MEMBINA
SOALAN
1. Misya telah bercadang melanjutkan
pelajaran di luar negara pada tahun hadapan.
A
Mengapakah Misya hendak belajar di laur negara pada tahun hadapan?
B
Bilakah Misya hendak melanjutkan pelajaran di luar negara?
C
Apakah cadangan Misya yang berada di luar negara pada tahun hadapan?
D
Siapakah yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun
hadapan?
2. Kompang selalu dipalu di majlis-majlis
perkahwinan orang Melayu.
A
Di manakah kompang selalu dipalu?
B
Apakah alat muzik yang selalu dipalu di majlis perkahwinan orang Melayu?
C
Mengapakah kompang selalu dipalu di majlis perkahwinan orang Melayu?
D
Siapakah yang selalu memalu kompang di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu?
3. Enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan kerana
telah dimasuki air.
A
Bilakah enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan?
B
Bagaimanakah enjin motobotnya dapat dihidupkan?
C
Adakah enjin motobotnya dapat dihidupkan?
D
Mengapakah enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan?
4.
Pakaian mangsa-mangsa pelarian perang itu
kelihatan compang-camping dan lusuh.
A
Siapakah yang memakai pakaian yang compang-camping dan lusuh?
B
Mengapakah pakaian mangsa-mangsa pelarian itu compang-camping dan lusuh?
C
Bagaimanakah pakaian mangsa-mangsa pelarian perang itu?
D
Di manakah pakaian compang-camping mangsa-mangsa pelarian perang itu?
5. Kehijauan hutan hujan tropika merupakan
tarikan utama pelancong ke Sabah.
A
Bagaimanakah keadaan hutan hujan tropika di Sabah?.
B
Apakah yang menjadi tarikan utama pelancong ke Sabah?
C
Siapakah yang tertarik oleh kehijauan hutan hujan tropika di Sabah?
D
Bilakah pelancong melawat hutan hujan tropika di Sabah?
6. Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR
untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.
A
Mengapakah Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
B
Di manakah Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
C
Berapakah bilangan peserta yang mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
D
Bilakah Firdaus akan mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
7. Saya tinggal di Kampung Medan.
A
Di manakah kamu tinggal? C Apakah keunikan Kampung Medan?
B
Siapakah yang tinggal di Kampung Medan? D
Bilakah kamu akan ke Kampung Medan?
8. Ya, saya pernah tinggal di Melaka.
A
Di manakah kamu tinggal? C Pernahkah kamu tinggal di Melaka?
B
Siapakah yang menemani kamu ke Melaka? D Adakah negeri Melaka negeri yang indah?
9. Setiap pelajar perlu yakin dan tekun jika
ingin cepat pandai.
A
Apakah sifat yang perlu ada pada pelajar? C Adakah setiap pelajar
perlu tekun dan rajin?
B
Bagaimanakah sifat pelajar yang baik? D Apakah sifat yang perlu ada pada setiap
pelajar jika
ingin cepat pandai?
10. Sikap
kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan.
A
Kenapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut
diamalkan?
B
Kepada siapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut
diamalkan?
C
Apakah sikap yang tidak patut diamalkan antara satu sama lain?
D
Apakah hukuman jika kita kata-mengata antara satu sama lain?
11. Budak-budak
itu menunggang basikal bersaing-saing sambil bersiul.
A
Apakah yang dilakukan oleh budak-budak itu?
B
Apakah yang ditunggang oleh budak-budak itu sambil bersiul?
C
Bagaimanakah perasaan budak-budak itu?
D
Di manakah budak-budak itu berada?
12. Banyak bangunan lama di bandar raya Kuala Lumpur dicat
menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
A Bilakah bangunan-bangunan lama
itu dicat?
B Bilakah sambutan Hari
Kebangsaan?
C Mengapakah banyak bangunan lama itu dicat?
D Mengapakah banyak bangunan
lama di bandar raya Kuala Lumpur
dicat menjelang sambutan Hari
Kebangsaan?
13. Azmi akan menyambut hari jadinya pada
minggu hadapan.
A Mengapakah Azmi menyambut hari
jadinya?
B Bilakah hari jadi Azmi?
C Bilakah Azmi akan menyambut
ulang tahun hari kelahirannya?
D Apakah rancangan Azmi pada
minggu hadapan?
14. Perompak itu dijatuhkan hukuman penjara
selama lima
tahun.
A Bagaimanakah perompak itu
dijatuhkan hukuman?
B Siapakah yang menjatuhkan
hukuman terhadap perompak itu?
C Apakah hukuman yang dijatuhkan
terhadap perompak itu?
D Mengapakah terhadap perompak
itu dijatuhkan hukuman penjara?
10. Sikap
kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan.
A
Kenapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut
diamalkan?
B
Kepada siapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut
diamalkan?
