BENTUK IMBUHAN MEN
1. Bentuk men- sekeluarga dengan awalan me-, mem-, meng-,
dan menge-.
2. Awalan men- dapat berubah menjadi me-, mem-, meng-,
menge-, atau
tetap men- seperti
yang berikut:
Awalan
Keterangan
Contoh
me-
(a)
apabila bertemu dengan kata-kata yang
bermula dengan huruf l, m, n, ng,
ny, r,
dan
w.
(b)
apabila bertemu dengan kata-kata yang
bermula dengan huruf K, S, P, dan T,
tetapi huruf K akan bertukar menjadi
jadi m, dan T menjadi
n.
me.lukis, me.masak,
me.nanti, me.nganga,
me.nyala, me.radang, dan me.wangi
men + Kenal = me.ngenal
men + Suruh = me.nyuruh
men + Pandu = me.mandu
men + Tulis = me.nulis
mem-
apabila bertemu dengan kata-kata yang
bermula dengan huruf b dan f.
mem.beli, mem.buru,
mem.fitnah
men-
apabila bertemu dengan kata-kata yang
bermula dengan huruf c, d, dan j.
men.cari,
men.dapat,
men.jadi, men.jalar
meng-
apabila bertemu dengan kata-kata yang
bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g dan h.
meng.asah,
meng.embun,
meng.elak, meng.ikut,
meng.olah, meng.ubah,
meng.gosok, meng.hasut
Awalan
Keterangan
Contoh
meng-
apabila bertemu dengan kata-kata yang
terdiri daripada satu suku kata saja.
menge.bom, menge.cat,
menge.lap
Makna Awalan men-
Awalan men- mempunyai beberapa makna,iaitu:
(a) melakukan perbuatan....
membantu =
melakukan perbuatan bantu
mengambil =
melakukan perbuatan ambil
(b) menjadi seperti....
membatu = menjadi
seperti batu
menikus = menjadi seperti tikus
(c) pergi ke....
menyeberang =
pergi ke seberang
mendarat = pergi ke darat
(d) memasang... di / pada...
memagar = memasang pagar di...
mengalas = memasang alas pada....
(e) menjadi...
menguning =
menjadi kuning
membesar =
menjadi besar
(f) melakukan kerja dengan menggunakan....
mencangkul =
melakukan kerja dengan menggunakan cangkul
mengetam = melakukan kerja dengan menggunakan ketam
(g) membuat...
melemang =
membuat lemang
menyambal =
membuat sambal
(h) mengeluarkan bunyi...
mengaum =
mengeluarkan bunyi "aum"
mengiau = mengeluarkan bunyi "iau"
....................................................................................................................................................
LATIHAN 1
Pilih kata kerja transitif yang sesuai.
1. Encik Wong ___________ perahunya yang bocor.
A. memahat
B. membina
C. menampal
D. menjahit
2. Anggota polis berjaya __________ sekumpulan pemuda yang
sedang
menagih dadah.
A. memegang
B. memandang
C.melawan
D. memberkas
3. Pekerja pelabuhan itu sedang ___________ seguni beras.
A. menggalas
B. memikul
C. menjinjing
D. menjunjung
4. Ibu __________ meja dengan sehelai kain.
A. membasuh
B. mengalas
C. membuat
D. membina
5. Budak nakal itu __________ sahaja apabila dimarahi
ayahnya.
A. membantu
B. menangis
C. menanti
D. melawan
6. Kita mestilah saling ___________ antara satu sama lain.
A. menghormati
B. memuji
C. menggubah
D. menjerang
7. Pelancong-pelancong asing suka ____________ pemandangan
tepi pantai
yang indah.
A. menikmati
B. menjerang
C. membantah
D. menyiapkan
8. Kamal tidak terus pulang , tetapi ___________ ke rumah
kawannya.
A. melaut
B. menyimpang
C. memerah
D. menguncup
9. Abang Zul sedang sibuk ___________ rumah barunya itu.
A. mencuram
B. mengatap
C. menjerat
D. mengiau
10. Tiap-tiap hari, orang tua itu masuk ke hutan untuk
____________ .
A. mendamar
B. menyudu
C. menyemak
D. memungut
LATIHAN 2
Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang diberi.
menampal menegah memunggah menempah
menyudu
memungut mengukur menyemak
menguji memarang
1. Peperiksaan itu diadakan untuk ___________ kebolehan
murid-murid.
