LATIHAN
PENJODOH BILANGAN(1)
1. Mak Leha memetik se_______ pucuk ubi dan
beberapa ______ cili padi di kebunnya.
A
ikat … ulas B cekak…biji C jemput…butir D rumpun…genggam
2. Pengakap muda itu mencari beberapa _______
kayu untuk mendirikan khemah.
A
buah B ketul C batang D kaki
3. PaK Aji melepaskan beberapa ______ tembakan
untuk menghalau monyet-monyet itu.
A
butir B biji C das D gugus
4. Jika dilihat dari jauh, ekor arnab kelihatan
seperti ______ kapas.
A seketul B
segumpul C selonggok D sehelai
5. Aini membelek beberapa _______ majalah lama
milik ayahnya.
A
keping B biji C lembar D naskhah
6. Pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur akan
membina lima ______ rumah pangsa untuk penempatan
setinggan.
A
blok B bidang C kumpulan D gugus
7. Shahri membubuh se_______ kayu api dan
beberapa ______ daun kering untuk menghidupkan unggun api.
A
batang…pokok B keping…gugus C puntung…helai D rumpun…longgok
8. Puan Ros membeli lima ______ apam balik dari
gerai itu.
A buah B biji C keping D ulas
9. Ayah menjual beberapa ______ kelapa muda
kepada pemuda itu.
A
buah B tangkai C sikat D tandan
10.
Pihak polis telah menjumpai dua _______ beg yang mengandungi duit palsu semasa
meyerbu rumah pengedar
dadah itu.
A
keeping B buah C helai D potong
11.
______ apabila renjer PERHILITAN sedang menjalankan gerakan pemindahan gajah
liar di Taman Negara.
A
Sepasukan B Segerombolan C Sekawan D Segugus
12.
Pekerja itu dimarahi ketuanya kerana membuang _______ rokok yang masih bernyala
ke dalam bakul
sampah.
A
sebidang B seruas C sepuntung D segelung
13.
Saya hanya makan ______ durian untuk merasainya.
A
seketul B seulas C sehiris D sebiji
14.
Pemburu itu melepaskan ______ tembakan ke arah burung itu.
A
selaras B sekepal C sedas D sebutir
15.
Ayah menghadiahkan _______ bunga kepada emak sempena Hari Ibu.
A
sekotak B sejambak C sebungkus D sekeping
16.
Abang menggunakan ______ tali untuk mengikat buah rambutan itu.
A
seutas B sebentuk C sepotong D selingkar
17.
Kakak membeli _______ majalah di kedai yang baru dibuka itu.
A
setimbun B senaskhah C sebuah D sehelai
18.
Berpuluh-puluh ______ kelapa digunakan untuk kenduri perkahwinan kakak.
A
buah B tandan C biji D longgok
19.
Beberapa ______ jalan raya terpaksa ditutup sebagai akibat hujan lebat semalam.
A
batang B baris C kaki D jalur
20.
Beberapa orang yang menyertai aktiviti gotong-royong membawa _______ penggali.
A
sebuah B sebilah C sebatang D sekerat
21.
Di atas para-para rumah nenek saya terdapat ______ pisang abu.
A
setandan B selaras C sebatang D sepucuk
22.
_______ jala yang ayah selalu gunakan itu telah koyak.
A
Seikat B Seutas C Sejambak D Serawan
23.
Nenek menampal gebarnya yang koyak itu dengan se ______ kain perca.
A
kaki B kajang C lembar D cebis
24.
Dalam sehari,Nenek Piah dapat menyemat 100 atap rumbia.
A
kerat B tandan C kajang D helai
25.
Ibu telah menumpangkan 50 nasi lemak dan 30 karipap di warung Pak Ali.
A
bungkus…buah B bungkus…ketul C berkas…butir D buah…ulas
26.
Mak Teh memetik _______ pucuk ubi dan tujuh terung di kebunnya.
A
sehelai…butir B seikat…butir C sepohon…buah D secekak…biji
27.
Mak Nab telah menanam lima ______ pokok cempedak di atas ______ tanahnya.
A
batang…sekeping B rumpun…sebidang C ulas…serelung D
batang…sekaki
28.
Penyair itu sedang mendeklamasikan se sajak bertemakan kemanusiaan.
A
tompok B untai C rumpun D ruas
29.
