Arahan : Pilih jawapan yang
paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.
1 Ayah membelikan adik .............. langsat
dan .............. rambutan.
A segugus ..... setangkai
B segugus
..... seikat
C sebiji ..... selonggok
D setangkai ..... segugus
2 Ali menghadiahi gurunya .............. bunga
dan .............. pena.
A sekuntum ..... sebilah
B sejambangan ..... seberkas
C setangkai ..... sepucuk
D sejambak ..... sebatang
3 Polis telah melepaskan beberapa .............. tembakan dengan
menggunakan lima .............. rifel
M16.
A butir ..... pucuk
B das
..... laras
C biji ..... batang
D laras ..... das
4 Nelayan itu memikul .............. jala dan menjinjing
.............. ikan.
A serewan ..... sebakul
B sebidang ..... seekor
C serawan ..... seraga
D sekeping ..... ekor
5 Kakak membeli .............. kain songket dan ..............
tikar di Kedai
Payang.
A sehelai ..... segulung
B secarik ..... segelung
C secebis ..... sehamparan
D sehelai ..... sebidang
MEMBENTUK JAWAPAN
Arahan : Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
1. Mengapakah adik kamu menangis ?
A
Entahlah, saya pun tidak tahu.
B Adik
saya menangis kerana dia sakit perut.
C Mungkin adik saya digigit kerengga.
D Adik kami menangis kerana dia lapar.
2 Bagaimanakah
pokok kelapa di tepi pantai itu tumbang?
A Pokok-pokok itu tumbang akibat hakisan pantai. B Pokok
kelapa itu tumbang akibat daripada hakisan pantai.
C
Pokok itu tumbang kerana ditiup angin kencang.
D
Pokok itu tumbang dipukul ombak kuat.
3 Bilakah kemalangan ngeri itu berlaku?
A
Kemalangan itu berlaku ketika waktu subuh.
B
Kemalangan ngeri itu berlaku
semalam.
C Kemalangan jarang berlaku di situ.
D
Selekoh tajam itu memang bahaya.
4 Siapakah yang datang ke rumah awak
tadi?
A
Shahril yang tidak ada kerja itulah !
B
Saya tidak perasan siapa yang datang itu.
C Oh, itulah Encik Mat, kawan ayah saya !
D Dialah kawan saya.
5 Adakah
benar tanah di kawasan ini akan dibangunkan?
A Berita itu belum sahih lagi.
B Ya,
kawasan ini akan dibangunkan.
C Benar, kawasan
ini tidak akan dibangunkan.
D
Siapakah yang beritahu awak berita ini?
SINONIM (PERKATAAN SEERTI)
Arahan : Pilih perkataan sama erti yang paling sesuai bagi menggantikan perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah.
1 Orang tua itu menghela
kerbaunya ke padang rumput.
A
menarik
B
menolak
C
mendorong
D
membawa
2. Api dari bangunan yang
terbakar itu menjulang ke
angkasa.
A
naik
B
mengapung
C
meninggi
D
mengangkat
3 Kursus itu diadakan khas
untuk kaum wanita sahaja.
A
khusus
B
istimewa
C
tetap
D hanya
4 Dia mencari muslihat untuk melarikan diri
daripada kepungan penjahat itu.
A
ikhtiar
B
akal
C
jalan
D daya
5 Kami meneruskan pelayaran
setelah ombak teduh.
A surut
B
tiada
C
reda
D
tenang
IMBUHAN
Arahan :
Pilih perkataan berimbuhan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam
ayat-ayat berikut :
1 Dia tidak .............. batang kayu yang
berat itu.
A
mengangkat C berangkat
B
terangkat D diangkat
2 Bilangan penduduk semakin .............. di
pekan itu.
A menambah C
tertambah
B
bertambah D
penambahan
3 Ibu sedang .............. juadah untuk
tetamu ayah.
