah pada hari Jumaat.
........................................................................................................................
Kata Nafi
1. Kata Nafi ialah
perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3. Kata Nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh ayat :
-> Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
-> Baju ini bukan untuk Yati, tetapi untuk adiknya.
4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh ayat :
-> Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
-> Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh ayat :
-> Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
-> Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
.......................................................................................................................................................
KATA KERJA
- Kata kerja ialah kata yang pada umumnya disertai awalan ber-,men-,ter-, dan sebagainya.
- Kata kerja terbahagi kepada:
(a)Kata kerja tak transitif
(b)Kata kerja transitif
(c)Kata kerja pasif
- Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang lengkap.Misalnya:
(a) Ayah tidur.
(b) Penyanyi itu menari.
- Beberapa contoh kata kerja tak transitif ialah:
ada, bocor, kandas.
- Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk membentuk ayat yang lengkap.
- Objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa nama. Misalnya:
Abang membaca buku.
(a) membaca -> kata kerja transitif
(b) buku -> objek
- Beberapa contoh kata kerja transitif ialah:
makan, mewarna,minum.
- Kata kerja pasif terjadi daripada kata kerja transitif yang awalan me- nya ditiadakan.
- Contohnya:
Kata kerja Transitif Kata Kerja Pasif
mengambil ambil
- Ada 3 jenis kata kerja pasif.
(a) Kata kerja pasif diri pertama
(b) Kata kerja pasif diri kedua
(c) Kata kerja pasif diri ketiga
- Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuambil, keduduki,kuperolehi
- Kata kerja pasif diri kedua ialah kata kerja yang berimbuhan kau-.
Contohnya: kauambil, kauberikan, kaududuki
- Kata kerja pasif diri ketiga ialah kata kerja yang berimbuhan di-.
Contohnya: diambil, diberikan, diduduki
.................................................................................................................................................
KATA HUBUNG
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabung
perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu;
(a) kata hubung gabungan.
(b) kata hubung pancangan.
(c) kata hubung berpasangan.
3.Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh | Ayat Contoh |
agar | Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera. |
apabila | Mukanya pucat apabila disoal. |
atau | Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. |
bahawa | Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. |
dan | Leela dan kawannya berbual hingga larut malam. |
hingga | Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. |
Jika | Saya berpayung jika hujan. |
Jikalau | Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. |
kecuali | Semua murid Nadir kecuali Gopal. |
kerana | Aini menangis kerana terlalu sedih. |
lalu | Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. |
manakala | Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. |
sambil | Zalifah bernyanyi sambil menari. |
serta | Zahid serta abangnya menonton wayang. |
semenjak | Saya berkawan dengannya semenjak kecil. |
sementara | Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. |
sungguhpun | Sungguhpun buta, orang itu mampu berdikari. |
supaya | Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai. |
walaupun | Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu. |
tetapi | Badannya besar tetapi penakut. |
Kata Hubung Berpasangan
Contoh | Ayat Contoh |
Baik.. mahupun | Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu. |
Baik.. baik | Baik Daud baik adiknya sama-sama pintar. |
bukan sahaja.. malah | Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah. |
Entah.. entah | Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak. |
Jangan.. pun | Jangankan sepulluh ringgit, seringgit pun dia tidak ada. |
Kian.. kian | Kian lama kian banyak orang yang ke sana. |
Sama ada.. ataupun | Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke sekolah. |
sedangkan.. inikan pula | Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut. |
semakin.. semakin | Encik Azreen semakin kaya semakin pemurah. |
sungguhpun.. tetapi | Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari. |
walaupun.. namun | Walaupun cacat namun Hamid rajin berusaha. |
2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
Dan
|
hingga
|
lalu
|
ketika
|
Dengan
|
yang
|
tetapi
|
jika
|
kerana
|
serta
|
kalau
|
kemudian
|
demikian
|
walhal
|
walau
|
agar
|
atau
|
demi
|
supaya
|
.
|
3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasa
|
sementara
|
seharusnya
|
andaikata
|
semoga
|
seketika
|
sebaliknya
|
sedangkan
|
setelah
|
walaupun
|
meskipun
|
mudah-mudahan
|
sesungguhnya
|
sewaktu
|
sekalipun
|
moga-moga
|
itupun
|
seandainya
|
jikalau
|
bagaimanapun
|
padahal
|
.
|
.
|
.
|
Contoh ayat
1. menggabungkan dua ayat
Azahar dan Annuar pergi bercuti ke Pulau Pinang.
2. menggabungkan dua rangkai kata
Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.
...........................................................................................................................................................
KATA GANTI
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b) kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
A) Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata
Ganti Diri Pertama
|
Penggunaannya
|
aku (tunggal) | digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan |
saya (tunggal) | digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi |
hamba (tunggal) | digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu |
patik (tunggal) | digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan |
beta (tunggal) | digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat |
kami (jamak) | digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua |
kita (jamak) | digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua |
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk | contoh kata nama diri pertama |
tunggal | beta, patik, aku, saya |
jamak | kita, kami, kita orang |
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk | contoh kata Ganti Diri kedua |
Tunggal | tuanku, wak, kamu, anda, engkau |
Jamak | kalian |
Kata
Ganti Diri Kedua
|
Penggunaannya
|
anda (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita |
awak (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita |
engkau (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga |
tuanku (tunggal) | digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja |
kalian (jamak) | digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap |
kamu (tunggal dan jamak) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita |
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejap lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata
seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk
|
Contoh
kata ganti diri ketiga
|
tunggal | ia, dia, beliau, baginda |
jamak | mereka |
Kata
Ganti Diri Ketiga
|
Penggunaannya
|
baginda (tunggal) | digunakan untuk raja dan sultan |
beliau (tunggal) | digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin |
dia dan ia (tunggal) | digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan |
mereka (jamak) | digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang |
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia sangat sombong.