C
Apakah sikap yang tidak patut diamalkan antara satu sama lain?
D
Apakah hukuman jika kita kata-mengata antara satu sama lain?
11. Budak-budak
itu menunggang basikal bersaing-saing sambil bersiul.
A
Apakah yang dilakukan oleh budak-budak itu?
B
Apakah yang ditunggang oleh budak-budak itu sambil bersiul?
C
Bagaimanakah perasaan budak-budak itu?
D
Di manakah budak-budak itu berada?
12. Banyak bangunan lama di bandar raya Kuala Lumpur dicat
menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
A Bilakah bangunan-bangunan lama itu dicat?
B Bilakah sambutan Hari
Kebangsaan?
C Mengapakah banyak bangunan
lama itu dicat?
D Mengapakah banyak bangunan
lama di bandar raya Kuala Lumpur
dicat menjelang sambutan Hari
Kebangsaan?
13. Azmi akan menyambut hari jadinya pada
minggu hadapan.
A Mengapakah Azmi menyambut hari
jadinya?
B Bilakah hari jadi Azmi?
C Bilakah Azmi akan menyambut
ulang tahun hari kelahirannya?
D Apakah rancangan Azmi pada
minggu hadapan?
14. Perompak itu dijatuhkan hukuman penjara
selama lima
tahun.
A Bagaimanakah perompak itu
dijatuhkan hukuman?
B Siapakah yang menjatuhkan
hukuman terhadap perompak itu?
C Apakah hukuman yang dijatuhkan
terhadap perompak itu?
D Mengapakah terhadap perompak
itu dijatuhkan hukuman penjara?
15. Dikir
barat, boria, dan ghazal adalah antara kesenian tradisional yang terkenal di
negara kita.
A
Dari manakah kesenian tradisional yang terkenal di negara kita berasal?
B
Di negeri manakah kesenian dikir barat, boria, dan ghazal terkenal di
negara kita?
C
Apakah antara kesenian tradisional yang terkenal di negara kita?
D
Pihak manakah yang bertanggungjawab mengekalkan kesenian tradisional di
negara kita?
16. Gajah
semakin diancam kepupusan akibat aktiviti pembukaan hutan, pertanian,
pembalakan, dan pembukaan
jalan raya.
A
Di kawasan manakah kita dapat melihat gajah yang diancam kepupusan?
B
Apakah factor yang menyebabkan gajah semakin diancam kepupusan?
C
Adakah gajah di negara kita semakin diancam kepupusan?
D
Bilakah gajah mula diancam kepupusan?
17. Cara penjagaan gigi yang betul dapat
mengelakkan penyakit gusi.
A Bagaimanakah cara untuk
mengelakkan penyakit gusi?
B Mengapakah penyakit gusi perlu
dielakkan?
C Adakah terdapat cara penjagaan
gigi yang betul untuk mengelakkan penyakit gusi?
D Apakah penjagaan gig yang
betul?
18. Pihakl muzium terpaksa merahsiakan
kawasan penemuan khazanah purba itu untuk mengelakkan kecurian.
A Siapakah yang merahsiakan
kawasan penemuan khazanah purba itu?
B Adakah pihak muzium
merahsiakan kawasan penemuan khazanah purba itu?
C Mengapakah pihak muzium terpaksa
merahsiakan kawasan penemuan khazanah purba itu?
D Bagaimanakah cara pihak muzium
merahsiakan kawasan penemuan khazanah purba itu?
19. Warga tua dapat memberi sumbangan untuk
membendung masalah remaja kini dengan memberi Pendidikan
dari
segi agama, budaya, dan sosial.
A Bagaimanakah warga tua dapat
memberi sumbangan untuk membendung masalah remaja kini?
B Siapakah yang dapat memberi
sumbangan untuk membendung maslah remaja kini?
C Bilakah warga tua dapat
memberi pendidikan kepada remaja kini?
D Benarkah warga tua dapat
memberi sumbangan kepada remaja?
20. Mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan ke
kawasan yang lenih selamat.
A Bagaimanakah mangsa-mangsa
banjir itu dipindahkan?
B Ke manakah mangsa-mangsa
banjir itu dipindahkan?
C Bilakah mangsa-mangsa banjir
itu dipindahkan?
D Mengapakahkah mangsa-mangsa
banjir itu perlu dipindahkan?
21. Punca keruntuhan moral ialah kurangnya
didikan agama dan kasih sayang.
A
Apakah punca keruntuhan moral?
B
Siapakah yang kurang mendapat kasih sayang?
C
Apakah kesannya jika seseorang itu kurang didikan agama?
D
Mengapakah didikan agama dan kasih saying penting?
22. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh
Guru Besar.
A Kepada
siapakah Guru Besar menyampaikan hadiah?
B Siapakah
yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang?
C
Apakah hadiah yang diberikan oleh Guru Besar kepada para pemenang?
