KATA HUBUNG
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabung
perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu;
(a) kata hubung gabungan.
(b) kata hubung pancangan.
(c) kata hubung berpasangan.
3.Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh |
Ayat Contoh |
agar |
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera. |
apabila |
Mukanya pucat apabila disoal. |
atau |
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. |
bahawa |
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. |
dan |
Leela dan kawannya berbual hingga larut malam. |
hingga |
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. |
Jika |
Saya berpayung jika hujan. |
Jikalau |
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. |
kecuali |
Semua murid Nadir kecuali Gopal. |
kerana |
Aini menangis kerana terlalu sedih. |
lalu |
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. |
manakala |
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. |
sambil |
Zalifah bernyanyi sambil menari. |
serta |
Zahid serta abangnya menonton wayang. |
semenjak |
Saya berkawan dengannya semenjak kecil. |
sementara |
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. |
sungguhpun |
Sungguhpun buta, orang itu mampu berdikari. |
supaya |
Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai. |
walaupun |
Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu. |
tetapi |
Badannya besar tetapi penakut. |
Kata Hubung Berpasangan
Contoh |
Ayat Contoh |
Baik.. mahupun |
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong-royong
membersihkan balai raya itu. |
Baik.. baik |
Baik Daud baik adiknya sama-sama pintar. |
bukan sahaja.. malah |
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah. |
Entah.. entah |
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak. |
Jangan.. pun |
Jangankan sepulluh ringgit, seringgit pun dia tidak ada. |
Kian.. kian |
Kian lama kian banyak orang yang ke sana. |
Sama ada.. ataupun |
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke
sekolah. |
sedangkan.. inikan pula |
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit
Larut. |
semakin.. semakin |
Encik Azreen semakin kaya semakin pemurah. |
sungguhpun.. tetapi |
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari. |
walaupun.. namun |
Walaupun cacat namun Hamid rajin berusaha. |
2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
Dan
|
hingga
|
lalu
|
ketika
|
Dengan
|
yang
|
tetapi
|
jika
|
kerana
|
serta
|
kalau
|
kemudian
|
demikian
|
walhal
|
walau
|
agar
|
atau
|
demi
|
supaya
|
.
|
3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasa
|
sementara
|
seharusnya
|
andaikata
|
semoga
|
seketika
|
sebaliknya
|
sedangkan
|
setelah
|
walaupun
|
meskipun
|
mudah-mudahan
|
sesungguhnya
|
sewaktu
|
sekalipun
|
moga-moga
|
itupun
|
seandainya
|
jikalau
|
bagaimanapun
|
padahal
|
.
|
.
|
.
|
Contoh ayat
1. menggabungkan dua ayat
Azahar dan Annuar pergi bercuti ke Pulau Pinang.
2. menggabungkan dua rangkai kata
Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.
Tq.this must be help me a lot
ReplyDelete