Peribahasa
|
Maksud Peribahasa
|
Ada hati
|
Keinginan
|
Alah bisa tegal biasa
|
Segala kesusahan tidak akan terasa lagi
sesudah biasa
|
Alang-alang mandi biar basah
|
Jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat
jalan
|
Ambil berat
|
Memberikan perhatian yang istimewa terhadap
sesuatu
|
Ambil langkah
|
Mula hendak bertindak
|
Anak buah
|
Orang yang termasuk dalam sesuatu
keluarga/pasukan/ terletak di bawah tenggungjawab seseorang
|
Anak emas
|
Anak abdi yang diambil jadi anak angkat oleh
suaminya; orang yang dikasihi dan diberikan layanan istimewa.
|
Asam garam
|
Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit,
manis, suka duka)
|
Bagai anjing buruk kepala
|
Orang yang telah diketahui kejahatannya ke
mana pergi dihinakan orang juga
|
Bagai bulan dipagari bintang
|
Kecantikan makin terserlah apabila
dikelilingi orang yang cantik.
|
Bagai bulan empat belas
|
Peri keelokan muka perempuan
|
Bagai cincin dengan permata
|
Sama padan, cocok benar
|
Bagai layang-layang putus tali
|
Sudah putus harapan
|
Bagai minyak dengan air
|
Orang bermusuhan atau tidak sehaluan
mustahil dapat dicampurkan jadi satu
|
Bagai murai dicabut ekor
|
Perempuan yang suka bercakap banyak
|
Bagai pucuk dilancarkan
|
Sangat laju atau luncur perginya
|
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
|
Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya
kerana faktor baka
|
Baik berjagiung-jagung sementara menanti
padi masak
|
Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik,
yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu.
|
Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi
lalang
|
Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin
merendahkan diri (tidak sombong)
|
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
|
Bersusah payah dahulu kemudian baru
bersenang-senang
|
Berkatakanlah besar walaupun pahit
|
Berterus-terang demi kebenaran walaupun
mungkin menyakitkan hati seseorang
|
Berpeluk tubuh
|
Berdakap tubuh; tidak membuat apa-apa kerja
|
Berpeluk tubuh
|
Hanya memandang dari jauh sahaja, tidak
melalukakan apa-apa hanya melihat sahaja.
|
Bersatu teguh bercerai roboh
|
Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi
kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah.
|
Bersekutu bertambah mutu
|
Bekerjasama antara satu sama lain akan
menghasilkan kecemerlangan
|
Bertangguh itu pencuri masa
|
Melakukan kerja secara bertangguh akan
merugikan diri sendiri.
|
Besar hati
|
Bangga, gembira, bongkak, sombong
|
Biar putih tulang jangan putih mata
|
Lebih baik mati daripada menanbggung malu
|
Buah fikiran
|
Pendapat
|
Buah hati
|
Orang yang dikasihi
|
Buah mulut
|
Percakapan orang,
|
Buah tangan
|
Hasil pekerjaan; barang yang dibawa daripada
perjalanan; ole-ole
|
Bulat hati
|
Lurus hati, teguh hati ,sungguh-sungguh
|
Dalam tangan
|
dalam kekuasaan seseorang
|
Darah daging
|
Anak atau orang yang mempunyai pertalian
darah
|
Darah panas
|
Pemarah, lekas marah
|
Diam-diam ubu berisi, diam-diam besi
berkarat
|
Diam orang yang berilmu itu berfikir,
sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
|
Hancur hati
|
Sedih; putus asa
|
Harimau mati meninggalkan belang, manusia
mati meninggalkan nama
|
Orang yang berjasa itu akan selalu
disebut-sebut orang walau berapa lamapun dia telah mati.
|
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
|
Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar
boleh dijalankan dan demikian kebalikannya
|
Hidup ini satu perlumbaan
|
Dalam kehiduoan seharian, kita terpaksa
menghadapi pelbagai cabaran dan berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu tujuan.