D
Berapa orang pemenangkah yang menerima hadiah daripada Guru Besar?
23. Kempen
Menabung itu dilancarkan di sebuah bank terkemuka.
A
Apakah tujuan Kempen Menabung itu dilancarkan?
B
Pihak manakah yang melancarkan Kempen Menabung itu?
C
Mengapakah bank terkemuka itu melancarkan Kempen Menabung?
D
Di manakah kempen menabung itu dilancarkan?
24. Saya
akan membuktikan bahawa saya sama sekali todak bersalah dalam perkara ini.
A
Bagaimanakah kamu dapat membuktikan bahawa kamu tidak akan bersalah?
B
Apakah yang akan kamu lakukan?
C
Mengapakah kamu hendak membuktikan bahawa kamu tidak bersalah?
D
Siapakah yang akan membuktikan bahawa kamu tidak bersalah?
25. Hukuman yang berat akan dikenakan oleh
kerajaan terhadap pihak yang terlibat mencemarkan udara.
A
Di manakah berlakunya pencemaran udara?
B
Bagaimanakah langkah kerajaan untuk mengawal pencemaran udara?
C
Apakah yang menyebabkan pencemaran udara?
D
Mengapakah pencemaran udara perlu dikawal?
26. Setiap hari saya menelaah pelajaran selama
lima jam di
rumah.
A
Mengapakah anda mendapat keputusan yang cemerlang?
B
Bilakah anda selalu menelaah pelajaran?
C
Apakah rahsia kejayaan cemerlang anda dalam pelajaran?
D
Siapakah yang mendorong anda hingga mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran?
27. Bandar
raya Kuala Lumpur
dihias indah menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
A
Mengapakah bandar raya Kuala
Lumpur dihiasi indah?
B
Mengapakah bandar raya Kuala Lumpur
dihiasi indah menjelang Hari kebangsaan?
C Bilakah bandar raya Kuala Lumpur dihiasi indah?
D
Bagaimanakah keadaan bandar raya Kuala
Lumpur setelah dihias?
28. Perniagaannya
semakin maju kerana Murad seorang pemuda yang rajin dan gigih.
A
Siapakah yang rajin dan gigih berusaha?
B
Siapakah yang semakin maju?
C
Bilakah perniagaan Murad semakin maju?
D
Mengapakah perniagaan Murad semakin maju?
29. Sudah
tentu. Saya pun memang hendak ke pasar.
A Bilakah kamu hendak ke pasar?
B
Siapakah yang hendak ke pasar?
C
Bagaimanakah awak hendak menghantar saya ke pasar?
D
Bolehkah kamu menghatra saya ke pasar?
30. Kita
dapat melihat pelbagai jenis buku di dalam perpustakaan.
A Siapakah yang dapat melihat
pelbagai jenis buku di perpustakaan?
B
Bolehkah kita melihat pelbagai jenis buku di perpustakaan?
C
Bagaimanakah kita dapat melihat buku di perpustakaan?
D
Apakah yang dapat kita lihat di dalam perpustakaan?
31. Saya
menerima hadiah hari jadi ini daripada ibu Nasuha.
A
Daripada siapakah awak menerima hadiah hari jadi itu?
B
Untuk siapakah hadiah hari jadi itu?
C
Bagaimanakah awak menerima hadiah hari jadi itu?
D
Bilakah awak menerima hadiah hari jadi daripada ibu Nasuha?
32. Sarawak
ialah negeri yang terbesar di Malaysia.
A Apakah negeri yang terbesar di
Malaysia?
B Siapakah negeri yang terbesar
di Malaysia?
C Sarawak negeri yang terbesar di Malaysia?
D Bagaimanakah Sarawak negeri
yang terbesar di Malaysia?
33. Nurul pelajar yang cerdik. Dia sentiasa
mendapat keputusan yang cemerlang.
A Sejak bilakah Nurul cemerlang
dalam peperiksaan?
B Siapakah yang mendapat keputusan
cemerlang?
C Benarkah Nurul pelajar yang
cerdik?
D Mengapakah Nurul cerdik?
34. Ibu Dayang berasal dari Brunei.
A Siapakah ibu Dayang?
B Ke manakah ibu Dayang?
C Dari manakah ibu Dayang
berasal?
D Bagaimanakah ibu Dayang
berasal dari Brunei?
35. Dia
dapat memulakan perniagaannya dengan mencagar tanah kebunnya.
A
Bolehkah dia memulakan perniagaan nya dengan mencagar tanah kebunnya itu?
B
Bilakah dia memulakan perniagaannya?
C
Siapakah yang memulakan perniagaan dengan mencagar tanahnya itu?
D
Bagaimanakah dia memperoleh wang untuk memulakan perniagaannya?
36. Amira
sanggup bergolok gadai untuk menyekolahkan anaknya.
A
Apakah yang dilakukan oleh Amira?
B
Bagaimanakah Amira menyekolahkan anak-anaknya?
C
Mengapakah Amira sanggup bergolok gadai?
D
Adakah Amira bergolok gadai untuk menyekolahkan anak-anaknya?
37. Saya datang ke sini dengan menumpang
kereta kawan ayah saya.
A Dengan siapakah kamu datang?
B Apakah kenderaan yang kamu
naik?
C Bagaimanakah kamu datang ke
sini?
D Kereta siapakah yang kamu
tumpang?
38. Majlis hari lahir adik saya ditunda pada
minggu hadapan.
A Bilakah majlis hari lahir adik
awak?
B Mengapakah majlis hari lahir
adik awak ditunda?
C Di manakah majlis hari lahir
adik awak diadakan?
D Mengapakah majlis hari lahir
adik awak dibatalkan?
39. Bunga-bunga yang telah digubah ini akan
dihantar ke Hotel Intan.
A Mengapakah
bunga-bunga ini digubah?
B Adakah bunga ini telah
ditempah?
C Apakah yang akan dilakukan
dengan bunga yang digubah ini?
D Siapakah yang memesan
bunga-bunga ini?
40. Sejak
semalam dia asyik menangis, puas saya pujuk tapi dia enggan berhenti.
A
Mengapakah awak tidak memujuknya?
B
Sejak bilakah dia menangis?
C
Siapakah dia yang menangis itu?
D
Di manakah dia telah menangis?
41. Saya
berazam akan meneruskan kerjaya sebagai penulis selagi terdaya.
A
Kenapa saudara memilih bidang ini?
B
Adakah saudara akan terus berkecimpung dalam bidang penulisan?
C
Apakah azam saudara dalam bidang penulisan?
D
siapakah yang mendorong saudara menjadi penulis?
42. Kereta itu berpusing-pusing kemudian
terbabas ke dalam parit.
A Adakah kereta itu berpusing?
B Mengapakah kereta itu
berpusing-pusing?
C Apakah yang berlaku kepada
kereta itu?
D Bagaimanakah keadaan kereta
itu?
43. Pendaki terpaksa menempuh jalan yang
licin dan curam untuk sampai ke puncak Gunung Tahan.
A Mengapakah pendaki menghadapi
masalah?
B Bagaimanakah pendaki sampai ke
puncak Gunung Tahan?
C Siapakah yang menghadapi masalah ke Gunung Tahan?
D Apakah masalah yang dihadapi
oleh pendaki Gunung Tahan?
44. Mereka menggunakan jambatan gantung itu
untuk menyeberangi Sungai Jelai.
A Mengapakah mereka menyeberangi
Sungai Jelai?
B Siapakah yang menggunakan
jambatan gantung itu?
C Bagaimanakah
mereka menyeberangi Sungai Jelai itu?
D Bilakah mereka menggunakan
jambatan gantung itu?
45. Negeri sembilan sangat terkenal kerana
mengamalkan tradisi adat pepatih.
A Apakah yang menyebabkan Negeri
sembilan terkenal?
B Siapakah
yang membawa tradisi adat pepatih di Negeri Sembilan?
C Apakah keunikan tradisi adat
pepatih yang diamalkan di Negeri Sembilan?
D Dari manakah tradisi adat
pepatih berasal?
46. Pesta
Keseniaan Asia itu akan diadakan di Istana Budaya.
A
Siapakah yang akan merasmikan Pesta Kesenian Asia itu?
B
Mengapakah Pesta Kesenian Asia itu diadakan?
C
Di manakah Pesta Kesenian Asia itu akan diadakan?
D
Pihak manakah yang menganjurkan Pesta Kesenian Asia itu?
47. Kaum Bajau yang tinggal di Kota Belud sangat cekap
menunggang kuda.
A Mengapakah kaum Bajau sangat
cekap menunggang kuda?
B Apakah keistimewaan kaum Bajau
yang tinggal di Kota Belud?
C Di manakah biasanya kaum Bajau
ditemui di Sabah?
D Apakah haiwan yang biasanya
ditunggang oleh kaum Bajau?
48. Nazrin pergi ke bank untuk
mengemaskinikan buku simpanannya.
A Nazrin pergi ke bank?
B Sudah berapa lamakah Nazrin
pergi ke bank?
C Dengan siapakah Nazrin pergi
ke bank?
D Apakah tujuan Nazrin pergi ke
bank?
49. Peserta perkhemahan itu sedang melakukan
aktivti burung hantu.
A Di manakah aktiviti burung
hantu itu diadakan?
B Menarikkah aktiviti burung
hantu itu ?
C Apakah yang sedang dilakukan
peserta perkhemahan itu?
D Berapa lamakah aktiviti burung
hantu itu diadakan?
50. Sidang akhbar Hidupan burung 2004 itu
diadakan bagi menyedarkan masyarakat tentang menjaga kebajikan
burung.
