Kata Bilangan
1.
Perkataan yang digunakan
untuk menyatakan banyak atua bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
Jenis
Kata Bilangan |
Contohnya |
Kata Bilangan
Tentu |
satu, dua, tiga dan seterusnya... |
Kata Bilangan Tak
Tentu - Menunjukkan bilangan yang tidak tentu. |
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah dan sebagainya. * Segala maklumat akan dikumpulkan. |
Kata Bilangan
Pecahan |
suku, setengah, separuh, tiga suku,sepertiga, seratus-peratus dan
sebagainya * Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun 6 yang hadir ke majlis itu. |
Kata Bilangan
Pisahan |
Masing-masing, setiap dan tiap-tiap * Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera |
Kata Bilangan
Himpunan - Menunjukkan bilangan yang tertentu. - Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan. - Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan |
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, bermingu-minggu, berbulan-bulan,
ribuan, dan sebagainya. * Kedua-dua ekor kambing itu akan disembelih raya nanti. * Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun. |
Kata Bilangan
Tingkat - Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah. |
pertama, kedua, ketiga dan seterusnya * Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis. |
Kata Bilangan
Tanya |
berapa * Berapa baki duit kamu? |
No comments:
Post a Comment