|
Hidup segan mati tak mahu
|
Orang yang hidup melarat
|
Indah khabar daripada rupa
|
Khabar mengenai satu-satu perkara biasanya
dilebih-lebihkan
|
Jauhari juga yang mengenal manikam
|
Hanya orang yang bijak sahaja yang
mengetahui tentang keelokan ilmu
|
Kaki ayam
|
Tidak berkasut atau berselipar
|
Kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya
|
Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia
masih muda, kalau sudah besar tidak akan berhasil lagi.
|
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan
hendak diduga
|
Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak
berbuat sesuatu yang besar
|
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya
|
Tidak tercapai cita-cita jika tidak berusaha
|
Kancil juga lupakan jerat
|
Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya
tetap mengancam
|
Kata dikota
|
Janji mesti ditunaikan
|
Kata-kata yang lebih tajam daripada mata
pedang
|
Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
|
Kebudayaan sendi perpaduan
|
Kebudayaan menjadi sandaran dalam menyatukan
sesuatu bangsa
|
Kecil jangan disangka anak, besar jangan
disangka bapa
|
Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus
pada orang-orang tua sahaja
|
Makan angin
|
Bersiar-siar untuk mendapatkan angin;
melapangkan fikiran
|
Manis jangan terus ditelan, pahit jangan
terus dibuang
|
Yang nampak baik itu jangan lekas diterima
dan yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak.
|
Masa itu emas
|
Masa sangat berharga
|
Membaca jambatan ilmu
|
Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui
pembacaan
|
Mencari akal
|
Berusaha mendapatkan cara untuk mencapai
tujuan
|
Muafakat membawa berkat
|
Sesuatu kerja yang dilakukan dengan
persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik.
|
Nasi sudah menjadi bubur
|
Perbuatan yang sudah terlanjut; tidak dapat
diubah lagi.
|
Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat
|
Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu
mampu mengemukakan fikiran yang bernas.
|
Padang jarak padang terkukur
|
Padang atau tanah luas yaditinggalkan
|
Putih mata
|
Berhiba hati menanggung rindu (seperti orang
muda melihat tunangnya diambil orang)
|
Putus asa
|
Habis harapan (tiada harapan lagi
|
Rezeki kalau secupak takkkan jadi segantang
|
Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah
lagi.
|
Ringan mulut
|
Peramah, lancar dan fasih tutur katanya
|
Ringan tulang
|
Rajin bekerja, tangkas
|
Sayang akan tangan-tangankan, sayangkan
isteri tinggal-tinggalkan
|
Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti
selalu itu akhirnya menjadi sombong
|
Sepakat membawa berkat
|
Sesuatu pekerjaan jika dilakukan melalui
pakatan atau mesyuarat akan membawa hasil yang baik
|
Seperti enai dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing
|
Tidak muafakat dalam sesuatu perbincangan,
hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja
|
Seperti lipas kudung
|
Selalu bergerak dengan cepat; pantas atau
cekap membuat kerja
|
Sudah terhantuk baru terngadah
|
Sesudah terkena baru beringat-ingat
|
Tajam akal
|
Mudah menangkap sesuatu atau mengerti,
pintar , cerdik
|
Tali barut
|
Orang yang menjadi ampama 9penyampai rahsia
orang lain), barua
|
Tangan terbuka
|
Suka menolong orang yang dalam kesusahan,
murah hati
|
Tangan yang menghayun buaian mampu
menggoncangkan dunia
|
Walaupun bersifat lemah-lembut dan keibuan,
wanita mampu menyumbangkan untuk membangunkan negara
|
Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula
tempat bermain
|
Tempat berlakunya sesuatu peristiwa pahit
lagikan dikenang inikan pula tempat berlakunya peristiwa manis.
|
Terang hati
|
Terang fikiran; mudah mengerti
|
Tulang empat kerat
|
Anggota badan
|
Ukur baju di badan sendiri
|
Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih
sesuai dengan kebolehan kita
|
Umpama telur sesangkak, pecah satu pecah
semuanya
|
Orang yang semuafakat itu sama hidup sama
mati dan tidak berubah setianya.
|
Saturday 13 October 2012
PERIBAHASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment