PENANDA WACANA
1. Tiket bas untuk pulang ke kampung
telah habis dijual. _______, Azam tetap berusaha untuk pulang dengan
mendapatkan tiket kereta api pula.
A Namun begitu B Selain itu C Tambahan pula D Lantaran itu
2.
Karnival membeli-belah 2004 sudah bermula di seluruh negara. _______,
suri rumah dinasihati supaya
bersikap bijak semasa berbelanja.
A Bahkan juga B Namun begitu C Tambahan pula D Lantaran itu
3.
Ain sangat disayangi datuk dan neneknya. ______ dia merupakan cucu
tunggal.
A Oleh yang demikian B
Di samping C Lebih-lebih lagi D Dengan itu
4.
Peperiksaan UPSR semakin hampir. _______, Nazrul membuat latihan ulang
kaji dengan lebih intensif.
A Bukan sahaja B Oleh sebab itu C Kalau begitu D
Namun begitu
5.
Rahayu petah bercakap dan bijak pula. _______, dia telah terpilih
mewakili sekolah dalam pertandingan
syarahan peringkat Daerah Perak Tengah.
A Oleh sebab itu B Padahal C Di samping itu D Lebih-lebih lagi
6.
Harga sayur akan dikaji semula. _______ berlakunya lambakan sayur di
pasaran.
A Seterusnya B Bukan sahaj C Oleh sebab itu D Hal ini kerana
7.
Kehidupan Alang sangat miskin. ______ dia terpaksa mencari rezeki
tambahan untuk menyara keluarganya
yang besar.
A Namun begitu B Oleh yang demikian C Sungguhpun demikian D
Dengan itu
8.
Puan Juriah mengusahakan tanaman ciku secara komersial. _______ dia juga
melibatkan diri dalam
penternakan lembu untuk menambah pendapatannya.
A Di samping itu B Namun demikian C Tambahan pula D
Lebih-lebih lagi
9.
Para pemandu dinasihati supaya
berhati-hati apabila melalui selekoh yang tajam itu. _______, jalan itu licin
dan tidak rata.
A Oleh sebab itu B Tambahan pula C Di samping itu D
Lebih-lebih lagi
10. Semua orang hendak pergi ke
pameran komputer itu. ______ saya pun hendak pergi sama.
A Tambahan pula B Kalau begitu C Oleh sebab itu D Dengan demikian
11.
Suhaimi yang merupakan juara bertahan dalam kejohanan tenis itu telah
bermain bersungguh-sungguh dalam
perlawanan akhir,
beliau tewas dalam perlawanan tersebut.
A jika demikian B demikian
juga C begitu juga D namun demikian
12.
Amira merupakan anak seorang hartawan. dia tidak menyombong diri dengan
rakan-rakannya
yang lain.
A Namun begitu B Jika begitu C
Oleh sebab itu D Lebih-lebih lagi
13.
Persekitaran yang kotor akan menyebabkan pelbagai penyakit, kita mestilah menjaga
kebersihan persekitaran.
A dalam pada itu B walau bagaimanapun C oleh sebab itu D
dengan itu
14. Zurina belajar bersungguh-sungguh,namun dia
gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam
ujian bulanan matematik.
A jika demikian B meskipun C jika sekiranya D tambahan pula
15. Jangan berbual-bual semasa berada
di dalam kelas, ______ ketika guru sedang mengajar.
A lebih-lebih lagi B oleh sebab itu C di samping itu D
oleh yang demikian
16.
Persekitaran yang kotor akan mendatangkan pelbagai penyakit, kita mestilah menjaga
kebersihan persekitaran kita .
A walau bagaimanapun B oleh
sebab itu C dengan itu D
dalam pada itu
17.
Penganiayaan kanak-kanak kerap berlaku di negara Barat,
kini fenomena itu mula
menular dalam
masyarakat kita .
A
namun begitu B di samping itu C jika
demikian D kalau begitu
18.
Semua orang pergi ke pesta buku itu , saya
pun ingin turut serta .
A demikian juga B selain itu C
oleh yang demikian D dengan itu
19. Saya tahu awak tidak sengaja mengoyakkan buku
itu, awak perlu menggantikan dengan yang
baru .
A di samping itu B dengan demikian C jika sekiranya D walau bagaimanapun
20. Kehidupan keluarganya sangat susah
kerana adik-beradiknya ramai. _______, bapanya sudah lama meninggal dunia.
A Kalau begitu B Selain itu C Tambahan pula D Lantaran itu
21.
________ ditegur _______
menjadi-jadi pula perangai anak bongsu Puan Maimunah itu.
A Biarpun…namun B Makin…makin C Jangankan…pun D Bukan saja…tetapi
juga
22. Encik Aziz yakin kejadian itu
dilakukan oleh Abu dan rakan-rakannya. ______, beliau tidak mahu membuat
tuduhan tanpa sebarang bukti yang kukuh.
A Oleh itu B Justeru C Namun begitu D Tambahan pula
23. Bengkel motivasi itu _______
dibuka untuk murid sekolah rendah, ________ untuk pelajar sekolah menengah.
A bukan sahaja…tetapi juga B
baik…baik C sungguhpun…namun D jangankan…pun
24. Ali bercita-cita menjadi pakar
forensik, _______ dia telah belajar dengan bersungguh-sungguh.
A Jika begiti B Namun begitu C Tambahan pula D Oleh sebab itu
25. Menteri Pelajaran menyeru para
pelajar supaya menguasai teknologi maklumat. _______ hasrat negara untuk
menjadi negara maju menjelang 2020 akan tercapai.