Kakak masih menyimpan se kancing baju yang berwarna keemas-emasan yang
dihadiahkan oleh
ibunya.
A
genggam B gemal C rawan D keping
30.
Pak Musa memilih beberapa _______ jagung untuk dijadikan benih.
A
kerat B buah C biji D tongkol
31.
Setiap sekolah dibekalkan dua ______ jurnal bahasa dari Jabatan Pelajaran
Negeri.
A
kelompok B jambak C untai D naskhah
32.
Tangan kanan petani itu memegah kuku kambing sementara tangan kirinya memegang
se_______ anak benih
padi.
A
bungkus B gugus C genggam D gemal
33.
Panglima itu makan se sirih sebelum pergi berjuang menentang musuh.
A
gulung B cebis C ikat D kapur
34.
Abang menghadiahkan kain pelekat kepada ayah.
A
secebis B sekeping C sehelai D selembar
35.
Mazlina sempat makan kek itu sebelum pergi ke sekolah.
A
seketul B sekeping C secebis D sepotong
36.
Encik Amran membeli tiga _______ tikar
buluh dan _________ pasu
tembikar dari Sarawak.
A
keping…sebiji B gulung…sebiji C bidang…sebuah D
bidang…sebentuk
37.
Abang menghadiahi isterinya ______ anting-anting yang bertatahkan dua ______ batu permata.
A
sebentuk…biji B sepasang…butir C sepasang…buah D
seutas…butir
38. daripada buah durian yang dibeli oleh ayah
telah busuk.
A
Sepangsa B Sebiji C Sejambak D Seruas
39.
Ibu mengambil garam lalu dilumurkannya pada beberapa ______
daging.
A
segenggam…biji B sebungkus…tongkol C secubit…ketul D
secubit…biji
40.
Beberapa _______ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
A
kelompok B biji C tompok D buah
41.
______ kerbau sedang meragut rumput di tepi sawah itu.
A
Sekawan B Sekumpulan C Sekelompok D Sepasukan
42.
Kakak membeli _______ filem dari _______ kedai gambar di bandar.
A
selembar…sebutir B seurat…sebiji C segelung…sebuah D
segulung…sebuah
43.
Pekebun itu membawa beberapa _______ pucuk paku dan tiga ________ pisang emas.
A
ikat…tandan B berkas…sikat C sikat…biji D batang…tandan
44.
Emak mengambil beras untuk diberi kepada anak-anak
ayam yang dipeliharanya di dalam reban .
A
segenggam B segelung C selonggok D sesuap
45.
Setelah penat bersawah,nenek berehat di pundung sambil makan _______sirih .
A
sehelai B sekeping C seikat D sekapur
46.Pengawal
keselamatan itu memasukkan _______ kunci ke dalam laci mejanya .
A
sebilah B sepucuk C sejambak D seikat
47.
Pegawai-pegawai Perhilitan itu sedang memindahkan dua______ gajah liar yang
telah merosakkan tanaman penduduk
Kampung Ketak .
A
ekor B pasukan C
angkatan D kelompok
48. Cempaka
dan Melur mengutip beberapa cendawan busut yang tumbuh di bawah
pokok itu .
A
pucuk B bilah
C kaki D batang
49. wartawan
telah menyerbu ke arah tokoh politik itu untuk mendapatkan komen beliau tentang
kejadian tersebut .
A
Sekumpulan B Sepasaukan
C Segerombolan D Sekawan
50. Di
belakang rumah buruk itu terdapat _______ daun pandan yang hidup dengan subur .
A
sepohon B seruas C serumpun D sekuntum
51 .
Pak Mat memikul dua ______kayu api dengan menggunakan _______pengandar .
A
ruas…sebatang B berkas…sebatang C bilah…sebuah D potong…sebilah
52. Petani
itu membeli dua _______ kawat berduri dan _______ paku untuk memagari kebunnya .
A
gulung…sebilah B gelung…sekotak C gugus…sebatang D
gelung…sebaldi
53. Mitai
mengikat beberapa_______ buluh dengan ________ rotan untuk dibuat rakit .
A
batang…seuntai B bilah…sekeping C batang…seurat D rumpun…seutas
54 .
Beberapa ______ gelang emas dan tiga _______ cincin berlian telah dicuri.
