Wednesday, 14 November 2012

KOLEKSI ISI-ISI PENTING KARANGAN TERPILIH



1. Anda sedang berbual-bual  dengan rakan anda tentang  masalah pencemaran  air dan langkah- langkah  yang dapat diambil  untuk  menjamin kebersihan air.Tulis dialog antara anda dengan rakan anda itu.

    Pendahuluan.
    -  air penting untuk kegunaan harian

    Isi-isi.
    1.Pencemaran air mengakibatkan pelbagai  penyakit – sakit taun, cirit-birit, dan penyakit  
       kulit
    2.langkah untuk menjamin kebersihan air –   memasak air untuk membunuh kuman
    3.menggunakan penapis – air terjamin bersih
    4.membubuh ubat ke dalam tangki air atau telaga

    Penutup

    - menjaga kebersihan air untuk menjamin  
      kesihatan





2.  Anda  mewakili kelas anda dalam suatu pertan dingan    syarahan  peringkat   sekolah.    Tajuk 
     syarahan itu ialah “Negara Bersih Rakyat Sihat”.    Tulis syarahan itu.

     Pendahuluan.
     - kata-kata aluan
     - kebersihan dapat menjamin kesejahteraan hidup
  
 Isi-isi
     1.kesihatan diri dan keluarga terjejas sekiranya  alam sekitar tidak bersih
     2.tidak dapat belajar dan bekerja – negara akan  mundur
     3.bagi memastikan kehidupan yang sejahtera kebersihan perlu dijaga.
     4.rakyat yang sihat melambangkan negara yang makmur – rakyat perlu berganding bahu – 
        mengawal pencemaran

     Penutup

- semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan alam sekitar




3.Lengkapkan cerita di bawah ini.
         Aku sedang memancing dengan kawanku di   tepi sungai. Tiba-tiba mataku terpandang akan
    sesuatu yang terapung di permukaan air sungai.Aku memberitahu   kawanku.  Kami mendekati
    benda itu …

    Pendahuluan.
    - seperti perenggan di atas.

    Isi-isi

    1.menyangkakan benda yang terapung itu batang  kayu – cuba menguis-nguisnya
    2.terkejut – benda tersebut ialah seekor buaya  lari ke tebing sungai
    3.memberitahu orang kampung – membuat  laporan
    4.pihak polis dan Jabatan Perlindungan Haiwan berjaya menangkap buaya

    Penutup

    - buaya tersebut ditempatkan di zoo




4. Persatuan Ibu Bapa   dan  Guru (PIBG) serta  kakitangan sekolah telah mengadakan projek 
    secara gotong-royong di sekolah anda. Anda dikehendaki menulis laporan tentang gotong-
    royong yang telah dijalankan itu.
    Tulis laporan tersebut.

    Pendahuluan

- menyatakan tarikh, masa dan tempat gotong-
   royong diadakan

    Isi-isi

    1.tujuan untuk mengurangkan perbelanjaan    mengurus sekolah - memupuk hubungan mesra
    2.bermula dengan ucapan ringkas Guru Besar
    3.mengecat bangunan kantin – menanam pokok-pokok bunga
    4.berhenti rehat – jamuan ringan
    5.menyambung kerja – membersihkan longkang

    Penutup

- berterima kasih – berharap agar aktiviti yang 
      serupa lebih kerap diadakan




5. Ibu rakan karib anda   dimasukkan   ke hospital   kerana mengidap penyakit jantung.
    Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk  menyatakan rasa simpati anda kepadanya.

    Pendahuluan
    - menanyakan khabar dirinya dan ibunya

    Isi-isi
    1. terkejut mendengar berita – ibunya dimasukkan  ke hospital
    2. meminta maaf – tidak dapat melawat ibunya
    3. ibu bersalin di hospital – menjaga adik-adik di  rumah.
    4. berharap agar dia tidak berkecil hati

    Penutup
    - berharap ibunya cepat sembuh




6. Lengkapkan cerita di bawah.
            Sudah lama kasut roda itu kuidamkan. Aku   ingin  benar memilikinya tetapi bagaimana? Ibu 
    bapaku  tidak  akan  melayan kehendakku.  Aku   kurang   memberikan  perhatian  pada  pelajaran
    berbanding  dengan  adikku.         Dia   sentiasa  mendapat         keputusan     cemerlang    dalam 
    peperiksaannya.     Aku…

