Monday 26 November 2012

IMBUHAN KE... AN





Bentuk Apitan ke...an

1.Kata berapitan ke...an dapat dibentuk dengan memberikan awalan ke- dan
   akhiran -an pada kata dasarnya.
2.Apitah ke...an tidak berubah bentuknya apabila diimbuhkan pada kata dasar.

Makna Apitan ke...an
Apitan ke...anmempunyai beberapa makna,iaitu:
(a)tempat...bertugas atao daerah...
    kedutaan =tempat duta bertugas
    kerajaan =daerah raja

(b)hal tentang sesuatu
    keagamaan =hal tentang agama
    kehakiman =hal tentang hakim

(c)keadaan atau sifat...
    kebaikan =keadaan atau sifat baik
    kecantikan =keadaan atau sifat cantik

(d)sesuatu atau seseorang yang di...kan...
    keinginan =sesuatu yang diinginkan
    ketetapan =sesuatu yang ditetapkan

(e)tempat yang di...i
    kediaman =tempat yang didiami
    kedudukan =tempat yang diduduki

(f)perihal...
   kedatangan =perihal datang
   kepergian =perihal pergi `

contoh ayat:

1.Anak kesayangan Mak Minah akan berlepas ke England untuk melanjutkan
   pelajarannya.
2.Kita janganlah menghina kebodohan orang lain.
3.Musafir itu meminta air kerana dia kedahagaan.
4.Walaupun sudah berumur dua puluh tahun,  kadang-kadang Ismail berkelakuan keanak-
    anakan apabila kehendaknya tidak dikabulkan oleh ibunya.



LATIHAN 1

Isilah tempat-tempat kosong di bawah ini dengan kata yang sesuai.

1.Tempat menteri bertugas disebut_______.
2.Dia meminati bidang______.
3.Lagu ______kita ialah "Negaraku".
4.Ismail murid yang jujur.______nya patut dijadikan contoh.
5.______nya pada waktu lapang ialah membaca.
6.Pihak polis memuji______pelajar itu.
7.kucing______saya dilanggar kereta semalam.
8.Bangunan KOMTAR menjadi ______penduduk.
9.Salah seorang sultan pada zaman______Melaka ialah Sultan Muzaffar Shah.
10.______orang-orang kampung itu tidak dapat kami lupakan.  

 kebaikan  kebanggaan kebangsaan  keberanian  kegemaran   kehakiman
 kejujuran  kementerian  kesayangan  kesultanan


LATIHAN 2

Isikan tempat- tempat kosong dengan perkataan yang diberi.

1.Syarikat itu mendapat ___________yang besar pada tahun lepas.
2.Abang Azwan mempunyai __________yang kuat untuk belajar melukis.
3.Projek itu terpaksa dihentikan kerana __________wang.
4.Membaca surat khabar sebelum ke pejabat,sudah menjadi suatu__________bagi
ayahnya.
5.Peperanganlah yang menyebabkan rakyat di negara itu hidup dalam __________.
6.Kebakaran itu telah menyebabkan __________harta benda yang banyak.
7.Kemalangan jalan raya yang berlaku malam tadi berpunca daripada
__________pemandu bas       mini yang terbabit.
8.Perbuatannya yang menjolok mata itu telah menimbulkan __________ibu
bapanya.
9.__________guru-guru dalam seminar itu sangatlah penting.   
10.Penumpang-penumpang boleh keluar melalui pintu yang terdapat di bahagian
belakang bas itu sewaktu berlaku sebarang __________.

    kecuaian     kesengsaraan    kemarahan    kecemasan      keuntungan
   kelaziman    kemahuan         kehadiran     kemusnahan    kelurangan

LATIHAN 3

Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang diberi.

1.Saya __________selepas berlari.
2.Kamu tentu akan mencapai __________yang cemerlang jika rajin berusaha.
3.Ujian itu diadakan untuk menguji __________murid-murid.
4.Peperanganlah yang menyebabkan rakyat  negara itu hidup dalam__________.
5.Dia yang melakukan__________,saya pula yang disalahkan.
6.Pejabat pos merupakan salah satu __________awam yang penting

     kemiskinan  kejayaan      kebolehan,     kesilapan,    kehausan,   kemudahan
                         
LATIHAN 4

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat-tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1.__________ sesebuah negara banyak bergantung kepada faktor ekonomi,politik dan sosial.
A.Mensejahterakan
B.Sejatera
C.Kesejahtera
D.Disejahterakan


2.__________ jelas terbayang pada wajah Maniam apabila dia teringatkan sikapnya yang biadab
terhadap ibunya.
A.Kesal
B.Kekesalan
C.Penyesalan
D.Menyesalan


3.Kecantikan seseorang perempuan juga bergantungkepada __________ budi bahasanya.
A.terhalus
B.menghaluskan
C.kehalusan
D.menghalusi


4.Kolam renang itu kelihatan __________ apabila dilihat dari tingkat teratas hotel ini.
A.kebiru-biruan
B.dibirukan
C.membiru
D.membirukan


5.__________ Pulau Kapas telah menarik minat ramai pelancong ke palau tersebut.
A.Terindah
B.Mengindahkan
C.Keindahan
D.Pengindahan


6.Masalah pengangkutan telah dapat diatasi dengan adanya __________ jalan raya ke kampung itu.
A.kemudahan
B.memudahkan
C.permudahan
D.mudahan


7.__________ terbayang di muka pelajar itu sebaik sahaja dia menerima keputusan peperiksaan.
A.Bersedih
B.Penyedih
C.Kesedihan
D.Menyedihkan


8.Pelancong itu terpaksa pergi ke__________negaranya di Malaysia setelah dokumen perjalanannya
hilang.
A.kediaman
B.kemenyerian
C.kedudukan
D.kedutaan


9.Mak Cik Milah tinggal__________ setelah anak-anaknya berhijrah ke bandar.
A.kesepian
B.menyepi
C.menyepikan
D.sepi


10.Julia menjerit __________ kerana terkejutkan seekor katak yang melompat di hadapannya.
A.takutkan
B.penakut
C.ditakutkan
D.ketakutkan



2 comments:

  1. Terima kasih untuk perkongsian ilmu. Sangat berguna kepada saya yang perlukan bahan rujukan tetapi tinggal di luar negara.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk ilmu yang dikongsi. Halalkan segala yang saya guna dari sini ya.

    ReplyDelete