A Di manakah sidang akhbar
Hidupan Burung 2004 itu diadakan?
B Pihak manakah yang
menganjurkan sidang akhbar Hidupan Burung 2004?
C Apakah tujuan sidang akhbar
Hidupan Burung 2004?
D Bagaimanakah perjalanan sidang akhbar Hidupan Burung 2004?
51. Pameran produk baru tembikar itu diadakan
di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
A
Bilakah pameran produk baru tembikar itu diadakan?
B
Berapakah bayaran masuk untuk menyaksikan pameran produk baru tembikar
itu?
C
Di manakah pameran produk baru tembikar itu diadakan?
D
Mengapakah pameran produk baru tembikar itu diadakan?
52. Buluh
banyak digunakan dalam industri pembuatan seperti bakul sayur dan kertas.
A
Apakah kegunaan buluh dalam industri pembuatan?
B Di
manakah buluh biasanya tumbuh?
C
Adakah industri pembuatan banyak menggunakan buluh?
D
Berapakah harga bakul sayur yag diperbuat daripada buluh?
53. Pada
masa kini arang digunakan untuk membakar sate.
A
Mengapakah arang digunakan semasa membakar sate?
B
Di manakah arang banyak diperoleh untuk membakar sate?
C
Apakah kegunaan arang pada masa kini?
D
Siapakah yang membakar sate itu?
54.
Dahulu, manusia menggunakan bulu burung, kalam
batu, berus, dan kapur untuk menulis.
A
Bilakah alat tulis mula dicipta manusia?
B
Apakah yang digunakan manusia dahulu untuk menulis?
C
Mengapakah manusia mencipta alat tulis?
D
Bagaimanakah alat tulis dicipta manusia?
55. Unit
Pelancongan Malaysia
ditubuhkan pada bulan Februari 1988.
A
Sejak bilakah Unit Pelancongan Malaysia ditubuhkan?
B
Mengapakah Unit Pelancongan Malaysia ditubuhkan?
C
Bilakah Unit Pelancongan Malaysia
ditubuhkan?
D
Apakah unit yang baru-baru ini ditubuhkan?
56. Dia
tidak mengakui kesalahannya.
A
Mengapakah kesalahan itu tidak diakuinya?
B
Bagaimanakah pengakuannya terhadap kesalahannya?
C
Adakah dia tidak bersalah dalam kejadian itu?
D
Benarkah dia tidak mengakui kesalahannya?
57. Mereka
berkhemah di Pulau Ketam.
A
Mengapakah mereka pergi ke Pulau Ketam?
B
Di manakah mereka berkhemah?
C
Adakah mereka berkhemah di Pulau Ketam?
D
Siapakah mereka?
58. Pertunjukan itu diadakan untuk mengutip
derma.
A
Adakah pertunjukan itu akan diadakan?
B
Di manakah pertunujukan itu akan diadakan?
C
Bagaimanakah pertunjukan itu diadakan?
D
Mengapakah pertunjukan itu diadakan?
59. Kelab
Alam Sekitar sekolah akan melawat Taman Negara
pada hari Sabtu depan.
A
Mengapakah Kelab Alam Sekitar sekolah akan melawat Taman Negara?
B
Bilakah Kelab Alam Sekitar sekolah akan berkunjung ke Taman Negara?
C
Apakah tujuan Kelab Alam Sekitar sekolah melawat Taman Negara?
D
Bagaimanakah anggota Kelab Alam Sekitar sekolah menghabiskan masa lapang
pada hari Sabtu?
60. Sebelum
ke hospital, kami ke Restoran Permai di Jalan Ipoh.
A
Ke manakah mereka hendak pergi?
B
Bilakah kamu akan ke Restoran Permai?
C
Kamu ke mana tadi sebelum ke hospital?
D
Adakah kamu akan ke hospital?
61. Ya,
pasukan negara kita berjaya memasuki pertandingan akhir itu.
A
Adakah pasukan negara kita berjaya memasuki pertandingan akhir bola
sepak itu?
B
Pasukan dari manakah yang berjaya memasuki pertandingan akhir?
C
Bagaimanakah keputusan pasukan negara kita?
D
Bilakah pertandingan akhir akan diadakan?
62. Tidak lama, lebih kurang sepuluh minit
lagi majlis itu akan dimulakan.
A Pada pukul berapakah majlis
itu akan dimulakan?
B Lambat lagikah majlis itu akan
dimulakan?
C Siapakah yang akan merasmikan
pembukaan majlis itu?
D Mengapakah majlis itu belum
dimulakan?
63. Kebakaran itu berlaku tengah hari tadi.
Ketika itu penghuni rumah tersebut berada di tempat kerja.
A Bagaimanakah kebakaran itu
boleh berlaku?
B Apakah yang berlaku tengah hari
tadi?
