MOTIVASI BELAJAR – 6 TIPS UNTUK MENGHILANGKAN RASA
GEMURUH KETIKA MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR
Setiap orang yang menghadapi
peperiksaan khasnya peperiksaan yang penting seperti UPSR,
pastinya berdepan rasa gemuruh, ketidakpastian, takut dan sedikit tertekan. Itu
semua sebenarnya emosi negatif. Kita kena tukarkannya menjadi emosi positif,
emosi tenang. Kita kena hilangkan rasa gemuruh. Rasa gemuruh tersebut biasanya
datang walaupun kita sudah bersedia dengan dengan persediaan yang rapi. Bak kata
orang, persediaan kita sangat rapi hingga setiap jawapan kita ibarat skema
jawapan.
Bagaimana caranya? Berikut adalah 6 cara atau tips untuk membuat anda tenang sebelum peperiksaan bermula. Semoga ianya dapat menjadi panduan untuk murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, yang akan datang
1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.
Kita tidak tenang sebelum memulakan peperiksaan sebab kita tidak tahu apa yang akan kita jumpa nanti dalam kertas soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum peperiksaan bermula, buang ketakutan sedikit demi sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan yang anda boleh jawapan soalan itu satu persatu. Katakan pada diri anda, “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik,aku boleh, aku boleh!”.
2. Gunakan mindset berani gagal.
Bila anda berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup itu akan hilang perlahan-lahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti berani gagal, berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai dari kita gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan kita takut tak ‘perform well’ ketika menjawab soalan peperiksaan.

3. Bayangkan ketenangan diri Anda semasa menjawab kertas soalan.
Fokus pada menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat saat perasaan anda mulai gusar. Teknik pernafasan ini membuat anda tenang, menghilangkan gemuruh serta bagus untuk menghalang ‘mental black’. Idea-idea untuk menjawab soalan peperiksaan akan lancar mengalir apabila kita tenang.
4. Jika Anda sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk Anda ‘nervous’.
Biasanya, kita gusar sebelum memulakan menjawab peperiksaan sebab kita rasa kita tak cukup bersedia hendak menjawab soalan peperiksaan tersebut. Bila kita sudah belajar, sudah mengulang kaji dan bersedia menjawab soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya kita akan YAKIN. Lainlah kalau persiapan pada saat terakhir, memang gemuruh punya.
Bila sudah belajar dan sudah menelaah sehabis baik, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang ada di dalam kertas soalan itu. Kita tidak sabar hendak merasa ‘thrill’nya menjawab soalan.
Kita tidak akan rasa gementar langsung, bahkan tak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan jawapan-jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawab apa jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.
5. Ingat wajah-wajah kesayangan Anda.
Setiap dari kita pasti ada orang yang kita sayangi terutamanya ibu, bapa atau adik beradik kita dapat mewujudkan ketenangan walaupun anda berada dalam suasana yang penuh dengan tekanan seperti waktu menghadapi peperiksaan.
Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati anda untuk membuat anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan anda belajar ini adalah untuk mereka.
Jika dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawab peperiksaan sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat kita bersedia dari segi emosi.
Apabila kita teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis bahan kimia yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi perlahan, semakin perlahan lalu menghilang sedikit demi sedikit.
6. Ingat masa depan Anda.
Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan anda. Kita mengambil peperiksaan supaya kita lulus dalam akademik yang akan menentukan masa depan kita.
Biar kita yang mengawal rasa gemuruh, bukan diri kita yang dikawal oleh rasa gemuruh. Jika masih juga gemuruh, beritahu diri anda yang anda mahu rasai ketenangan. Katakan “aku mahu tenang”, ulangi berkali-kali.
Lakukan latihan pernafasan – tarik nafas melalui hidung selama 7 saat, tahan 3 saat, hembus perlahan-lahan selama 7 saat, seperti yang saya katakan di atas tadi.
Saya akan gunakan tips ini untuk anak-anak didik saya dan juga untuk diri sendiri. Terima kasih ye.
ReplyDeleteSama-sama, yang baik tu sama-sama le kita kongsikan.
DeleteTahniah kerana blog yang baik dan mempunyai banyak info untuk guru-guru dan juga murid. Teruskan.
ReplyDeletemohon share tuan rumah
ReplyDeletebagus tips ni.terima kasih
ReplyDelete