KATA ADJEKTIF
Isi tempat-tempat kosong dengan pilihan jawapan yang
diberikan.
basi busuk hangit tengik hapak haring
1. Nasi yang
dimasak oleh kakak telah…………………………………………….
2. Biskut di dalam
tin itu tidak dapat dimakan kerana sudah berbau…………………………….
3. Kari ikan akan
……………………………kalau tidak dipanaskan.
4. Longkang di
kawasan gerai itu berbau…………………………………kerana dibuang pelbagai
sisa makanan.
5. Minyak masak
yang disimpan lama akan berbau ……………………………………………………..
6. Tandas yang
lama tidak berbasuh itu berbau……………………………………………..
beku kejal kejur kejap tegang
7. Air sungai
menjadi……………………………akibat iklim yang terlalu sejuk.
8. Tali ampaian
itu ditarik sehingga ……………………………………..
9. Daging yang
dimasak ibu masih ……………………………………..
10. Mayat di situ terbiar…………………………dan kaku.
11. Botol ubat itu ditutupnya dengan ……………………………………….
bengkok bongkok condong serong
12. Orang tua yang sudah …………………..itu masih kuat bekerja.
13. Kain yang dijahit kakak dipotong………………………………………
14. Tiang besi papan tanda di tepi jalan itu
……………………………dilanggar lori.
15. Pohon yang ………………………………..di tepi jalan itu akan
ditebang.
garing gembur
rangup rapuh retas
16. Daun-daun itu sudah……………………………………dan reput.
17. Benang pada kainnya telah …………………………………..
18. Biskut yang dibuat oleh ibu sungguh……………………………………….
19. Tanah yang…………………………………itu sesuai ditanam sayur.
20. Ikan yang digoreng itu sudah …………………………………………….
PENGGUNAAN PERKATAAN
Bulatkan jawapan yang sesuai.
1. Seorang pekerja
sedang ………………………………..kayu.
A menebang B membelah C menebas
2. Harimau itu
………………………………seekor anak kambing.
A membunuh B membaham C memberkas
3. Pemuda kacak
itu kelihatan……………………………….fail di ketiaknya.
A menyelit B mengelek C menjinjing
4. Hasnah
…………………………………..anting-anting pada telinganya.
A mengenakan B meletakkan C menggantung
5. Dahan pokok itu
…………………………….setelah dipijak oleh Amran.
A meluyut B melentik C menurun
6. Maniam terpaksa
……………………………….basikal kerana tayarnya pancit.
A membonceng B menuntun C menunggang
7. Kabus ………………………………….puncak gunung itu.
A menyelubungi B menyelimuti C memenuhi
8. Ikan yang sudah disiang dan dibasuh itu
………………………………….sebelum digoreng.
A dihiris B dikelar C dikerat
9. Sejak
kegagalannya dalam peperiksaan, dia asyik…………………………………….
A termenung B terdiam C terpaku
10. Jasni menjerit kesakitan akibat …………………………………ular
berbisa.
A digigit B dipagut C diragut
11. Ular sawa itu …………………………………………..seekor anak kambing.
A melulur B menelan C menggigit
12. Ayah terpaksa ………………………….tulang untuk mencari sesuap
nasi.
A memerah B membanting C mengerah
13. Ibu ………………………………………. kelapa sebelum diperah untuk
dibuat santan.
A memarut B meraut C memotong
14. Mereka …………………………………lidi untuk dibuat penyapu.
A memarut B meraut C menyapu
15. Penduduk kampung ……………………………beberapa ekor kambing
untuk dibuat kenduri.
A mengerat B melapah C menghiris
16. Program Antidadah akan ……………………………………..pada bulan Mei
nanti.
A dilancarkan B diisytiharkan C diumumkan
17. Pasukan yang memungut mata yang banyak
………………………sebagai pemenang.
A dilancarkan B diisytiharkan C dimaklumkan
18. Abang ………………..lantai bilik air yang kotor dengan berus tembaga.
A membasuh B menyental C menggosok
19. Farid berjaya ………………………….tempat pertama dalam pertandingan
pidato.
A menjuarai B memenangi C menggondol
20.
Air yang ………………………………..itu sudah mendidih.
A dimasak B dijerang C dipanas
21. Mereka bertiga ………………………………….mendengar cerita datuk.
A terdiam B terkaku C terlopong
22.
