Thursday 1 November 2012

CONTOH KARANGAN BERBENTUK CERITA .(Soalan UPSR kertas 2)



CONTOH KARANGAN CERITA UNTUK UPSR

1.MENYUDAH/MENGAKHIRI CERITA

Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan …
(Mulakan karangan anda dengan “ Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan …”)

            Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan kutipan  dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum berbuat demikian, aku dan Arni meminta persetujuan daripada guru besar.
            Setelah memberitahu niat kami, guru besar bukan sahaja bersetuju, malahan memuji langkah yang kami lakukan.
            “Rancangan kamu bagus danperlu disegerakan. Pihak guru dan kakitangan sekolah telah pun membuat derma kilat. Memang baiklah kalau murid-murid sekolah ini turut serta,” kata Encik Tamrin.
            Kata-kata guru besar itu merangsang kami untuk membuat kutipan itu seberapa segera. Semasa membuat kutipan , kami tidak menghadapi masalah. Semua murid memberi kerjasama.
            Setelah mengira kutipan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM375.15. Wang yang diderma oleh murid-murid itu kami serahkan kepada Encik Tamrin.
            Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan amanatnya, Encik Tamrin menyatakan sesuatu.
            “Murid-murid hendaklah mencontohi Adli dan Arni. Mereka adalah murid yang prihatin,” kata Encik Tamrin.
            Aku dan Arni kemudian dipanggil ke hadapan. Guru besar menyerahkan satu sampul surat kepadaku. Setelah itu Cikgu Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan. Aku diminta menyampaikan sampul surat itu.
            Aku tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air mata mengalir di pipi Cikgu Rasilah. Pada ketika itu keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan mendoakan semoga roh  suami Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

 




2. MENYUDAHKAN CERITA

Lengkapkan perenggan ini sehingga menjadi sebuah cerita yang menarik.

            Ibu bapaku telah meninggal dunia sewaktu aku berusia tiga tahun. Mereka menemui ajal dalam tragedi kebakaran di salah sebuah kilang di Petaling Jaya. Sebagai  anak yatim piatu aku dijaga……………..
(Mulakankarangan anda dengan “Sebagai anak yatim piatu aku dijaga………”)


            Sebagai nak yatim piatu aku dijaga oleh nenek dan juga keluarga Pak Ngah. Nenekku menjagaku dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan Pak Ngah dan keluarganya. Mereka sering membawaku melawat ke tempat-tempat peranginan dan bersejarah.
            Aku mebesar seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun sesekali aku teringatkan ibu bapaku, aku dinasihati oleh nenek supaya bersabar. Nenek pernah berkata,”Setiap yang hidup kan mati.”
            Setelah usiaku menjangkau 15 tahun, nenekku telah meninggal dunia. Aku terpaksa tinggal di rumah pak Ngah. Sejak itu, kehidupanku berubah seperti kata orang,”Sekali air bah, sekali pantai berubah”.
            Aku sama sekali tidak menyanka sikap Pak Ngah yang selama ini baik kepadaku berubah. Sungguhpun begitu , aku tetap bersabar. Perasaan sedih yang  kualami kucurahkan kepada Cikgu Rahim, guru kelasku.
            Oleh sebab aku tidak dapat menahankan perasaan lagi, aku mengambil keputusan keluar dari rumah Pak Ngah. Dengan persetujuan Pak Ngah juga, aku kemudian tinggal bersama Cikgu Rahim dan isterinya.
            Nasibku sungguh baik kerana Cikgu Rahim dan isterinya menjagaku dengan baik. Aku diberi pendidikan yang cukup sehingga berjaya ke menara gading. Kehidupanku bersama Cikgu Rahim dan isterinya sungguh bahagia.







3.MENGAKHIRI CERITA

Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.

… aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.

           
            Walaupun hidup susah, aku menyanjungi sikap dan semangat bapaku. Bapaku tidak pernah mengalah. Dia memegang prinsip “Mengapa aku tidak boleh jika orang lain boleh”. Oleh yang demikian, bapaku sentiasa berusaha untuk memberi pendidikan kepadaku.
            Aku dihantar ke sekolah Inggeris sejak sekolah rendah. Walaupun tidak mampu, bapaku tetap berusaha. Bebanan bapaku ringan sedikit apabila aku mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan.
            Semasa di sekolah menengah, aku sekali lagi menghadapi kesulitan kewangan, terutama untuk membeli buku-buku teks. Bapaku tidak mengalah, malahan terus berusaha bagi membiayai pelajaranku.
            Akhirnya aku dapat juga belajar sehingga tingkatan lima. Semasa di tingkatan lima, aku menghadapi masalah besar. Bapaku tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.
            Bapaku berusaha meminjam wang yang diperlukan daripada saudara-mara tetapi tidak berjaya. Bapaku tidak berputus asa. Dia kemudian berjumpa dengan tuan tanah tempat bapaku menoreh getah.
            Setelah menceritakan kesulitan yang dialami, tuan tanah itu dengan murah hati membayar wang peperiksaanku. Usaha gigih bapa mendorongku belajar bersungguh-sungguh. Akhirnya aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.






