Sunday 14 October 2012

Latihan pemahaman (4)



MEMAHAMI CATATAN HARIAN




Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan- soalan berikutnya.

                                

20 September 2007
            Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan kami disambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari jeti itu kami dibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah Langkawi. Kami bermalam di situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan akhir tomoi  anjuran kerajaan negeri Kedah.

21 September 2007
            Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00  pagi. Majlis perasmian dan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari situ kami ke pantai Batu Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kami akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pelayaran ke pulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula, ombak sangat kuat.  Di tengah perjalanan, kayak kami tersangkut pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa mengusung kayak itu sehingga melewati kawasan batu karang itu  setelah sepuluh kilometer berkayak.  Selepas peristiwa itu, kami berasa amat penat dan bercadang hendak berlabuh untuk berehat   di atas beting pasir. Hasrat itu terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagal menemui beting pasir.
            Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari negeri-negeri lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara semakin tipis. Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka dalam pusingan kedua nanti. Kami bermalam di pulau itu.

23 September 2007
            Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh dengan tenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut  kehabisan tenaga di tengah pelayaran nanti.
            Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam. Pasukan-pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri Perak. Pasukan dari negeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang muncul sebagai juara. Sementara pasukan kayak dari Negeri Sembilan di tempat ketiga.








1          Tomoi ialah

            A         nama sejenis seni pertahanan diri
            B         nama sejenis silat yang berasal dari Kedah
            C         nama sejenis tinju yang berasal dari Thailand
            D         nama sejenis permainan yang popular di Kedah
                                                      
2          Apakah tujuan kami ke Pulau Langkawi?

            A         Untuk menyaksikan pertandingan tomoi
            B         Untuk melihat upacara perasmian ekspedisi berkayak
            C         Untuk menyertai pelayaran ke Pulau Batu Buruk
            D         Untuk menyertai pertandingan berkayak

3          Mengapakah penulis dan rakan-rakannya berada di Hotel Tiara?

            A         Untuk menghadiri upcara sambutan dan perasmian
            B         Untuk mendaftar diri sebagai peserta pertandingan
            C         Untuk memulakan pertandingan kayak itu
            D         Untuk memulakan pelayaran ke Pulau Batu Buruk

4          Pasukan manakah yang menjadi johan dalam pertandingan kayak itu?

            A         Pasukan dari negeri Perak    
            B         Pasukan dari Negeri Sembilan

            C         Pasukan dari negeri Selangor

            D         Pasukan dari negeri Kedah

5          Maklumat manakah yang tidak benar tentang pertandingan kayak itu?

            A         Pertandingan kayak itu dianjurkan oleh Rakan Muda Kuah.
            B         Pasukan kayak dari seluruh Semenanjung terlibat dalam pertandingan itu.        
            C         Halangan seperti batu karang terpaksa ditempuhi oleh pasukan dari
                        negeri Kedah.
            D         Pasukan dari negeri Perak muncul sebagai naib johan dalam
                        pertandingan itu.


2 comments: