Tuesday, 13 November 2012

LATIHAN TATABAHASA SET B




LATIHAN TATABAHASA SET B
1. Ramli ingin menceburkan diri dalam bidang_____________.
   A  peniaga           B perniagaan               C memperniagakan             D berniaga  

2. Saya berpeluang untuk ________ acara perbarisan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.
   A menyertai         B beserta                   C penyertaan                  D menyertakan

3. Kumar dan Kim Boon tinggal ____________ sejak lima tahun yang lalu.
   A menghampiri      B berhampiran               C hampir                      D perhampiran

4. Pak Khamis memiliki sepuluh __________ tanah sawah.
  A buah                B kelompok                  C batang                      D bidang

5. Pihak polis merampas beberapa ___________ pistol  daripada perompak-perompak itu.
  A pucuk               B patah                  C ketul                    D biji

6. Emak membeli lima ___________ pisang untuk Makcik Limah.
  A kotak                  B cucuk                      C sikat                    D biji

7. Se_________ burung merpati hinggap di bumbung rumah.
  A puntung               B kawan                       C rangkap                 Djambak

8. Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna ___________ lawatan itu.
  A daripada                    B dengan                         C dari              D untuk

9. Banyak orang yang tidak bersetuju ____________ pendapat Zainal itu.
  A akan                        B dengan                      C untuk                  D seperti

10. _________ saya _________ dia tidak akan menyertai perkhemahan pengakap pada minggu depan.
  A Entah...entah         B Baik...mahupun         C Jangankan...pun          D Makin...makin

11. _________ bapanya meninggal dunia, Serilah yang menyara keluarganya.
  A Hingga              B Kerana                C Sejak                      D sewaktu

12. Rashid Sidek tersenyum __________ melambai-lambaikan tangannya kepada orang ramai.
  A maka          B tetapi           C atau            D  sambil
13. Padi yang _______ itu akan dituai tidak lama lagi.

  A kebiru-biruan        B kemerah-merahan    C kehijiau-hijiauan     D kekuning-kuningan

14. Mereka _________ di tepi laut.
  A porak- peranda     B mandi- manda     C riuh-rendah       D ramah-tamah

Soalan 15 hingga Soalan 17
Lawan bagi perkataan bergaris

15. Nenek dapat mengangkat kotak yang berat itu.
  A besar          B banyak        C ringan           D kuat

16. Pendaki-pendaki itu sedang berehat di puncak Gunung Kinabalu.
  A bawah         B dalam               C kaki            D atas

17. Puan Zura berasa sangsi akan kejujuran pemuda itu.
  A benci           B yakin             C suka                   D lega

18. Wanita itu sanggup __________ untuk menyelamatkan anaknya.
  A berat hati         B berbelah bagi            C bergadai nyawa             D berhati batu

19. "Janganlah mencuba __________ saya dengan kata-kata manis itu," kata Rozita kepada Ali.
  A mengabui mata       B mendarah daging           C memeras ugut         D mencuci mata

20.  Adik __________apabila melihat alat-alat permainan itu.
    A putih mata          B ringat tulang           C rabun ayam                D rambang mata




LATIHAN 2 SET B
1. Sufian bukan saja pandai bermain hoki ___________ pandai bermain bola sepak.
  A apatah lagi            B mahupun          C tetapi juga           D tambahan pula

2. Saya akan ke sana hanya__________ kerja-kerja di sini sudah  selesai.
  A sehingga       B jika        C selagi       D sejak

3. Perempuan itu berasa yakin ___________ anaknya akan pulang pada suatu hari nanti.
  A jika             B apabila                 C kerana                D bahawa

4. Kami membeli se__________ buah anggur sebagai buah tangan untuk Rohani.
  A gugus        B tandan           C ulas           D ikat

5. Harga __________ kasut  buatan Itali itu lebeh mahal daripada cincin emas ini.
  A sehelai          B selembar       C sebuah          D sepasang

6. Pak Wan turun ke laut sambil membawa se___________jala.
  A keping       B rawan         Cpapan       D bidang

7. Galah yang paling panjang itu  digunakan _____________ mengait buah kelapa.  
  A dengan      B daripada    C kepada     D untuk
8. Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan ____________ pinang dibelah dua.
  A tentang       B oleh       C seperti         D sejak

9. ____________ itu sedang menggayakan baju kurung tradisional.
  A Peragawati            B Olahragawati          C Seniwati           D Sukarelawati

Soalan 10 hingga soalan 14
Pilihan jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong yang bernombor dalam petikan di bawah ini.


  Bunga raya memang terkenal di seluruh dunia. Bunga ini       (10)      sebagai pohon yang sejenis dengan pohon kapas dan bendi. Bunga ini dapat       (11)     dalam pelbagai warna. Namun demikian, yang berwarna merah tualah yang paling      (12)      orang. Bunga raya dapat juga dijadikan bahan ubat untuk     (13)    . Untuk      (14)     alis mata, cecair dari
kelopak bunga raya digunakan orang sebagai pewarna.


10. A golongan           B tergolong           C menggolongkan           D penggolongan
11. A menemukan      B menemui            C penemuan                D ditemukan
12. A diminati             B meminati             C berminat               D peminat
13. A mencantikkan     B kecantikan      C mempercantik     D cantik
14. A menghitamkan     B kehitaman      C hitam     D menghitam


Soalan 15 dan soalan 16
Pilihlah perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

15. Beberapa orang ahli menyokong usul yang diutarakan oleh pemuda itu.
  A membangkang          B menyoal          C menerang           D menjawab
16. Musim kemarau menyebabkan penduduk desa itu mengalami kesusahan.
  A panas          B dingin           C tengkujuh          D sejuk

Soalan 17 dan soalan 18
Pilihlah kata ganda yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

17. Para pelajar itu sedang __________mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan menjelang.
  A bergopoh-gapah       B tunggang-langgang      C bertungkus-lumus     D riuh-rendah

18. Sikapnya yang _____________ itu menyusahkan kami.
  A kecil-kecilan      B keanak-anakan        C berkejar-kejaran     D kehairan-hairanan




Soalan 19 dan soalan 20
Pilihlah simpulan bahasa yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

19. Setelah lama tinggal di Semenanjung Malaysia, keluarga Swee Mei akan __ ke Sarawak pula.
   A beralih angin       B beralih akal        C berbelah bagi      D bertikam lidah

20. Mohanlah yang menjadi ____________ dalam persatuan belia ini.
  A titik peluh      B terang hati        C tulang belakang         D tajam akal

No comments:

Post a Comment