Wednesday 14 November 2012

KATA TANYA



Kata Tanya

1. Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
2. Kata Tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata Tanya mesti diikuti oleh partikel 'kah' apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata Tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.
5. Partikel 'kah' tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.

Contoh Ayat :
(a) Apakah benda itu ?


(b) Buku siapakah ini ?

Kata Tanya
Contoh Ayat
kenapa
Kenapakah Amin gagal dalam ujian itu ?
bila
Bilakah Wati akan sampai ?
siapa
Siapa nama kamu ?
mengapa
Mengapakah baju awak ini basah ?
apa
Apakah nama binatang itu ?
bagaimana
Bagaimanakah kemalangan itu berlaku ?
berapa
Di dalam kelas itu ada berapa orang pelajar lelaki ?
mana
Nelayan itu dari mana ?

3 comments:

  1. How many kata tanya is there

    ReplyDelete
  2. Selamat sejahtera. Ayat nombor 3 sepatutnya 'Siapakah nama kamu?' kerana kata tanya hadir di pangkal ayat perlu menerima partikel 'kah'.

    ReplyDelete