Sunday 14 October 2012

Latihan pemahaman (2)



MEMAHAMI RENCANA



Arahan : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

              
            Jalan raya di negara kita dikatakan antara yang terbaik di Asia Tenggara. Perkembangan perusahaan melombong bijih timah dan ladang getah yang baru dibuka menjadi faktor utama jalan raya dibina di negara kita. Perusahaan ini juga menyebabkan munculnya bandar-bandar baru dan kawasan-kawasan baru.
            Pada mulanya, sebelum terbina jalan raya yang berturap tar, jalan tersebut merupakan lorong-lorong di dalam hutan. Jalan itu berlumpur apabila hujan dan berdebu ketika musim kemarau. Kemudian lorong itu bertukar menjadi laluan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan barang-barang ke pengkalan di tepi sungai.
            Serentak dengan kemajuan perusahaan bijih timah dan getah itu juga jalan raya telah dibina untuk menghubungkan antara bandar-bandar itu.
            Jalan raya yang menghubungkan Singapura dengan Perlis telah siap dibina pada tahun 1928. Hanya selepas tahun 1945, barulah jalan raya yang menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan negeri-negeri Pantai Barat siap dibina.
            Jalan raya dan lebuh raya terus dibina dengan pesat untuk memudahkan perjalanan antara negeri dengan kawasan-kawasan yang baru membangun. Dengan adanya lebuh raya, perjalanan menjadi lebih cepat serta selamat. Antara lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Timur - Barat, Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Kuala Krai-Gua Musang, Lebuh Raya Kuantan-Segamat dan banyak lagi.
            Pembinaan jalan raya juga berlaku dengan pesat di Sabah dan Sarawak. Kini terdapat tiga batang lebuh raya yang menjadi tulang belakang rangkaian jalan raya di Sabah. Lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Tamparuli-Ranau, Lebuh Raya Papar-Sindumin dan Lebuh Raya Lahad Datu-Semporna. Di Sarawak juga banyak jalan raya baru dibina seperti Jalan Bintulu-Tanjong Kidurong, Jalan Raya Bako dan Jalan Lubuk Antu-Batang Ai.






1          Berikut ialah negara di Asia Tenggara KECUALI

            A         Jepun
            B         Thailand
            C         Singapura
            D         Indonesia

2          Bagaimanakah keadaan jalan raya sebelum diturap dengan tar?

            A         Jalan itu berlumpur dan berdebu.
            B         Jalan itu merupakan laluan kereta lembu.
            C         Jalan itu letaknya menuju ke tepi sungai.
            D         Jalan itu berupa lorong dalam hutan.

3          Pembinaan jalan raya berkait rapat dengan

            A         pertumbuhan bandar-bandar
            B         kemajuan perusahaan bijih timah
            C         kemajuan sesetengah kawasan baru
            D         pembukaan kawasan baru

4          Lebuh Raya Utara-Selatan melalui negeri-negeri berikut KECUALI

            A         Johor                                                 

            B         Perak                                     
            C         Pahang
            D         Selangor

5          Tujuan pembinaan lebuh raya ialah      

            A         menghubungkan kawasan baru
            B         memudahkan perjalanan antara negeri
            C         menghubungkan Singapura dengan Perlis
            D         menghubungkan Sarawak dengan Sabah



No comments:

Post a Comment