Ayah ………………………………..beberapa biji durian untuk dimakan bersama keluarga.
A membelah B mengopek C mengerat
23.
Cikgu Jenny ………………………………..serangkap pantun dalam ucapannya.
A menyelitkan B menyertakan C menyatakan
24. Kapal terbang yang kerosakan enjin itu …………………..ke
dalam laut.
A terbabas B tergelincir C terjunam
25. Peniaga itu sedang ……………………………………………roti canai.
A menebarkan B menegangkan C mengacau
26. Pak Hamid …………………………………….tepung untuk dibuat roti.
A menggaul B meramas C menguli
27. Faridah ………………….tepung itu bulat-bulat dengan hujung
jarinya.
A menggentel B meramas C mencanai
28. Ibu ………………………….nasi lembik itu sebelum menyuapkannya
ke mulut adik.
A mengepal B menggenggam C menggentel
29.
Ayah ………………………………….gula lalu dimasukkan ke dalam secawan kopi.
A menggenggam B menjemput C mengaut
30. Pak Leman ……………………………..luka anaknya dengan secarik
kain.
A membebat B membungkus C menutup
31. Ketua pasukan yang menjuarai pertandingan hoki itu
………………………piala
kemenangan
dengan disambut tepukan gemuruh penonton.
A mengangkat B menjulang C melambung
32. Pakaian yang dipakai gadis itu begitu……………………………mata.
A menusuk B menjolok C mencolok
33. Pesilat itu berjaya ……………………………….pukulan daripada
musuhnya.
A mencuit B menangkis C menguis
34. Orang buta itu mempunyai kemahiran …………………….tikar dan
bakul.
A menganyam B menenun C menyulam
35. Mak Munah selalu ………………………kain songket pada masa
senggang.
A mengait B menyulam C menenun
36. Ibu ………………benang emas pada sarung bantal pengantin
baru.
A menekat B menekap C menenun
37. Pada musim tengkujuh, nelayan mengambil
kesempatan……………jala.
A menekat B menyulam C menyirat
38. Tikus itu …………………………………….roti yang ditinggalkan di
atas meja.
A meratah B mengunggis C mengungkit
39. Harimau itu ………………………….sebelum menerkam mangsanya.
A mendekam B menonggeng C menerpa
40. …………………………………biolanya begitu mendayu-dayu.
A Geselan B Petikan C Gesekan
41. Barangan tembaga akan berkilat setelah …………………………..
A dilap B digilap C dicuci
42. Lukanya yang lama itu berbau…………………………….
A lantung B tengik C haring
43. Badannya berbau……………….setelah lama tidak mandi.
A hanyir B hangit C hancing
44. Bangkai binatang yang terbiar itu berbau…………………………….
A kohong B hamis C haring
45.
Jarinya terasa………………………….setelah lama memegang cili.
A sakit B pijar C pedar
46. …………………………….rasanya apabila tergigit kulit limau.
A Kelat B Payau C Pedar
47. Baju yang dipakainya semakin………………….setelah badannya
semakin membesar.
A labuh B singkat C sendat
48. Wong ……………………….selama seminggu kerana kematian
ibunya.
A berkabung B bergabung C berdiam
49. Mereka ……………………………..tenaga menjayakan Kempen
Antidadah.
A berkabung B bergabung C berdiam
50. Sikapnya yang suka menolong orang kadangkala
di……………………………ada muslihat.
A tafsir B taksir C takdir
51. Kerugian akibat kebakaran itu di…………………….kan
beribu-ribu ringgit.
A tafsir B taksir C takdir
52. Kumpulan itu diberi ………………………….sebulan untuk
menyiapkan tugasan mereka.
A tempah B tempoh C tempuh
53.
Majalah itu perlu kita ……………………………….terlebih dahulu sebelum kehabisan.
A tempah B tempoh C tempuh
54. Cabaran dan dugaan sanggup saya…………………..selagi
kemenangan tidak saya capai.
A tempah B tempoh C tempuh
55. Daripada……………percakapannya, saya tahu dia datang dari
Kelantan.
A telor B telur C tempo
56. Kakak ……………………………minuman sebelum dihidangkan kepada
tetamu.