4.MENGAKHIRI CERITA

Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut :
 ( … kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.)

            Pada cuti semester yang lalu, aku pergi ke rumah kawanku. Rumah kawanku itu terletak di sebuah kampung nelayan. Sungguh indah pemandangan kampung itu terutamanya pada waktu senja.
            Bapa kawanku bekerja sebagai nelayan. Setiap pagi dia turun ke laut menangkap ikan dan pulang pada waktu petang bersama hasil tangkapan. Kadangkala tangkapannya banyak, manakala waktu lain pula sedikit.
            Pada suatu malam, badanku berasa panas. Aku tidak dapat melelapkan mata, lalu aku bersantai di halaman rumah kawanku itu. Tiupan angin laut membuatkan suasana di halaman rumah kawanku itu dingin.
            Tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik. Aku mendiamkan diri dan berasa takut. Sungguhpun begitu aku mencari-cari arah bunyi suara bisikan itu. Tidak jauh dari tempatku duduk kelihatan dua lembaga menghampiri motobot bapa kawanku.
            Aku segera naik ke rumah dan memberitahu apa yang kulihat itu kepada bapa kawanku. Dua lembaga itu sebenarnya pencuri. Mereka telah ditangkap oleh bapa kawanku.
            Bapa kawanku mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku sungguh gembira dan berbangga kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.




KARANGAN GAMBARAN




1.Kamu sedang menunggu sahabat kamu Azrin di sebuah stesen bas. Sementara menunggu sahabat kamu itu sampai, kamu memerhati suasana di stesen bas tersebut. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan apa yang kamu lihat.

            Perjanjianku dengan Azrin pada pukul 2.00 petang. Namun begitu kini sudah melewati 15 minit. Azrin belum juga muncul. Perasaan resah dan cemas mula menghantui fikiranku.
            Sementara menunggu Azrin tiba, tidak jauh dari tempatku berdiri kelihatan penjual tiket bas haram dengan gelagatnya. Laku juga tiket yang mereka jual sekalipun harganya lebih mahal.
            Beberapa  penjaja minuman dan makanan ringan pula sibuk dengan tugas masing-masing. Mereka naik turun bas sambil menjaja. Walaupun tindakan itu tidak dibenarkan, mereka tetap juga melakukannya.
            Dua buah bas masuk ke kawasan stesen. Belum sempat enjin bas itu dimatikan dan penumpang belum pun turun, sekumpulan pemuda berebut-rebut menaiki bas itu. Ini menyebabkan berlaku pertengkaran dan suasana bertukar menjadi riuh-rendah.
            Di tempat lain pula, kelihatan beberapa orang kanak-kanak membuang kertas pembungkus makanan dan tin minuman kosong sesuka hati. Sekalipun beberapa buah tong sampah ada di sekitar stesen bas itu, mereka tidak menggunakannya.
            Tekakku sudah berasa kering. Perutku pula mula berkeroncong kerana lapar. Aku bingkas bangun dari tempat dudukku ke gerai berdekatan. Belum sempat aku membuat pesanan, aku terdengar ada orang menyapa. Rupa-rupanya Azrin telahpun sampai.





2.KARANGAN GAMBARAN


Gambarkan hari pertama persekolahan bagi  murid tahun satu di sekolah anda.

            Persekolahan bagi sesi tahun ini dibuka pada 3 Januari. Murid-murid tahun satu buat pertama kali memasuki alam persekolahan. Mereka kelihatan kemas memakai pakaian seragam baru.
            Pelbagai gelagat mereka dapat dilihat pada hari pertama itu. Ada yang gembira, menangis dan tidak kurang pula yang mendiamkan diri. Mereka juga ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing.
            Suasana pada pagi hari itu agak sibuk. Ada di antara ibu bapa atau penjaga yang berdiri menunggu anak, membayar yuran dan membeli peralatan sekolah yang perlu, termasuk buku dan alat tulis.
            Murid-murid tahun satu diarahkan supaya bersiri dalam barisan di tempat perhimpunan. Mereka kemudian diminta memasuki dewan untuk mendengar penerangan dan kata-kata nasihat daripada guru besar.
            Setelah selesai, mereka dibawa oleh guru kelas masing-masing berjalan di sekitar sekolah, termasuk pusat sumber, bilik komputer dan tandas. Tujuannya adalah agar mereka mengetahui tempat-tempat tersebut.
            Loceng dibunyikan. Murid-murid tahun satu dibenarkan pulang. Mereka kelihatan sungguh gembira. Namun ada segelintir murid yang masih bermuram kerana terpaksa ke sekolah lagi pada pagi esoknya.