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri | Tunggal | Bilangan Banyak / Jamak |
Diri Pertama ( Orang yang bercakap ) |
aku saya patik hamba |
kami kita |
Diri Kedua ( Orang yang dilawan bercakap ) |
awak kamu engkau encik cik saudara saudari tuan puan anda tuanku |
awak semua kamu semua saudara sekalian saudari sekalian encik-encik cik-cik tuan-tuan puan-puan anda semua kalian |
Diri Ketiga ( Orang yang diceritakan halnya) |
dia ia nya beliau baginda |
mereka |
C) Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda | apakah |
Orang | siapakah |
Tempat | manakah |
Masa | bilakah |
Hal | bagaimanakah kenapakah mengapakah |
Bilangan | berapakah |
Kata Ganti Nama | Penggunaannya |
apa | digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan |
siapa | digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang |
mana | digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat |
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?
D) Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat | Penggunaannya |
sana | digunakan untuk tempat yang dianggap jauh |
sini | digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap |
situ | digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak sejauh sana |
Benda, orang, Binatang | ini, itu |
Tempat | sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur) sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh) situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh) |
Keadaan | begini, begitu, demikian |
Contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
E) Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i. Ini komputer.
ii. Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di belakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.
Kata Ganti tak tentu.
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Umum / Tak Tentu | Ayat-ayat contoh |
apa-apa | 1. Entah apa-apa yang dibawanya 2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya |
Siapa-siapa | 1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu. 2. Siapa-siapa saja boleh menyaksikan pertunjukan itu. |
Mana-mana | 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini
sahaja. 2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka. |
Kata Ganti Tak Tentu | Penggunaannya |
sapa-sapa | digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu |
mana-mana, masing-masing, seseorang,dan sesuatu |
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu |
siapa-siapa atau sesiapa | digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu |
...............................................................................................................................
Kata Bilangan
1.
Perkataan yang digunakan
untuk menyatakan banyak atua bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
Jenis Kata Bilangan | Contohnya |
Kata Bilangan Tentu | satu, dua, tiga dan seterusnya... |
Kata Bilangan Tak
Tentu - Menunjukkan bilangan yang tidak tentu. |
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah dan sebagainya. * Segala maklumat akan dikumpulkan. |
Kata Bilangan Pecahan | suku, setengah, separuh, tiga suku,sepertiga, seratus-peratus dan
sebagainya * Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun 6 yang hadir ke majlis itu. |
Kata Bilangan Pisahan | Masing-masing, setiap dan tiap-tiap * Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera |
Kata Bilangan
Himpunan - Menunjukkan bilangan yang tertentu. - Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan. - Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan |
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, bermingu-minggu, berbulan-bulan,
ribuan, dan sebagainya. * Kedua-dua ekor kambing itu akan disembelih raya nanti. * Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun. |
Kata Bilangan
Tingkat - Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah. |
pertama, kedua, ketiga dan seterusnya * Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis. |
Kata Bilangan Tanya | berapa * Berapa baki duit kamu? |
...........................................................................................................................................................
Kata Adjektif
2. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya : sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
Jenis-jenis kata Adjektif
Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh :
- Basikal itu berwarna biru.
- Budak gemuk itu kawan saya.
Adjektif Bilangan atau Pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh :
- Ayah memiliki dua buah kereta.
- Saya membeli beberapa kuntum bunga.
Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan "bagaimana" / "yang mana"
Contoh :
- Baju ini mahal harganya.
- Perkara demikian jangan diulangi lagi.
Adjektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
Contoh :
- Setiap pelajar mesti berdisplin.
- Ambil barang asing-masing.
Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pancaindera seperti masin dan harum.
Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat Biasa
Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa
.
Contoh :
-Cikgu saya seorang yang garang.
-> Buah betik itu manis.
2. Pangkat Perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh :
-> Tenaganya sekuat Badang.
-> Buah jambu itu semanis gula.
3. Pangkat Menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh :
-> Cuaca hari ini sangat mendung.
-> Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Kata Sendi
Kata sendi ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih perkataan, frasa atau ayat.
Bagus cikgu Rohana...Banyak ilmu yang saya perolehi dari sini.
ReplyDeleteTahniah! Info dari cikgu sangat-sangat membantu murid dan guru-guru yang mengikutinya..teruskan.
ReplyDeleteByk manfaat yg dpt dlm blog cikgu ini..Hanya Allah shj yg dpt membls segala kebaikan cikgu.. Aamiin..
ReplyDeleteyaalah......
ReplyDeletebagusnya nota ini
salam...puan, saya nak minta izin guna copy dan guna bahan puan deh
ReplyDelete