A
tangkai…ketul B keping…biji
C urat…bentuk D buah…utas
55.
Abang membasuh _______ kasut dan beberapa _______ seluar panjang.
A
sepasang…helai B sebuah…serumpun C seikat…segugs D
sebilah…segulung
56. Emak memberi adik se _______ bisku dan dua
_______ nangka.
A
ketul…buah B keping…ulas
C ketul…butir
D potong…tongkol
57. Beberapa
_______ rumah dan dua ________ kedai musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi.
A
buah…deret B buah…jalur
C keping…baris D deret…jalur
58. Hanya _______ penduduk kampong itu berpeluang
melanjutkan pelajaran ke beberapa _______ universiti.
A
sekelompok…deret B segolongan…baris C segelintir…buah D
sekumpulan…butir
59. Di
hadapan rumah Ketua Kampung itu ada _______ pokok mangga dan ________ buluh.
A
sebuah…sejambak B
sebatang…serumpun
C
sebatang…setimbun D
setangkai…seruas
60. Pemburu
itu ke hutan dengan membawa _______ parang dan ________ tali untuk mencari
rotan.
A
sekerat…selembar B sebilah…seutas C selaras…segulung D
sebatang…segelung
61. Nenek menanam empat _______ sayur sawi dan
beberapa _______ serai di belakang rumah.
A
deret…kelompok B pucuk…batang C batas…rumpun D pohon…jambak
62. Di
atas para-para itu terdapat beberapa _______ kelapa dan lima ________ langsat.
A
biji…gugus B tandan…jambak C sikat…untai D sisir…laras
63. Jutawan itu membeli _______ berlian yang
mahal untuk dijadikan hantaran perkahwinan.
A
seulas B
sebutir C sebiji D seutas
64. Yusliza makan lima _______ sate dan tiga
_______ nasi himpit.
A
batang…ketul B cucuk…ketul C bungkus…butir D papan…ulas
65.
Di belakang rumah Norli ada _______ sungai dan se ________ buluh.
A
seruas…longgok B sebatang…rumpun C secebis…papan D
sebidang…sejambak
66. Harga _______ pisang emas ialah empat puluh
sen manakala harga _______ pisang ialah lima ringgit.
A
setandan…sepohon B sebatang…sebutir C
sebatang…secarik D sepucuk…sehelai
67.
Ibu hanya memerlukan _______ jarum dan ________ kain untuk menampal kain yang
koyak itu.
A
sepuntung…sepasang B sebilah…sebutir C sebatang…secarik D sepucuk…sehelai
68. Rahim membeli sepuluh _______ nasi lemak dan
30 _______ sate.
A
tongkol…kerat B bungkus…cucuk C buku…potong D keping…butir
69.
Peniaga itu kehilangan _______ kunci dan ________ dompet semasa dai berkelah di
pantai Teluk Batik.
A
sebentuk…selaras B sejambak…sebuah C setangkai…seuntai D segugus…sebidang
70. Nazira mengambil _______ isi ikan terubuk
baker yang masih panas itu.
A
secubit
B segenggam C seulas D sepucuk
71. Untuk
menambahkan keenakan tomyam itu, Kak Yan
memasukkan dua _______ serai dan beberapa ________
perahan air limau nipis.
A
butir…ulas B cubit…hiris C batang…titis D kuntum…biji
72. Amira memakai _______ kancing baju yang
berwarna keemas-emasan semasa pergi ke majlis itu.
A
sebentuk B segenggam C sekeping D serawan
73.
Semut mengerumuni beberapa _______ nasi yang terdapat di atas meja itu.
A
butir B titik C longgok D ketul
74. Nenek menyapukan beberapa _______ kapur di
atas daun sirih itu lalu menggobeknya.
A
kepal B carik C
calit D colek
75. Encik
Yusof membeli beberapa _______ buluh dan lima ______ kelapa di pasar tani untuk
membuat lemang.
A
batang…butir B ruas…biji C rumpun…ulas D batang…buah
76. Ibu memetik _______ kangkung di tepi paya
untuk dimasak gulai lemak.
A
segenggam B secekak C segugus D sejambak
77.
Yani membeli tiga _______ tapai ubi dan dua _______ lemang di pasar malam.
