PENJODOH BILANGAN
Arahan : Pilih jawapan yang paling sesuai untuk
mengisi tempat kosong.
1.
“Berapakah
harga ………. petai ini?” tanya ibu kepada penjual.
A sebiji C seulas
B sebuah D sepapan
2.
Banyak
………. perca kain yang berwarna-
warni dijahit untuk dijadikan alas kaki yang
menarik.
A
cebis C bidang
B
gumpal D gulung
3.
Malik
membeli sebatang tebu dan memotong-motongnya agar setiap adiknya mendapat ……….
A sebiji C sehiris
B seruas D seketul
4.
Pak
Ahmad mempunyai beberapa ……….
rumah
sewa di Kampung Pinang Sebatang.
A pintu C bidang
B papan D rangkai
5.
Pemuda
itu telah menjumpai ………. kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.
A sebilah C sejambak
B seutas D serumpun
6.
Dia mengesat dakwat yang tertumpah di
atas
meja itu dengan ……… kain.
A sebidang C sepasang
B secebis D selembar
7.
Beberapa
……… mutiara digunakan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.
A ulas C butir
B keping D potong
8.
Abang
memasukkan ………. filem ke dalam kameranya.
A segulung C sekajang
B segelung D sebuah
9.
Untuk
memasak gulai itu, kita perlu memasukkan ………. asam gelugur dan beberapa ……….
bawang merah.
A sepotong …..
biji
B sehiris
….. ulas
C seketul
….. biji
D sekeping …..
ulas
10. Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan
memuatkan keretanya dengan beberapa ……… rambutan serta beberapa ………. kelapa.
A tangkai …..
sikat
B ikat
….. tandan
C ikat
….. sisir
D tangkai
….. sisir
11. Ah Seng menggunakan tiga ………. kayu dan beberapa
………. daun kering untuk menghidupkan api.
A puntung
….. helai
B ranting
….. carik
C rumpun
….. lembar
D bilah
….. cebis
12. Beberapa ………. jalan raya dan dua ………. kedai
ditenggelami air akibat hujan lebat.
A jalur
….. pintu
B kaki
….. baris
C batang
….. deret
D baris
….. buah
13. Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat
menjamah ……… pulut dan memakan ………. sirih.
A seketul
….. sekeping
B segenggam
….. sehelai
C sepotong
….. selembar
D secubit
….. sekapur
14. Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti
gotong-royong itu membawa ……… penggali dan beberapa ……… dawai seorang.
A sebatang
….. gulung
B sebuah
….. gelung
C sekerat
….. lembar
D sebilah
….. utas
15. Emak menanam beberapa ……… sayur dan tiga ………
serai di belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.
A baris
….. pucuk
B deret
….. kelompok
C batas
….. rumpun
D ikat
….. jambak
16. Dia
menggunakan ……… tanah liat untuk dijadikan pinggan.
A sekepul C setompok
B segugus D segumpal
17. Hanya ………. penduduk di kawasan itu yang
mendapat peluang masuk ke beberapa ……… maktab perguruan.
A segelintir
….. buah
B segolongan
….. biji
C sekelompok
….. deret
D sekumpulan
….. baris
18. Orang tua itu memilih beberapa ………. Jagung terbaik untuk dijadikan benih yang
akan ditanam di ………. tanah terbiar.
A ulas
….. sekaki
B buah
….. sekumpulan
C biji
….. sekeping
D tongkol
….. sebidang
19. Pengawal yang bertugas ini memegang ……….
senapang bagi menjaga keselamatan di ………. bangunan tinggi.
A sebilah
….. sebiji
B selaras
….. sebentuk
C sebatang
….. sebaris
D sepucuk
….. sebuah
20. Di atas para-para itu terdapat beberapa ……….
pisang dan ………. rambutan.
A sisir
….. segugus
B sikat
….. sebutir
C biji
….. serumpun
D tandan
….. sejambak
21. Pemuda itu membeli ………. surat khabar mingguan di kedai Ali.
A sekeping C senaskah
B selembar D sehelai
22. ………. burung
berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makan.
A Sepasukan
B Sekawan
C Serumpun
D Segerombolan
terima kasih kerana dapat berkongsi info latihan simpulan bahasa ini.
ReplyDeleteMemangpun salah satu tujuan saya mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi info yang baik untuk kita semua.Terima kasih juga sebab sudi melayari blog ini.
DeleteMohon izin gunakan semua bahan dalam ni ye cikgu,,,t kasih
Delete