    Pendahuluan
    - seperti petikan di atas

    Isi-isi
    1. ayah berjanji untuk membeli kasut roda syaratnya belajar bersungguh-sungguh
    2. berazam – tidak mahu ponteng sekolah   tekun mengulang kaji
    3. cikgu hairan – semakin rajin bertanya
    4. keputusan akhir tahun – tempat pertama ayah membeli kasut idaman

    Penutup
    - berasa bangga – berazam untuk mengekalkan
      prestasi cemerlang



7. Anda telah menyaksikan atau mendengar suatu   peristiwa yang menyedihkan anda.  Tulis suatu
    cerita  yang  berkaitan  dengan  peristiwa  sedih  tersebut.

    Pendahuluan
    - bercuti di  kampung nelayan – rumah kawan baik – keluarganya susah 

    Isi-isi
    1. suatu malam – rumah jirannya terbakar  - terjaga – segera membantu
    2. api merebak ke rumah kawanku - tidak sempat  menyelamatkan barang-barang
    3. jeritan meminta tolong – anaknya terperangkap
    4. bomba datang – tidak sempat menyelamatkan bayi itu bermalam di dewan – sungguh sedih

    Penutup
    - bapa datang menolong keluarga kawanku
    - aku insaf atas kejadian yang berlaku






8. Baru-baru  ini  negara  kita  telah  dilanda  jerebu.   Keadaan ini menyebabkan kita tidak selesa. Tulis   sebuah   karangan    tentang    pengalaman   anda  menghadapi suasana tersebut.

    Pendahuluan
    - punca jerebu – aktiviti pembakaran hutan, asap dari kenderaan bermotor, asap dari kilang

    Isi-isi
    1. radio, televisyen, akhbar – menyiarkan berita mengenai jerebu
    2. kurang bermain di luar rumah – tiada aktiviti kokurikulum di sekolah
    3. tidak berapa sihat – batuk-batuk, mata pedih- suasana sekeliling berkabus
    4. Negeri Sarawak diisytihar darurat – membeli makanan untuk bekalan

    Penutup
    - dua minggu kemudian – jerebu berkurang






9. Anda   telah   terpilih    untuk   menyertai     suatu  pertandingan akhir yang diadakan di sekolah anda.  Berbagai-bagai persiapan telah  diatur  menjelang   hari tersebut.
    Tulis suatu catatan tentang persiapan anda itu.

    Pendahuluan
- menyatakan tarikh, tempat, dan nama   pertandingan yang disertai

    Isi-isi
    1. persediaan awal – berlatih bersungguh-sungguh  - menyediakan pakaian yang sesuai
    2. pada hari pertandingan – berdebar-debar
    3. tiba giliran – persembahan penuh bertenaga dan  yakin
    4. tidak sangka menang – peserta yang lain hebat

    Penutup
    - gembira kerana berjaya – tidak melupakan  orang   yang memberi sokongan – impian tercapai




10. Baru-baru  ini  pusat sumber sekolah anda telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu. Berbagai-
      bagai aktiviti telah diadakan   Tulis suatu laporan mengenai aktiviti yang telah
      dijalankan.

      Pendahuluan
      - diadakan pada 18 April 2012 hingga 23 April
      2012

      Isi-isi
     1. pelbagai aktiviti diatur – pertandingan melukis poster – terbuka kepada semua murid
     2. pertandingan syarahan – Syazlin Sazali menjadi  johan
     3. diadakan pertandingan perbahasan antara kelas
     4. pertandingan mendeklamasikan sajak
     5. murid digalakkan bertutur dalam bahasa Melayu baku – sepanjang minggu itu

    Penutup
    - segala aktiviti berjalan dengan lancar - mencapai matlamatnya



4 comments:

  1. Ini boleh menjadi panduan yang baik untuk saya dan rakan-rakan saya juga. Banyak isi yang baik dapat dikongsikan.

    ReplyDelete
  2. Perkara yang baik memang wajib dikongsikan lebih-lebih lagi perkongsian ilmu.Manafaatkan apa yang kamu perolehi.

    ReplyDelete
  3. Minta kebenaran untuk dijadikn bahan rujukan -khatiha smkss trg

    ReplyDelete