Tuesday, 6 November 2012

LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA (1)






 LATIHAN TATABAHASA.

Arahan : Pilih perkataan yang paling sesuai bagi mengisi tempat kosong 

                dalam ayat-ayat di bawah.


1. Pak Mat ………… mata sabitnya dengan batu pengasah.
A  menarah
B   mengikir
C  mengasah
D  melicin

2. Kehidupan batu karang kian ………… akibat pencemaran air laut.
A  terancam
B   teruk
C  mengancam
D  kurang

3. Penyanyi itu diminati  ramai kerana mempunyai suara yang ………….
A  nyaring
B   serak
C  garau
D  merdu

4. Perdana Menteri telah melakukan lawatan ………… ke negara Jepun baru-baru ini.
A  pendek
B   segera
C  singkat
D  lanjut

5. Beliau ……….  daripada jawatannya kerana didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin.
A  dilucutkan
B   dipecatkan
C  ditanggalkan
D  dibuangkan

 

6. Pokok bunga itu ………… pembesarannya kerana kekurangan baja dan air.
A  tersekat
B   tergencat
C  terbantut
D  terkerdil

7. Dia merupakan pemimpin pelajar yang paling …………. bersuara
      ketika di universiti dulu.
      A  lancar
      B   lantang
      C  tenang
      D  kuat

8. Budak itu sempat ………… pada dahan kayu ketika dihanyutkan arus deras itu.
A  bergantung
B   bergayut
C  bersauk
D  berdiri

9. Dia ………… keluar dari bilik itu hingga terlupa beg duitnya.
A  berlalu
B   melompat
C  meloncat
D  bergegas

10. Pegawai itu ………… fail di celah ketiaknya.
A  menatang
B   mengepit
C  menjunjung
D  membawa

11. Ketika berdiri di pantai, dia nampak pulau itu …………  di tengah laut.
A  berbalam-balam
B  berpinar-pinar
C  jauh-jauh
D  berpusat-pusat




Imbuhan
Pilih perkataan yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1. Bantal itu ………… benang emas.
A  menyulam
B  disulam
C  bersulam
D  tersulam

2. Petani itu ………… kambing-kambingnya.
A  mengandangkan
B  terkandang
C  mengandang
D  berkandang

3. ………….. baja yang cukup akan menambah hasil tani.
A  Kegunaan
B  Gunaan
C  Mengguna
D  Pengguna

4. Ilmu ………… sangat penting bagi seseorang yang menjadi doktor.
A  mengubat
B  perubatan
C  ubatan
D  berubat

5. Menteri Penerangan mengingatkan para ………… supaya menulis berita dengan tepat dan benar.
A  seniman
B  karyawan
C  budayawan
D  wartawan


6. Pegukir  sedang  …………  arca itu.
A  memperhalus
B  kehalusan
C  menghalus
D  dihalus



Kata Hubung/ Kata Sendi Nama

Arahan :
Pilih perkataan yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1. Mereka bertungkus-lumus membina khemah itu ………… mereka  keletihan.
A  lalu
B  sambil
C  hingga
D  serta

2. Ali terkejut ………… berita sedih itu disampaikan kepadanya.
A  jika
B  apabila
C  lantas
D  dan

3. Saya akan ke rumah Maniam esok …………. Lusa.
A  dan
B  hingga
C  atau
D  serta

4. Rombongan itu datang ………… Sabah.
A  dari
B  kepada
C  daripada
D  pada

5. Hadiah awak ada ………… pengawas itu.
A  pada
B  ke
C  kepada
D  di



6. Gelas itu dihempasnya ………… lantai.
A  kepada
B  dengan
C  ke
D  dari

7. Banyak manfaat yang kami peroleh ………… ceramah anti dadah itu.
A  dari
B  kepada
C  daripada
D  di



PENJODOH BILANGAN
Arahan :  Pilih perkataan yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1. Se ……………  kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
A  patah
B  potong
C  cebis
D  untai

