CONTOH
KARANGAN CERITA UNTUK UPSR
1.MENYUDAH/MENGAKHIRI
CERITA
Aku
baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa membuang
masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan …
(Mulakan
karangan anda dengan “ Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang
mengadakan …”)
Tanpa membuang masa aku mengatur
langkah dan merancang mengadakan kutipan
dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum berbuat demikian,
aku dan Arni meminta persetujuan daripada guru besar.
Setelah memberitahu niat kami, guru
besar bukan sahaja bersetuju, malahan memuji langkah yang kami lakukan.
“Rancangan kamu bagus danperlu
disegerakan. Pihak guru dan kakitangan sekolah telah pun membuat derma kilat.
Memang baiklah kalau murid-murid sekolah ini turut serta,” kata Encik Tamrin.
Kata-kata guru besar itu merangsang
kami untuk membuat kutipan itu seberapa segera. Semasa membuat kutipan , kami
tidak menghadapi masalah. Semua murid memberi kerjasama.
Setelah mengira kutipan, kami
berjaya mengumpul sebanyak RM375.15. Wang yang diderma oleh murid-murid itu
kami serahkan kepada Encik Tamrin.
Sewaktu perhimpunan pagi, setelah
menyampaikan amanatnya, Encik Tamrin menyatakan sesuatu.
“Murid-murid hendaklah mencontohi
Adli dan Arni. Mereka adalah murid yang prihatin,” kata Encik Tamrin.
Aku dan Arni kemudian dipanggil ke
hadapan. Guru besar menyerahkan satu sampul surat kepadaku. Setelah itu Cikgu
Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan. Aku diminta menyampaikan sampul surat
itu.
Aku tidak dapat menahan kesedihan
apabila melihat air mata mengalir di pipi Cikgu Rasilah. Pada ketika itu
keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan mendoakan semoga roh suami Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan
orang-orang yang beriman.
2. MENYUDAHKAN
CERITA
Lengkapkan
perenggan ini sehingga menjadi sebuah cerita yang menarik.
Ibu bapaku telah meninggal dunia
sewaktu aku berusia tiga tahun. Mereka menemui ajal dalam tragedi kebakaran di
salah sebuah kilang di Petaling Jaya. Sebagai
anak yatim piatu aku dijaga……………..
(Mulakankarangan
anda dengan “Sebagai anak yatim piatu aku dijaga………”)
Sebagai nak yatim piatu aku dijaga
oleh nenek dan juga keluarga Pak Ngah. Nenekku menjagaku dengan penuh kasih
sayang. Begitu juga dengan Pak Ngah dan keluarganya. Mereka sering membawaku
melawat ke tempat-tempat peranginan dan bersejarah.
Aku mebesar seperti kanak-kanak yang
lain. Walaupun sesekali aku teringatkan ibu bapaku, aku dinasihati oleh nenek
supaya bersabar. Nenek pernah berkata,”Setiap yang hidup kan mati.”
Setelah usiaku menjangkau 15 tahun,
nenekku telah meninggal dunia. Aku terpaksa tinggal di rumah pak Ngah. Sejak
itu, kehidupanku berubah seperti kata orang,”Sekali air bah, sekali pantai
berubah”.
Aku sama sekali tidak menyanka sikap
Pak Ngah yang selama ini baik kepadaku berubah. Sungguhpun begitu , aku tetap
bersabar. Perasaan sedih yang kualami
kucurahkan kepada Cikgu Rahim, guru kelasku.
Oleh sebab aku tidak dapat
menahankan perasaan lagi, aku mengambil keputusan keluar dari rumah Pak Ngah.
Dengan persetujuan Pak Ngah juga, aku kemudian tinggal bersama Cikgu Rahim dan
isterinya.
Nasibku sungguh baik kerana Cikgu
Rahim dan isterinya menjagaku dengan baik. Aku diberi pendidikan yang cukup
sehingga berjaya ke menara gading. Kehidupanku bersama Cikgu Rahim dan
isterinya sungguh bahagia.
3.MENGAKHIRI
CERITA
Karangkan
sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.
…
aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.
Walaupun hidup susah, aku
menyanjungi sikap dan semangat bapaku. Bapaku tidak pernah mengalah. Dia
memegang prinsip “Mengapa aku tidak boleh jika orang lain boleh”. Oleh yang
demikian, bapaku sentiasa berusaha untuk memberi pendidikan kepadaku.
Aku dihantar ke sekolah Inggeris
sejak sekolah rendah. Walaupun tidak mampu, bapaku tetap berusaha. Bebanan
bapaku ringan sedikit apabila aku mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan
Pendidikan.
Semasa di sekolah menengah, aku
sekali lagi menghadapi kesulitan kewangan, terutama untuk membeli buku-buku
teks. Bapaku tidak mengalah, malahan terus berusaha bagi membiayai pelajaranku.
Akhirnya aku dapat juga belajar
sehingga tingkatan lima. Semasa di tingkatan lima, aku menghadapi masalah
besar. Bapaku tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.