A Di samping itu B Lebih-lebih lagi C Dengan demikian D Dalam pada itu
26. ______ nenek sudah terlantar di
wad selama lima
bulan,________ dia tetap yakin bahawa penyakitnya itu
akan sembuh.
A Sungguhpun…kerana B
Jikalau…malahan C Walaupun…andai kata D Walaupun…namun
27. Zairul pandai membina laman web.
_______ dia telah ditugaskan membina laman web Kelab Komputer
sekolah.
A Di samping itu B Manakala C
Oleh sebab itu D
Lebih-lebih lagi
28. Pementasan teater “Semarak Budi”
itu tidak mendapat sambutan penonton. _______, harga tiketnya agak
mahal.
A Tambahan pula B Dengan itu C Jika demikian D Namun demikian
29. ______ saya tiba di rumahnya, Alia
tidak ada di rumah.______ saya tidak memberitahunya terlebih dahulu.
A Sementara…oleh itu B
Tatkala…Ini kerana
C Tatkala…Sungguhpun D Kendatipun…Namun
begitu
30.
Surat
ugutan masih diterima oleh Puan Noriah dia telah melaporkan kepada polis.
A walhal B namun begitu C oleh itu D
namun demikian
31.
Tidak lama lagi kakak akan menjadi raja sehari. _____ kakak terlalu sibuk membuat
pelbagai persiapan.
A Walhal B Oleh itu C
Justeru D
Walaupun
32.
hidup miskin Zaini tidak pernah berputus asa
_______ mendapat cercaaan daripada rakan-
rakannya.
A Sungguhpun…dengan itu B Walaupun…meskipun
C Walaupun…oleh itu D Oleh sebab…manakala
33. cacat anggota, namun peserta sukan paralimpik
itu tetap mempunyai semangat kesukanan.
A Oleh yang demikian B Sungguhpun begitu C Biarpun D
Dengan itu
34. Malaysia telah mencapai
kecemerlangan dalam sukan SEA. ______ satu majlis akan diadakan untuk meraikan
atlit negara.
A Ini kerana B Oleh itu C
Lebih-lebih lagi D
Sungguhpun
35.
berjaya menewaskan peserta lain, Akila tidak
sombong ________ dia masih ingin berusaha lagi.
A walaupun…dengan itu B Sungguhpun…bahkan
C Sungguhpun…tetapi D Biarpun…kerana
36.
Raju masih terkenangkan kemalangan ngeri itu. , parut
di hatinya masih ada.
A Walau bagaimanapun B Tambahan
pula C Kalau
begitu D Selepas itu
37.
tidak lulus dalam ujian memandu, _______ kakak
tidak kecewa.
A Walaupun…oleh itu B
Meskipun…walaupun begitu
C Meskupin…sebaliknya D Walaupun…namun
38. Bee Suan ialah murid yang aktif dan cerdas.
Dia juga baik budi bahasanya. _______, dia telah terpilih
sebagai ketua murid.
A Di samping itu B Lantaran itu
C Sebelum itu D Sungguhpun demikian
39. Jika orang sekaya dia pun tidak mampu
membeli kereta mewah itu, _______kita.
A apakan lagi B apalah lagi C apa jua D apatah lagi
40. Masri dan adiknya hendak keluar
bermain. _______, mereka mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa
mereka.
A Sementara itu B Selepas itu C
Sebelum itu D
Tambahan pula
41. Saifudin ingin mengulangkaji
pelajaran. ______, peperiksaan semakin hampir.
A Selain itu B Namun demikian C Dengan ini D Lebih-lebih lagi
42.
Arif tidak berminat dengan persatuan itu lagi. _______, dia telah
menarik diri daripada persatuan itu.
A Setelah itu B Oleh sebab itu C Kalau begitu D
Namun begitu
43. Kakak cukup sibuk dengan persiapan
perkahwinannya. _______, dia masih sempat lagi membawa kami pergi
bercuti ke Pulau Langkawi.
A Tambahan pula B Namun demikian C Lebih-lebih lagi D
Setelah itu
44. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
membersihkan longkang yang tersekat, _______ memperdalam parit bagi
mengatasi masalah banjir.
A di samping itu B sebelum itu C lantaran itu D
daripada itu
45.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sungguh cantik dan canggih.
______, banyak terdapat
kemudahan untuk pengunjung dan penumpang.
A Oleh sebab itu B Kalau begitu C
Walaupun D Selain itu
46. Petang semalam hujan agak lebat.
_______, kami tetap menjalani latihan bola sepak.
A Selain itu B Sementara itu C Dalam pada itu D
Namun begitu
47.
Setelah bersusah payah selama lapan tahun, _______ dia berjaya menjadi
usahawan yang disegani.
A akhirnya B dengan yang demikian C oleh itu D
dengan itu
48. ______ dia lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan itu, dia akan melanjutkan pelajaran ke universiti.
A Namun demikian B
Lantaran itu C
Sekiranya D
Walau bagaimanapun
49.
Zarina penulis skrip drama yang baik. ,
dia juga menjadi pelakon teater.
A Tambahan pula B
Lantaran itu C
Di samping itu D Oleh yang demikian
50.
Ayah dan ibu belum pulang hari
sudah lewat senja.
A selanjutnya B namun demkikian C meskipun D
di samping itu
Mohon guna bahan pengajaran ini di kelas saya. Terima kasih.
ReplyDeleteJawapan??
ReplyDeleteJawapan??
ReplyDeleteNak jawapannnnnnnnnn
ReplyDeletemohon izin untuk digunakan untuk kelas saya. Terima kasih
ReplyDeleteCikgu mohon beri jawapan boleh.
ReplyDeleteMohon gunakan sebagai rujukan
ReplyDeleteJawapann jancok
ReplyDelete