C Bilakah kebakaran itu berlaku?
D Apakah punca kebakaran itu?
64. Kemalangan itu berlaku sebagai akibat
kecuaian pemandu kereta biru itu.
A Di manakah kemalangan itu
berlaku?
B Siapakah yang terlibat dalam
kemalangan itu?
C Apakah punca kemalangan itu
berlaku?
D Bagaimanakah keadaan mangsa kemalangan
itu?
65. Ayah
saya berada dalam keadaan sihat sejahtera.
A
Bagaimanakah kesihatan ayah saya?
B
Di manakah ayah kamu berada?
C
Ayah kamu apa khabar?
D
Mengapakah ayah kamu berada di situ?
66. “Wanita
yang bersanggul itu ibu saya,” kata Jaja.
A
Siapakah wanita yang bersanggul itu?
B
Kenapakah wanita yang bersanggul itu ibu awak?
C
Di manakah wanita yang bersanggul itu ibu awak?
D
Bagaimanakah wanita yang bersanggul itu ibu awak?
67. Pertandingan Panjang Akal itu akan
diadakan di Stadium Merdeka.
A Bilakah pertandingan Panjang
Akal itu akan diadakan?
B Siapakah yang menganjurkan
pertandingan Panjang Akal?
C Siapakah peserta pertandingan
Panjang Akal?
D Di manakah pertandingan Panjang Akal itu akan
diadakan?
68. Rendang yang sedap ini dimasak oleh mak
cik saya.
A Di manakah rendang itu dimasak?
B Bagaimanakah mak cik memasak
rendang itu?
C Siapakah yang memasak rendang
yang sedap itu?
D Kenapakah mak cik memasak
rendng yang sedap itu?
69. Rumah-rumah setinggan itu akan
dirobohkan dengan menggunakan jentolak.
A Benarkah rumah-rumah setinggan
itu akan dirobohkan?
B Bagaimanakah rumah-rumah
setinggan itu akan dirobohkan?
C Mengapakah rumah-rumah
setinggan itu akan dirobohkan?
D Bilakah rumah-rumah setinggan
itu akan dirobohkan?
70. Sektor
pelancongan amat penting sebagai penggerak ekonomi negara.
A
Benarkah sektor pelancongan ialah penggerak ekonomi negara?
B
Bagaimanakah sektor pelancongan boleh
menggerakkan ekonomi negara?
C
Mengapakahkah sektor pelancongan amat penting kepada negara?
D
Bilakah sektor pelancongan amat penting kepada negara?
71. “Tidak,
saya tidak pernah menghalang anak-anak saya menceburi bidang sukan,” kata Puan
Ani.
A
“Mengapakah puan menghalang anak-anak puan menceburi bidang sukan,”
tanya Ajai?
B
“Betulkah anak-anak puan tidak berminat menceburi bidang sukan,” tanya
Ajai?
C
“Adakah puan menghalang anak-anak puan menceburi bidang sukan,” tanya
Ajai?
D
“Siapakah yang menggalakkan anak-anak puan menceburi bidang sukan,”
tanya Ajai?
72. David tidak disukai oleh penduduk kampung
kerana dia suka melakukan perkara yang tidak berfaedah.
A Mengapakah David suka
melakukan perkara yang tidak berfaedah?
B Mengapakah penduduk kampung tidak
suka David melakukan perkara yang tidak berfaedah?
C Mengapakah David sangat
ditakuti oleh penduduk kampung?
D Mengapakah David tidak disukai
oleh penduduk kampung?
73. Jamuan makan malam ini ialah anjuran
Persatuan Bekas Pelatih Maktab Perguruan Kinta, Ipoh.
A Bilakah jamuan makan malam ini
akan diadakan?
B Mengapakah Persatuan Bekas
Pelatih Maktab Perguruan Kinta menganjurkan jamuan makan malam ini?
C Siapakah penganjur majlis
jamuan makan malam ini?
D Di manakah majlis jamuan makan
malam ini akan diadakan?
74. “Kejadian tanah runtuh itu berpunca
daripada sikap pemaju perumahan yang tidak mementingkan kehijauan
alam
sekitar,” tegas menteri itu.
A “Apakah punca kejadian tanah
runtuh berlaku?” tanya wartawan.
B “Bagaimanakah cara hendak
menghalang kejadian tanah runtuh?” tanya wartawan itu.
C “Siapakah
yang menyebabkan kejadian tanah runtuh?” tanya wartawan itu.
D “Bilakah kejadian tanah runtuh
berlaku?” tanya wartawan itu.
75. Sambutan Hari Kebangsaan peringkat
negeri Perak akan diadakan di daerah Hilir Perak.
A Bilakah sambutan Hari
Kebangsaan peringkat negeri Perak akan diadakan?
B Mengapakah daerah Hilir Perak
dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri
Perak?