Bapaku berusaha meminjam wang yang
diperlukan daripada saudara-mara tetapi tidak berjaya. Bapaku tidak berputus
asa. Dia kemudian berjumpa dengan tuan tanah tempat bapaku menoreh getah.
Setelah menceritakan kesulitan yang
dialami, tuan tanah itu dengan murah hati membayar wang peperiksaanku. Usaha
gigih bapa mendorongku belajar bersungguh-sungguh. Akhirnya aku mendapat kejayaan
dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.
4.MENGAKHIRI
CERITA
Karangkan
sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut :
( … kerana dapat berbudi kepada keluarga
kawanku.)
Pada cuti semester yang lalu, aku
pergi ke rumah kawanku. Rumah kawanku itu terletak di sebuah kampung nelayan.
Sungguh indah pemandangan kampung itu terutamanya pada waktu senja.
Bapa kawanku bekerja sebagai
nelayan. Setiap pagi dia turun ke laut menangkap ikan dan pulang pada waktu
petang bersama hasil tangkapan. Kadangkala tangkapannya banyak, manakala waktu
lain pula sedikit.
Pada suatu malam, badanku berasa
panas. Aku tidak dapat melelapkan mata, lalu aku bersantai di halaman rumah
kawanku itu. Tiupan angin laut membuatkan suasana di halaman rumah kawanku itu
dingin.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang
berbisik. Aku mendiamkan diri dan berasa takut. Sungguhpun begitu aku
mencari-cari arah bunyi suara bisikan itu. Tidak jauh dari tempatku duduk
kelihatan dua lembaga menghampiri motobot bapa kawanku.
Aku segera naik ke rumah dan
memberitahu apa yang kulihat itu kepada bapa kawanku. Dua lembaga itu
sebenarnya pencuri. Mereka telah ditangkap oleh bapa kawanku.
Bapa kawanku mengucapkan terima
kasih kepadaku. Aku sungguh gembira dan berbangga kerana dapat berbudi kepada
keluarga kawanku.
KARANGAN GAMBARAN
1.Kamu
sedang menunggu sahabat kamu Azrin di sebuah stesen bas. Sementara menunggu
sahabat kamu itu sampai, kamu memerhati suasana di stesen bas tersebut.
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan apa yang kamu lihat.
Perjanjianku dengan Azrin pada pukul
2.00 petang. Namun begitu kini sudah melewati 15 minit. Azrin belum juga
muncul. Perasaan resah dan cemas mula menghantui fikiranku.
Sementara menunggu Azrin tiba, tidak
jauh dari tempatku berdiri kelihatan penjual tiket bas haram dengan gelagatnya.
Laku juga tiket yang mereka jual sekalipun harganya lebih mahal.
Beberapa penjaja minuman dan makanan ringan pula sibuk
dengan tugas masing-masing. Mereka naik turun bas sambil menjaja. Walaupun
tindakan itu tidak dibenarkan, mereka tetap juga melakukannya.
Dua buah bas masuk ke kawasan
stesen. Belum sempat enjin bas itu dimatikan dan penumpang belum pun turun,
sekumpulan pemuda berebut-rebut menaiki bas itu. Ini menyebabkan berlaku
pertengkaran dan suasana bertukar menjadi riuh-rendah.
Di tempat lain pula, kelihatan
beberapa orang kanak-kanak membuang kertas pembungkus makanan dan tin minuman
kosong sesuka hati. Sekalipun beberapa buah tong sampah ada di sekitar stesen
bas itu, mereka tidak menggunakannya.
Tekakku sudah berasa kering. Perutku
pula mula berkeroncong kerana lapar. Aku bingkas bangun dari tempat dudukku ke
gerai berdekatan. Belum sempat aku membuat pesanan, aku terdengar ada orang
menyapa. Rupa-rupanya Azrin telahpun sampai.
2.KARANGAN GAMBARAN
Gambarkan
hari pertama persekolahan bagi murid
tahun satu di sekolah anda.
Persekolahan bagi sesi tahun ini
dibuka pada 3 Januari. Murid-murid tahun satu buat pertama kali memasuki alam
persekolahan. Mereka kelihatan kemas memakai pakaian seragam baru.
Pelbagai gelagat mereka dapat
dilihat pada hari pertama itu. Ada yang gembira, menangis dan tidak kurang pula
yang mendiamkan diri. Mereka juga ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing.
Suasana pada pagi hari itu agak
sibuk. Ada di antara ibu bapa atau penjaga yang berdiri menunggu anak, membayar
yuran dan membeli peralatan sekolah yang perlu, termasuk buku dan alat tulis.
Murid-murid tahun satu diarahkan
supaya bersiri dalam barisan di tempat perhimpunan. Mereka kemudian diminta
memasuki dewan untuk mendengar penerangan dan kata-kata nasihat daripada guru
besar.
Setelah selesai, mereka dibawa oleh
guru kelas masing-masing berjalan di sekitar sekolah, termasuk pusat sumber,
bilik komputer dan tandas. Tujuannya adalah agar mereka mengetahui tempat-tempat
tersebut.