A
bungkus…potong B buku…ketul C gugus…puntung D biji…rumpun
78. Pak Jasni menggunakan _______ tanah liat
untuk dijadikan labu.
A
setompok B segumpal C sekepul D segugus
79. Sebelum beredar dari rumah datuk, ayah sempat
menjamah _______ pulut dan memakan _______ sirih.
A
seketul…sekeping B segenggam…sehelai C
sepotong…selembar D secubit…sekapur
80. Yanti membeli empat _______ kalung mutiara
semasa bercuti di Sabah.
A
rangkai B biji C untai D rawan
81. Terdapat
beberapa _______ batu-bata di hadapan rumah yang sedang dibina itu.
A
tompok B longgok C gumpal D
butir
82. Puan Yati menggunakan beberapa _______ bunga
ros untuk menghiasi bilik pengantin itu.
A
gugus B jambak C kumpulan D berkas
83.
Abang memperoleh untung yang besar setelah menjual _______ lembu pawahnya.
A
sereban B sesangkar C sesarang D sekandang
84. Ibu menggunakan lima _______ sabun untuk
membuat gubahan bunga sabun itu.
A
kaki B potong C blok D buku
85.
Petani itu membeli dua _______ kawat berduri dan _______ paku untuk memagari kebunnya.
A
gulung…sebilah B gelung…sekotak C gugus…batang D gelung…sebaldi
86. Saya makan dua _______ pisang selepas makan
tengah hari.
A
sikat B tandan C biji D
sisir
87. Dua
_______ rumah papan musnah dalam kebakaran itu.
A
batang B deret C bilah D
biji
88. Ayah membeli lima _______ nasi lemak.
A
bungkus B ikat C buah D biji
89.
Ibu membeli dua _______ benang untuk menjahit baju.
A
buah B buku C ketul D gelung
90. Pesalah itu melindungi mukanya dengan
se_______ surat khabar.
A
naskhah B keping C helai D lembar
91.
Pak Mat ke kedai untuk membeli se _______ payung dan se _______ jala.
A
bentuk…rawan B buah…biji C kaki…batang D kaki…rawan
92. Helmi menggunakan se _______ mancis untuk
membakar beberapa ________ kertas.
A
batang…helai B batang…keping C puntung…keping D
bilah…naskhah
93. Ayah
membawa se_______ pisang dari kebun dan memberikan se _______ pisang itu kepada
Pak Ali.
A
bakul…batang B
longgok…sikat C tandan…sisir D
tandan…rumpun
94. Jani membawa se _______ bunga dan se_______
biskut semasa menziarahi isterinya di hospital.
A
rumpun…buah B tangkai…ikat C kuntum…rumpun D jambak…bungkus
95.
_______ kertas yang bertulis “selamat tinggal” dijumpai oleh Mary di atas meja
tulis.
A
Secebis B Sehelai C Sepotong D Secarik
96. Pegawai belia itu mengakhiri ucapannya dengan
_______ madah.
A
sepatah B serangkap C sebaris D serangkai
97.
Beberapa _______ lilin dititiskan di atas _______ lukisan untuk menghasilkan
corak batik.
A
batang…sekeping B titis…sebidang C titik…sehelai D
titik…sebidang
98. Ayah mencantas _______ pokok yang menghalang
laluan dengan se______ parang panjang.
A
ranting…batang B ranting…bilah C dahan…pucuk D
batang…batang
99.
Dalam majlis khatam al-Quran setiap kanak-kanak diberi _______ pulut kuning dan
_______ telur.
A
secubit…sebiji B secekak…sebiji C sekepal…sebutir D
sesuap…sebutir
100.
Beberapa _______ cendawan yang aneh ditemukan oleh dua orang pencinta alam
sekitar.
A
batang B pohon C kaki D pucuk
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesoalan ni sgt awesome
ReplyDeleteada jawapan tak? tq
ReplyDeleteYour comment same
DeleteTiada
Deleteada jawapan tak? tq
ReplyDeleteTiada
DeleteAda jawapan ke.?
ReplyDeleteTiada
Deleteada jawapan tak?
ReplyDeleteTiada
DeleteThe question was helpful to me.tq!😊
ReplyDeleteminta jawapan
ReplyDeleteJawapan pls
ReplyDeletejawapan pls
ReplyDeletesy share ya cikgu, tq
ReplyDelete