C Apakah acara yang akan
diadakansempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak?
D Di manakah sambutan Hari
Kebangsaan peringkat negeri Perak akan diadakan?
76. Halim menggunakan buku dan kamus untuk
membuat rujukan.
A
Apakah yang digunakan oleh Halim untuk membuat rujukan?
B
Mengapakah Halim menggunakan buku dan kamus untuk membuat rujukan?
C
Pukul berapakah Halim membuat rujukan?
D Adakah Halim menggunakan buku dan kamus untuk
membuat rujukan?
77. Penampilan diri yang baik dan bersopan perlu
ada pada seseorang penyambut tetamu.
A Apakah yang perlu ada pada seseorang penyambut
tetamu?
B Mengapakah
seseorang penyambut tetamu perlu mempunyai penampilan diri yang baik dan
bersopan?
C
Bagaimanakah penampilan diri seseorang penyambut tetamu?
D Adakah penampilan diri yang
baik dan bersopan perlu ada pada seseorang penyambut tetamu?
78. Berita
itu tersebar luas setelah disiarkan di dalam akhbar.
A
Mengapakah berita itu boleh tersebar?
B
Bagaimanakah berita itu tersebar luas?
C
Siapakah yang menyebarkan berita itu?
D
Apakah berita yang disebarkan di dalam akhbar?
79.
Penagih dadah itu dijatuhi hukuman penjara 5
tahun.
A
Bilakah penagih dadah itu dihukum penjara?
B
Siapakah yang menjatuhi hukuman itu?
C
Apakah hukuman yang dikenakan kepada penagih dadah itu?
D
Berapakah hukuman penjara itu?
80. Kuda kepang paling popular di negeri Johor.
A
Di manakah kuda kepang paling popular?
B
Apakah nyanyian rakyat negeri Johor?
C
Apakah yang paling terkenal di negeri Johor?
D
Siapakah yang menarikan tarian kuda kepang di negeri Johor?
81. Memang begitulah cadangan asal kami.
A
Apakah rancangan asal kamu?
B
Mengapakah kamu tidak jadi ke bandar?
C
Apa kata kita ke bandar?
D
Bagaimanakah kita ke bandar?
82. Para murid dinasihati agar berhati-hati ketika
melintas jalan raya.
A
Adakah para murid perlu berhati-hati ketika melintas jalan raya?
B
Apakah yang perlu murid lakukan ketika melintas jalan raya?
C Bagaimanakah caranya para melintas jalan
raya?
D
Apakah nasihat kepada para murid ketika melintas jalan raya?
83. Adiknya
menangis kerana belonnya pecah.
A
Mengapakah belon itu pecah?
B
Mengapakah adiknya menangis?
C
Bilakah belon itu pecah?
D
Bagaimanakah belon itu pecah?
84. Puasa
dapat merapatkan jurang perbezaan antara golongan miskin dengan yang kaya.
A
Siapakah yang mendapat faedah daripada berpuasa?
B
Apakah kebaikan berpuasa?
C
Adakah puasa dapat merapatkan jurang perbezaan antara manusia?
D
Bagaimanakah puasa dapat merapatkan jurang perbezaan antara golongan
miskin dan golongan kaya?
85. Shah
mengeluarkan semua wang simpanannya untuk memulakan perniagaannya itu.
A
Siapakah yang membantu Shah untuk memulakan perniagaan itu?
B
Bagaimanakah perniagaan Shah ketika memulakan perniagaannya?
C
Bagaimanakah Shah mengeluarkan semua simpanannya?
D Dari
manakah Shah mendapat modal untuk memulakan perniagaannya itu?
86. Saya
menyiapkan projek yang cikgu beri selama tiga hari.
A
Bilakah kamu menyiapkan projek yang cikgu beri?
B
Benarkah kamu menyiapkan tiga hari projek yang cikgu beri?
C
Berapa lamakah masa yang kamu ambil untuk menyiapkan projek yang cikgu
beri?
D
Lamakah masa yang kamu ambil untuk menyiapkan projek yang cikgu beri?
87. Boria merupakan salah satu persembahan
kebudayaan yang terkenal di negara kita.
A Bagaimanakah boria terkenal di
negara kita?
B Di manakah boria terkenal di
negara kita?
C Mengapakah boria terkenal di
negara kita?
D Apakah salah satu persembahan
kebudayaan yang terkenal di negara kita?
88. Semua tugasan hendaklah kamu hantar
selewat-lewatnya pada hari Jumaat.
A Bagaimanakah kamu perlu
menghantar semua tugasan tadi?
B Bilakah kamu perlu menghantar
semua tugasan tadi?
C Siapakah yang akan menghantar
semua tugasan tadi?
D Apakah tugasan yang perlu dihantar?
89. Mereka terlewat kerana terperangkap
dalam kesesakan lalu lintas.