Loceng dibunyikan. Murid-murid tahun
satu dibenarkan pulang. Mereka kelihatan sungguh gembira. Namun ada segelintir
murid yang masih bermuram kerana terpaksa ke sekolah lagi pada pagi esoknya.
3.KARANGAN
GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
Selepas UPSR, sekolah anda telah
mengadakan perkhemahan di sebuah hutan. Kamu telah menyertai perkhemahan itu.
Gambarkan keadaan hutan yang kamu lihat.
Pada hari pertama di tempat
perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat dahsyat kurasakan. Aku berasa
terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku yang serba mewah tetapi
tinggal di hutan apa yang ada?
Aku teringat kata-kata ayah sebelum
menyertai perkhemahan ini. “Pergilah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman
hidup berdikari.” Kata-kata ayah membuatku bersemangat untuk meneruskan
perkhemahan.
Teman-temanku makan dengan berselera
tetapi aku hanya mampu mengisi perut ala kadar sahaja. Aku lebih senang duduk
di atas sebatang kayu tumbang sambil memandang persekitaran. Di sekitar kulihat
pokok-pokok cengal dan meranti sebesar sepemeluk menjulang tinggi bagai
menyentuh awan.
Siulan burung-burung hutan kudengar
bersahut-sahutan. Demikian juga bunyi cengkerik. Aku kagum mendengar dan
melihat keadaan hutan yang sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan aku berasa
tenang sekalipun badan letih setelah seharian berkawad.
Hutan di pinggir bukit itu kelihatan
dijaga dengan rapi dan terpelihara. Kulihat kehijauan daun-daun pokoknya. Di
sana-sini oula kelihatan daun-daun kering berguguran apabila ditiup angin.
“Apa yang difikirkan tu?” tanya
Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan lamunanku terhenti. Aku tersenyum sambil
berkata,”Hutan ini perlu terus dipelihara.” Jamil mengangguk tanda bersetuju
dengan kata-kataku.
4.KARANGAN
GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
Hujan
turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu sudah selesai. Anda
telah ketinggalan bassekolah. Tuliskan sebuah karangan tentang “Pengalaman Anda
Ketinggalan Bas Sekolah”.
Petang itu keadaan sungguh
menakutkan. Petir sabung menyabung dengan tiupan angin kencang. Hujan pula
turun semakin lebat. Suasana gelap seperti malam. Aku ke tandas untuk membuang
air.
Ramai kawan-kawanku telah pulang.
Mereka dijemput oleh ibu bapa masing-masing. Aku masih belum pulang kerana
menunggu bas sekolah. Malangnya ketika itu semua kawanku yang menaiki bas sudah
tiada. Aku ketinggalan bas sekolah.
Perasaanku semakin resah dan takut
kerana aku keseorangan. Nasib baik pakcik jaga sekolahku masih ada. Aku
berjumpa dengannya dan menceritakan apa yang telah berlaku.
Beliau mententeramkan fikiranku dan
berjanji akan menolong. Lega rasa hatiku. Jam tanganku menunjukkan hampir pukul
lapan malam tetapi hujan masih juga tidak berhenti.
Aku terfikir untuk menelefon
jiranku. Aku segera meminta kebenaran pakcik jaga menggunakan telefon sekolah
untuk menelefon jiranku. Masalahku hampir selesai. Bapaku akan datang
mengambilku tidak lama lagi.
Tidak lama kemudian bapaku sampai.
Aku bersyukur kerana dapat pulang dengan selamat. Sesungguhnya pengalaman itu
tidak dapat kulupakan.
Contoh karangan ini amat berguna untuk murid-murid dan dapat menyumbangkan sedikit idea yang baik. Tahniah cikgu.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu Hanim. Yang baik jadikan panduan.
ReplyDeleteharah lah panduan ini boleh di jadi teladan .Dan doa kan saye berjaya dlm percubaan esk...
Deleteterima kasih Cikgu Rohana kerana telah membekalkan saya ilmu yg secukupnya untuk menjawab soalan UPSR besok.Saya berharap cikgu mendoakan saya mendapat keputusan yg baik dlm UPSR iaitu 5A,Ameeen.... :)
ReplyDeletethanks so much and what ever okey..
ReplyDeleteharap lah panduan ini boleh di jadi teladan .Dan doa kan saye berjaya dlm percubaan esk...
ReplyDeleteTahniah Graduan UPSI...
ReplyDeleteterima kasih cikgu..
ReplyDeleteterima kasih cikgu..
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Mohon digunakan utk mengajar anak saya yg upsr pd tahun ini.
ReplyDelete👍👍👍
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTerima kasih cikgu
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeletetq cikgu
ReplyDeletePenat menulis karangan nak hantar Kat cikgu Mohd norr kalau Tak kene rotan dah lah Bulan puasa pagi pulak tu bangun pun terlewat 😢
ReplyDeleteLaaa Saya pun same
DeleteMOhon gunakan bahan ye cikgu. Terima kasih
ReplyDelete