A menyediakan C bersedia
B persediaan D
kesediaan
4 Orang ramai telah menghulurkan bantuan
kepada mangsa .............. itu.
A terbakar C pembakaran
B
kebakaran D membakar
5 Kakak .............. ibu sehelai kain batik
Terengganu.
A
menghadiahkan C berhadiahan
B
menghadiahi D
terhadiah
6 Satelit Measat 2 akan .............. tidak
lama lagi.
A
melancarkan C pelancaran
B
dilancarkan D
berlancaran
7 Kawasan .............. sampah-sarap itu
telah ditutup.
A melupus C
kelupusan
B
berlupusan D pelupusan
8 Pencuri itu berjaya melarikan diri dalam
.............. malam itu.
A menyamar C penyamaran
B
kesamaran D bersamar
PENANDA WACANA
Arahan : Isikan tempat kosong dengan penanda wacana yang paling sesuai.
1
Abanglah yang menyara hidup kami, ....................
ayah tidak lagi bekerja
kerana
jatuh sakit.
A
malahan C manakala
B
tatkala D begitupun
2 .................... berlatih dengan bersungguh-sungguh
tetapi pasukan hoki sekolah kami tewas juga dalam perlawanan akhir itu.
A
Meskipun C Jika sekiranya
B
Jika demikian D
Bagaimanapun
3 ................... Aminah,
................... Sarah tidak tahu sebab Alisa tidak hadir ke sekolah pada
pagi itu.
A
Tetapi ... dan C Jika ... lagipun
B
Baik ... maupun D Walaupun ...maupun
4 Budak itu belum baik lagipenyakitnya....................
elok benar kita
membawanya ke hospital.
A
Lagipun C Akan tetapi
B
Jika demikian D Oleh sebab
5 Dia gagal membawa pasukannya ke peringkat
akhir, ................... sedikit sebanyak jasanya sebagai jurulatih dihargai
orang juga.
A
namun demikian C malahan
B
jika demikian D manakala
6 Kami akan datang ke rumah kamu,....................
tiada apa-apa
halangan.
A
sekiranya C walaupun
B
jika begitu D namun begitu
7 Telah lama dia tidak datang ke bandar itu,
................... dia masih ingat
kedudukan rumah kawannya itu.
A
oleh sebab itu C
jika begitu
B jika demikian D akan tetapi
8 Dia bercadang hendak
melancong, .................. terpaksa melupakan hajatnya itu kerana anaknya jatuh sakit.
A
malahan C
tetapi
B kerana D sekiranya
GOLONGAN KATA
Arahan : Isikan tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1
Mereka berjuang
.................... mempertahankan kubu itu daripada ditawan
oleh pihak musuh.
A berbunuh-bunuhan C
bermati-matian
B
berjuang-juangan D
berperang-perangan
2 Lori yang ...............
dengan muatan itu telah terbalik di selekoh itu.
A berat C sarat
B
penuh D banyak
3 Nenek mengutip nasi yang ............... dilantai itu.
A
tumpah C berjatuhan
B
berderaian D berselerak
4 Perahu itu ................... sauh lalu belayar.
A membuka C membongkar
B melabuh D menali
5 Kakak tidak jadi menyiang
ikan keli itu kerana baunya amat ....................
A hamis C
busuk
B
hanyir D
hapak
6 Biskut itu ................. akibat masuk
angin.
A
lemau C kering
B
hapak D rapuh
7 Bunga ................ setelah beberapa jam
dipetik.
A layu C
kering
B
kecut D
kuncup
8
Pencuri telah ................... gudang itu dan
melarikan barang-barang di dalamnya.
A
membongkar C membuka
B
menyelongkar D menggeledah
9 Jangan bercakap ................. dengan orang
tua kamu.
A
kasar C kesat
B
lanjut D lama
10
Perdana Menteri telah mengadakan lawatan
.................. ke negara
Eropah.
A
singkat C pendek
B
segera D
perdana
No comments:
Post a Comment