A Bagaimanakah mereka
terperangkap?
B Mengapakah mereka lewat?
C Di manakah mereka terperangkap
dalam kesesakan lalu lintas?
D Apakah mereka terlewat?
90. Penduduk
Taman Bukit Perdana sedang membersihkan kawasan masjid.
A
Di manakah penduduk Taman Bukit Perdana membersihkan kawasan masjid?
B
Apakah yang sedang dilakukan oleh penduduk Taman Bukit Perdana?
C Mengapakah kawasan masjid
dibersihkan?
D
Apakah yang terdapat di kawasan masjid?
91. Pertandingan itu diadakan bersempena
sambutan Hari Polis.
A
Mengapakah pertandingan itu diadakan?
B
Bilakah Hari Polis akan disambut?
C
Adakah pertandingan itu diadakan bersempena dengan Hari Polis?
D
Bilakah pertandingan itu diadakan?
92. Ya, sayalah yang terlibat dalam
menyelesaikan kes rompakan bank itu.
A Mengapakah saudara melibatkan
diri dalam kes rompakan di bank itu?
B Adakah saudara yang terlibat
dalam menyelesaikan kes rompakan di bank itu?
C Bagaimanakah saudara
menyelesaikan kes rompakan di bank itu?
D Mungkinkah saudara yang
menyelesaikan kes rompakan
di bank itu?
93. Bagaimanakah kemalangan yang melibatkan
sebuah lori dan kereta itu berlaku.
A Kemalangan itu menyebabkan
sebuah lori dan kereta terbabas ke dalam gaung?
B Kemalangan itu menyebabkan enam
orang mangsa mati di temapt kejadian?
C Kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta
yang memotong garisan berkembar dua terbabas lalu
merempuh lori di hadapannya?
D Kemalangan itu menyebabkan orang
ramai berhenti untuk membantu mangsa?
94. Pemandu pelancong itu sedang memberikan
penerangan kepada pelancong-pelancong asing.
A Apakah yang sedang dilakukan
oleh pelancong-pelancong asing itu?
B Mengapakah pemandu pelancong memberikan
penerangan kepada pelancong-pelancong asing itu?
C Di manakah pemandu pelancong
memnerikan penerangan kepada pelancong-pelancong itu?
D Apakah yang sedang dilakukan
oleh pemandu pelancong itu?
95. Lelaki
itu memandang saya beberapa kali seolah-olah ada yang tidak kena.
A
Mengapakah lelaki itu macam tidak kena?
B
Bagaimanakah lelaki itu memandang kamu?
C
Mengapakah lelaki itu memandang kamu beberapa kali?
D
Siapakah lelaki yang memandang kamu itu?
96. Puan
Fatimah membekal beberapa keping roti untuk anaknya ke sekolah sebagai alas
perut.
A
Siapakah yang membawa beberapa keping roti ke sekolah?
B
Mengapakah Puan Fatimah membekalkan roti untuk anaknya?
C
Apakah bekalan yang dibawa untuk alas perut?
D
Benarkah Puan Fatimah membekalkan beberapa keping roti untuk anaknya?
97. Yasminlah yang memenangi peraduan warna
itu.
A Di manakah peraduan warna itu
diadakan?
B Siapakah yang memenangi
peraduan mewarna itu?
C Mengaapakah Yasmin menyertai
peraduan mewarna itu?
D Bilakah peraduan mewarna itu
diadakan?
98. Bangunan buruk itu terpaksa dirobohkan
kerana lebuh raya akan dibina di situ.
A Mengapakah bangunan buruk itu
dirobohkan?
B Siapakah yang akan merobohkan
bangunan buruk itu?
C Bilakah bangunan buruk itu
hendak dirobohkan?
D Bagaimanakah bangunan buruk
itu akan dirobohkan?
99. Penyakit itu merebak sejak tiga bulan
yang lalu.
A Apakah yang merebak?
B Di manakah penyakit itu
merebak?
C Bagaimanakah penyakit itu
merebak?
D Sejak
bilakah penyakit itu mula merebak?
100. Mereka mengatasi masalah krisis air
dengan menggali telaga.
A Di makanakah masalah krisis
air itu berlaku?
B Mengapakah masalah krisis air
berlaku?
C Bagaimanakah mereka mengatasi
masalah krisis air?
D Benarkah masalah krisis air
berlakul?
Cikgu, boleh minta jawapan untuk soalan-soalan di atas? Terima kasih.
ReplyDeleteterima kasih kerana membantu memberikan bahan kepada saya untuk rujukan..
ReplyDeleteCikgu, terima kasih untuk latihan dia atas. Boleh saya dapatkan jawapan.
ReplyDeleteCikgu, terima kasih untuk latihan dia atas. Boleh saya dapatkan jawapan.
ReplyDeletePerkongsian yang sgt bermakna.Terima kasih cgu
ReplyDelete