A merasa B berasa C terasa
57. Hasnah ……………………..amat sedih sejak kematian
sahabatnya.
A merasa B berasa C terasa
58. Undang-undang itu akan di………………………dalam masa terdekat
ini.
A pindah B pinda C pisah
59. Kassim
…………………………papan itu supaya licin.
A meraut B mengetam C melicin
60. Jamal ……………………………..gambar
adiknya yang telah lama meninggal dunia.
A menatap B meratap C menjeling
61. Encik Hasnol
diberi ……………………….untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.
A penghargaan B pengesahan C penghormatan
62. Dia turut
…………………..sijil-sijil dalam surat permohonan kerjanya.
A mengepilkan B menyelitkan C menyampaikan
63. Wanita itu
…………………………………………….anaknya dengan menggunakan sehelai kain
yang
digantung pada lehernya.
A menggendong B mendukung C menggantung
64. Pasukan
Malaysia telah …………………….kejuaraan dalam kejohanan hoki remaja.
A menjuarai B mengaut C merangkul
65. Ayah ………………………..tiga
biji durian untuk kami makan.
A membuka B mengopek C mengupas
66. Kapal terbang yang gagal
dikawal itu telah…………………………….ke dalam laut.
A terjunam B terbabas C tergelincir
67. Anak-anak
kapal ……………………………sauh sebelum mereka naik ke darat.
A menambatkan B menjatuhkan C melabuhkan
68. Penulis
terkenal itu sedang berusaha untuk ………………………..…….kisah hidupnya.
A melaporkan B membukukan C mengisahkan
69. Rakyat
……………………………….agar berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian.
A disoal B diseru C disuruh
70. Rumah di perkampungan
itu telah ………………………………air sedalam lima meter.
A dilanda B dibanjiri C ditenggelami
71. Kebakaran yang
berlaku itu telah ...............................dua nyawa.
A menyambar B membunuh C meragut
72. Pak Cik Leman
……………………….pokok kelapa untuk memudahkannya memanjat
pokok
berkenaan.
A menakik B menakuk C menarah
73. Ketibaan
pengantin lelaki …………………………………dengan air mawar.
A disimbah B dijirus C direnjis
74. Pihak kerajaan
akan ……………………………jalan yang berlubang-lubang itu dengan tar.
A menurap B menimbus C merata
75.
Ayam jantan itu selalu ……………………………….pada waktu pagi.
A berketuk B berkicau C berkokok
76. Ayam yang baru bertelur itu sentiasa …………………………..
A berketuk B berkicau C berkokok
77. Anak burung dan anak ayam …………………… membuatkan kita tidak dapat tidur
lena.
A menguak B menyalak C mencicit
78. Rimas rasanya mendengar anak burung yang
…………………………………..itu.
A berketuk B berciak C berkokok
79. Puyuh yang …………………………………
memecah kesunyian malam.
A berdengut B berketuk C berdecit
80. Mereka berasa
seram mendengar suara serigala yang……………………………
A mengaum B mengakak C meraung
81. Bunyi kera
yang…………………………..mengejutkan kami.
A mengerih B menguak C mengiau
82. Bunyi itik
yang ………………………….mengganggu tugasnya.
A menguak B mengakak C mencicit
83. Kucing peliharaan Ganesh ………………………….meminta makanan.
A menguak B mengiau C mencicit
84. Pak Hussin ………………………………tunggul pokok itu untuk
dijadikan tempat duduk.
A mengerat B memepat C memotong
85. Kerja Pak Hamid yang ……………..keris mendatangkan
pulangan yang lumayan
kepadanya.
A menempa B menempah C mengukir
86. Fazli mendapat
tempat yang…………………………..dalam pertandingan yang disertainya.
A terlewat B terkecil C tercorot
87. Kami sekeluarga akan……………………..nenek yang sakit di
kampung.
A melawat B menziarahi C merawat
88. Mereka berjaya mendaki gunung itu hingga………………………….
A kemuncak B puncak C hujung
89. Setiausaha ditugaskan ……………………………..minit mesyuarat.
A mencoret B menulis C mencatat
90.
Saiful ………………………..majalah itu sebelum membelinya.
A membelek-belek B melihat-lihat C membuka-buka
jawapan tidak disediakan ye
ReplyDeleteada jawapan
ReplyDeletedi mana
Delete