IMBUHAN BER
Bentuk Awalan ber-
1.Bentuk ber- sekeluarga dengan awalan be- dan bel-.
2.Awalan ber- dapat berubah menjadi be-, atau bel, atau
tetap ber- seperti yang
berikut.:
Awalan
|
Keterangan
|
Contoh
|
be-
|
Apabila bertemu dengan
kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku kata
pertamanya berakhir
dengan er
|
be.rasa, be.roda
be.rumah, be.kerja
dan be.serta
|
bel-
|
Apabila bertemu dengan kata-kata ajar dan unjur.
|
bel.ajar, bel.unjur
|
ber-
|
Apabila bertemu dengan kata-kata yang lain daripada yang
tersebut di atas.
|
ber.ayah,ber.bentuk, ber.gaduh, ber.kepak, dan ber.tenaga
|
Makna Awalan ber-
Awalan ber- mempunyai beberapa makna, iaitu:
(a) mempunyai.... BERIBU
(b) memakai....
berbaju = memakai
baju
berkasut = memakai
kasut
(c) menaiki atau menunggang....
berkereta =
menaiki kereta
berbasikal =
menunggang basikal
(d) menggunakan....
berpayung =
menggunakan payung
bertungkat =
menggunakan tongkat
(e) mengeluarkan atau menghasilkan....
berbunga =
mengeluarkan bunga
bertelur =
menghasilkan telur
(f) mengusahakan....
bersawah =
mengusahakan sawah
(g) mengucapkan....
berdoa =
mengucapkan doa
berjanji =
mengucapkan janji
BERUCAP
(h) menunjukkan sikap....
berkasar =
menunjukkan sikap kasar
berlembut =
menunjukkan sikap lembut
(i) dalam keadaan....
bergembira = dalam
keadaan gembira
berduka = dalam
keadaan duka
BERSENAM
(j) melakukan perbuatan pada diri sendiri....
bercukur =
mencukur diri sendiri
bersembunyi =
menyembunyikan diri sendiri
(k) ada sesuatunya
berbahaya = ada
bahayanya
berduri = ada
durinya
(l) berlaku atau bekerja sebagai....
berdukun = berlaku
sebagai dukun
berguru = bekerja
sebagai guru
Tahiniah. Teruskan menambah dan mengemaskini.
ReplyDeleteTerima kasih atas galakan yang diberi.
ReplyDelete