2. Abang saya__________ majalah Dewan Pelajar daripada Dewan
Bahasa
dan Pustaka.
3. Mereka sedang __________ sebuah peti ais dari lori.
4. Dia _________ poster itu pada papan kenyataan.
5. Puan Minah __________ anaknya betmain di tepi jalan raya.
6. Mereka sedang __________ keluasan tanah lapang itu.
7. Pihak sekolah __________ derma untuk membantu murid yang malang itu.
8. Cikgu Osman __________ buku kerja kami setiap hari.
9. Ibu sedang __________ nasi dari periuk nasi.
10. Ayah _________ besi itu sehingga licin.
LATIHAN 3
membesar
menguncup memerath menjatuhi
memenuhi menyeterika mengikir menyeberang
memanjang mengecilkan
1. Puan Minah sedang
____________ seluar panjang suaminya.
2. Pemburu itu
____________ musang yang cuba
menyerangnya.
3. Tumbuhan itu akan
____________ dengan lebih cepat jika sentiasa dibubuh
baja.
4. Getah itu
___________ apabila ditarik.
5. Besi __________
apabila disejukkan.
6. Mukanya
___________ apabila dimarahi oleh ibunya.
7. Kanak- kanak sedang
__________ di jalan itu.
8. Hakim __________
pengedar dadah itu hukuman mati.
9. Peminat bola sepak
___________ Stadium Merdeka sejak
petang lagi.
10. Jangan sekali-kali ___________ kebolehan orang lain.
LATIHAN 4
Isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan kata-kata
berimbuhan
men..... yang sesuai.
menyiapkan
membantah
melaut
merawat
mengalir
memuji
menghargal
membancuh
menggubah
menjerang
1. Janganlah kita ____________ kata orang tua.
2. Sungai di belakang rumahnya ____________ dengan deras.
3. Emak sedang __________ susu untuk adik.
4. Kakak __________ air di dapur.
5. Sawah padi di Negeri Kedah ___________ luas.
6. Kita perlu ___________ jasa orang lain terhadap kita.
7. Cikgu selalu __________ murid yang pandai dan rajin itu.
8. Doktor itu sedang ____________ pesakitnya.
9. Kegemaran kakak saya ialah ___________ bunga.
10. kita akan __________ projek itu dalam tempoh dua tahun.
LATIHAN 5
Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan
perkataan yang sesuai.
1. Apabila kami tiba
di kampung itu, kami ternampak sawah-sawah padi yang ________dari jauh.
2. Penuntut-penuntut
pusat pengajian tinggi terpaksa _________ rumah di luar kampus kerana
penginapan di
asrama sudah penuh.
3. Perusahaan
_________ nanas terdapat di beberapa tempat di Johor Bahru.
4. Osman tidak dapat
__________ kerana masih di bawah umur 21 tahun.
5. Kapal terbang dari
Kota Bharu itu ___________ di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah pada
pukul 8.45 malam.
6. Bercucuk tanam dan
__________ ikan air tawar merupakan pekerjaan utama kebanyakan
penduduk di
kampunng saya.
7. Haslina __________
kepada ayahnya supaya membenarkan dia berkelah ke Desaru bersama
kawan-kawannya.
8. Mustaza
bercita-cita untuk __________ seorang ahli perniagaa yang berjaya pada suatu
hari
nanti.
9. Mak Cik Naimah
leka ___________ ketupat sehingga tidak sedar akan kedatangan anak
cucunya.
10. Pada musim tengkujuh, para nelayan tidak dapat
__________ ikan kerana laut bergelora.
merebus
mengundi
menangkap
menjadi
mengetin
menguning
menyewa
mendarat
merayu
menternak
ada jawapan ?
ReplyDeleteSaya copy ya
ReplyDeleteMany mistakes and error in sentence structure and the answer option.
ReplyDelete