2. Ayah membeli dua …………  durian di pasar.
A  biji
B  ulas
C  buah
D  buku

3. Kakak menggunakan  se …………… kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
A  cebis
B  bentuk
C  lembar
D  cucuk

4. Polis melepaskan lima …………  tembakan ke arah perompak itu.
A  butir
B  das
C  biji
D  pucuk


5. Buku itu berharga dua belas ringgit se …………….
A  papan
B  keping
C  naskah
D  rangkap

6. Beliau memulakan ucapannya dengan se ……………  pantun.
A  baris
B  kerat
C  rangkap
D  buah

7. Ayah membeli dua …………  petai di gerai itu.
A  papan
B  biji
C  gelung
D  mata

8. Beberapa …………  rokok bertaburan di lantai.
A  puntung
B  berkas
C  kotak
D  pucuk





KATA GANDA
Tulis jawapan yang paling sesuai di tempat kosong dalam ayat di bawah.

1. Asmah lari ………… apabila dia terlihat bayang-bayang hitam di belakang pohon kelapa itu.
A  kelam-kabut
B  lintang-pukang
C  tergesa-gesa
D  hati-hati

2. Penagih dadah itu berjalan …………  lalu terjatuh ke dalam longkang.
A  terhuyung-hayang
B  tersorong-sorong
C  terhinggut-hinggut
D  terpontang-panting

3. Kenderaan …………  di jalan yang sibuk itu.
A  kelam-kabut
B  tolak-menolak
C  simpang-siur
D  putus-putus


4. Majlis perkahwinan kakak saya dijalankan secara …………  selama seminggu.
A  gilang-gemilang
B  besar-besaran
C  kecil-kecilan
D  sedang-sedang

5. ………….  antara perompak dengan polis telah berlaku di hadapan sebuah bank.
A  Buru-memburu
B  Tikam-menikam
C  Kejar-mengejar
D  Tembak-menembak

6. Dia telah menempuh pelbagai …………  sebelum berjaya dalam hidupnya.
A  pahit-maung
B  susah-susah
C  remeh-temeh
D  jerih-perih



PERKATAAN SAMA ERTI
Pilih perkataan sama erti dengan perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

1. Pemuda itu bergegas meninggalkan tempat itu lalu tertinggal jaketnya.

      A  segera

B  deras
C  pantas
D  cepat

2. Pakaian itu masih  berkerut walaupun telah digosok beberapa kali.
A  berkedut
B  bergumpal
C  berlipat
D  berdaki

3. Banyak manfaatnya jika kita menyertai pasukan beruniform.
A  faedahnya
B  tujuannya
C  haluannya
D  baiknya

4. Peperangan sengit masih lagi berlaku di kawasan itu.
A  kuat
B  kerap
C  rancak
D  hebat

5. Muka petani itu habis terpalit lumpur.
A  tercalit
B  tercat
C  terkena
D  terlekat


SINONIM
Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

1. Ayam jantan itu bacul kerana tidak berani berlaga dengan lawannya yang lebih besar.
A  dayus
B  berani
C  pengecut
D  takut

2. Pencuri yang menggeledah gudang itu telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.
A  menyelongkar
B  mengambil
C  membongkar
D  membuka

3. Kian batik yang dipakainya berlatar warna hitam.
A  bertanah
B  bercorak
C  berbunga
D  berhias




4. Permukaan tasik itu beriak akibat tiupan bayu.
A  bergerak-gerak
B  mengombak
C  beredar-edar
D  berpusing-pusing

5. Dalam keadaan ekonomi kini , ramai orang tidak mampu membeli barangan import lagi.
A  larat
B  kuasa
C  sanggup
D  suka

6. Ibunya membantah dengan keras rancangannya hendak berniaga itu.
A  kasar
B  segera
C  tegas
D  marah









                  SELAMAT MENJAWAB

No comments:

Post a Comment