Bentuk Apitan
ke...an
1.Kata berapitan
ke...an dapat dibentuk dengan memberikan awalan ke- dan
akhiran -an pada kata dasarnya.
2.Apitah ke...an
tidak berubah bentuknya apabila diimbuhkan pada kata dasar.
Makna Apitan
ke...an
Apitan ke...anmempunyai
beberapa makna,iaitu:
(a)tempat...bertugas
atao daerah...
kedutaan =tempat duta bertugas
kerajaan =daerah raja
(b)hal tentang
sesuatu
keagamaan =hal tentang agama
kehakiman =hal tentang hakim
(c)keadaan atau
sifat...
kebaikan =keadaan atau sifat baik
kecantikan =keadaan atau sifat cantik
(d)sesuatu atau
seseorang yang di...kan...
keinginan =sesuatu yang diinginkan
ketetapan =sesuatu yang ditetapkan
(e)tempat yang
di...i
kediaman =tempat yang didiami
kedudukan =tempat yang diduduki
(f)perihal...
kedatangan =perihal datang
kepergian =perihal pergi `
contoh ayat:
1.Anak kesayangan
Mak Minah akan berlepas ke England untuk melanjutkan
pelajarannya.
2.Kita janganlah
menghina kebodohan orang lain.
3.Musafir itu
meminta air kerana dia kedahagaan.
4.Walaupun sudah
berumur dua puluh tahun, kadang-kadang
Ismail berkelakuan keanak-
anakan apabila kehendaknya tidak dikabulkan
oleh ibunya.
LATIHAN 1
Isilah
tempat-tempat kosong di bawah ini dengan kata yang sesuai.
1.Tempat
menteri bertugas disebut_______.
2.Dia
meminati bidang______.
3.Lagu
______kita ialah "Negaraku".
4.Ismail
murid yang jujur.______nya patut dijadikan contoh.
5.______nya
pada waktu lapang ialah membaca.
6.Pihak polis
memuji______pelajar itu.
7.kucing______saya
dilanggar kereta semalam.
8.Bangunan
KOMTAR menjadi ______penduduk.
9.Salah
seorang sultan pada zaman______Melaka ialah Sultan Muzaffar Shah.
10.______orang-orang
kampung itu tidak dapat kami lupakan.
kebaikan kebanggaan kebangsaan keberanian
kegemaran kehakiman
kejujuran
kementerian kesayangan kesultanan
LATIHAN 2
Isikan tempat-
tempat kosong dengan perkataan yang diberi.
1.Syarikat itu
mendapat ___________yang besar pada tahun lepas.
2.Abang Azwan mempunyai
__________yang kuat untuk belajar melukis.
3.Projek itu
terpaksa dihentikan kerana __________wang.
4.Membaca surat
khabar sebelum ke pejabat,sudah menjadi suatu__________bagi
ayahnya.
5.Peperanganlah
yang menyebabkan rakyat di negara itu hidup dalam __________.
6.Kebakaran itu
telah menyebabkan __________harta benda yang banyak.
7.Kemalangan
jalan raya yang berlaku malam tadi berpunca daripada
__________pemandu
bas mini yang terbabit.
8.Perbuatannya
yang menjolok mata itu telah menimbulkan __________ibu
bapanya.
9.__________guru-guru
dalam seminar itu sangatlah penting.
10.Penumpang-penumpang
boleh keluar melalui pintu yang terdapat di bahagian
belakang bas itu
sewaktu berlaku sebarang __________.
kecuaian
kesengsaraan kemarahan kecemasan keuntungan
kelaziman
kemahuan kehadiran kemusnahan kelurangan
LATIHAN 3
Isi tempat-tempat
kosong dengan perkataan yang diberi.
1.Saya
__________selepas berlari.
2.Kamu tentu akan
mencapai __________yang cemerlang jika rajin berusaha.
3.Ujian itu
diadakan untuk menguji __________murid-murid.
4.Peperanganlah
yang menyebabkan rakyat negara itu hidup
dalam__________.
5.Dia yang
melakukan__________,saya pula yang disalahkan.
6.Pejabat pos
merupakan salah satu __________awam yang penting
kemiskinan kejayaan kebolehan, kesilapan, kehausan, kemudahan
LATIHAN 4
Pilih jawapan
yang paling sesuai untuk mengisi tempat-tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1.__________
sesebuah negara banyak bergantung kepada faktor ekonomi,politik dan sosial.
A.Mensejahterakan
B.Sejatera
C.Kesejahtera
D.Disejahterakan
2.__________
jelas terbayang pada wajah Maniam apabila dia teringatkan sikapnya yang biadab
terhadap ibunya.
A.Kesal
B.Kekesalan
C.Penyesalan
D.Menyesalan
3.Kecantikan
seseorang perempuan juga bergantungkepada __________ budi bahasanya.
A.terhalus
B.menghaluskan
C.kehalusan
D.menghalusi
4.Kolam renang
itu kelihatan __________ apabila dilihat dari tingkat teratas hotel ini.
A.kebiru-biruan
B.dibirukan
C.membiru
D.membirukan
5.__________
Pulau Kapas telah menarik minat ramai pelancong ke palau tersebut.
A.Terindah
B.Mengindahkan
C.Keindahan
D.Pengindahan
6.Masalah
pengangkutan telah dapat diatasi dengan adanya __________ jalan raya ke kampung
itu.
A.kemudahan
B.memudahkan
C.permudahan
D.mudahan
7.__________
terbayang di muka pelajar itu sebaik sahaja dia menerima keputusan peperiksaan.
A.Bersedih
B.Penyedih
C.Kesedihan
D.Menyedihkan
8.Pelancong itu
terpaksa pergi ke__________negaranya di Malaysia setelah dokumen perjalanannya
hilang.
A.kediaman
B.kemenyerian
C.kedudukan
D.kedutaan
9.Mak Cik Milah
tinggal__________ setelah anak-anaknya berhijrah ke bandar.
A.kesepian
B.menyepi
C.menyepikan
D.sepi
10.Julia menjerit
__________ kerana terkejutkan seekor katak yang melompat di hadapannya.
A.takutkan
B.penakut
C.ditakutkan
D.ketakutkan
Terima kasih untuk perkongsian ilmu. Sangat berguna kepada saya yang perlukan bahan rujukan tetapi tinggal di luar negara.
ReplyDeleteTerima kasih untuk ilmu yang dikongsi. Halalkan segala yang saya guna dari sini ya.
ReplyDelete