3.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)

            Selepas UPSR, sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di sebuah hutan. Kamu telah menyertai perkhemahan itu. Gambarkan keadaan hutan yang kamu lihat.

            Pada hari pertama di tempat perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat dahsyat kurasakan. Aku berasa terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku yang serba mewah tetapi tinggal di hutan apa yang ada?
            Aku teringat kata-kata ayah sebelum menyertai perkhemahan ini. “Pergilah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman hidup berdikari.” Kata-kata ayah membuatku bersemangat untuk meneruskan perkhemahan.
            Teman-temanku makan dengan berselera tetapi aku hanya mampu mengisi perut ala kadar sahaja. Aku lebih senang duduk di atas sebatang kayu tumbang sambil memandang persekitaran. Di sekitar kulihat pokok-pokok cengal dan meranti sebesar sepemeluk menjulang tinggi bagai menyentuh awan.
            Siulan burung-burung hutan kudengar bersahut-sahutan. Demikian juga bunyi cengkerik. Aku kagum mendengar dan melihat keadaan hutan yang sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan aku berasa tenang sekalipun badan letih setelah seharian berkawad.
            Hutan di pinggir bukit itu kelihatan dijaga dengan rapi dan terpelihara. Kulihat kehijauan daun-daun pokoknya. Di sana-sini oula kelihatan daun-daun kering berguguran apabila ditiup angin.
            “Apa yang difikirkan tu?” tanya Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan lamunanku terhenti. Aku tersenyum sambil berkata,”Hutan ini perlu terus dipelihara.” Jamil mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kataku.





4.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)

Hujan turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu sudah selesai. Anda telah ketinggalan bassekolah. Tuliskan sebuah karangan tentang “Pengalaman Anda Ketinggalan Bas Sekolah”.

            Petang itu keadaan sungguh menakutkan. Petir sabung menyabung dengan tiupan angin kencang. Hujan pula turun semakin lebat. Suasana gelap seperti malam. Aku ke tandas untuk membuang air.
            Ramai kawan-kawanku telah pulang. Mereka dijemput oleh ibu bapa masing-masing. Aku masih belum pulang kerana menunggu bas sekolah. Malangnya ketika itu semua kawanku yang menaiki bas sudah tiada. Aku ketinggalan bas sekolah.
            Perasaanku semakin resah dan takut kerana aku keseorangan. Nasib baik pakcik jaga sekolahku masih ada. Aku berjumpa dengannya dan menceritakan apa yang telah berlaku.
            Beliau mententeramkan fikiranku dan berjanji akan menolong. Lega rasa hatiku. Jam tanganku menunjukkan hampir pukul lapan malam tetapi hujan masih juga tidak berhenti.
            Aku terfikir untuk menelefon jiranku. Aku segera meminta kebenaran pakcik jaga menggunakan telefon sekolah untuk menelefon jiranku. Masalahku hampir selesai. Bapaku akan datang mengambilku tidak lama lagi.
            Tidak lama kemudian bapaku sampai. Aku bersyukur kerana dapat pulang dengan selamat. Sesungguhnya pengalaman itu tidak dapat kulupakan.

18 comments:

  1. Contoh karangan ini amat berguna untuk murid-murid dan dapat menyumbangkan sedikit idea yang baik. Tahniah cikgu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu Hanim. Yang baik jadikan panduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harah lah panduan ini boleh di jadi teladan .Dan doa kan saye berjaya dlm percubaan esk...

      Delete
  3. terima kasih Cikgu Rohana kerana telah membekalkan saya ilmu yg secukupnya untuk menjawab soalan UPSR besok.Saya berharap cikgu mendoakan saya mendapat keputusan yg baik dlm UPSR iaitu 5A,Ameeen.... :)

    ReplyDelete
  4. thanks so much and what ever okey..

    ReplyDelete
  5. harap lah panduan ini boleh di jadi teladan .Dan doa kan saye berjaya dlm percubaan esk...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih cikgu. Mohon digunakan utk mengajar anak saya yg upsr pd tahun ini.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  8. Penat menulis karangan nak hantar Kat cikgu Mohd norr kalau Tak kene rotan dah lah Bulan puasa pagi pulak tu bangun pun terlewat 😢

    ReplyDelete
  9. MOhon gunakan bahan ye cikgu. Terima kasih

    ReplyDelete