LATIHAN TATABAHASA.
Arahan : Pilih perkataan yang paling sesuai bagi mengisi tempat kosong
dalam ayat-ayat di bawah.
1. Pak Mat ………… mata sabitnya dengan
batu pengasah.
A menarah
B mengikir
C mengasah
D melicin
2. Kehidupan batu karang kian ………… akibat pencemaran air
laut.
A terancam
B teruk
C mengancam
D kurang
3. Penyanyi itu diminati ramai kerana mempunyai suara yang ………….
A nyaring
B serak
C garau
D merdu
4. Perdana Menteri telah melakukan
lawatan ………… ke negara Jepun baru-baru ini.
A pendek
B segera
C singkat
D lanjut
5. Beliau ……….
daripada jawatannya kerana didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin.
A dilucutkan
B dipecatkan
C ditanggalkan
D dibuangkan
6. Pokok bunga itu ………… pembesarannya
kerana kekurangan baja dan air.
A tersekat
B tergencat
C terbantut
D terkerdil
7. Dia merupakan pemimpin pelajar yang
paling …………. bersuara
ketika di universiti dulu.
A lancar
B lantang
C tenang
D kuat
8. Budak itu sempat ………… pada dahan kayu
ketika dihanyutkan arus deras itu.
A bergantung
B bergayut
C bersauk
D berdiri
9. Dia ………… keluar dari bilik itu hingga terlupa beg duitnya.
A berlalu
B melompat
C meloncat
D bergegas
10. Pegawai itu ………… fail di celah ketiaknya.
A menatang
B mengepit
C menjunjung
D membawa
11. Ketika berdiri di pantai, dia nampak pulau itu ………… di tengah laut.
A berbalam-balam
B berpinar-pinar
C jauh-jauh
D berpusat-pusat
Imbuhan
Pilih perkataan yang sesuai
bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1. Bantal itu ………… benang emas.
A menyulam
B disulam
C bersulam
D tersulam
2. Petani itu ………… kambing-kambingnya.
A mengandangkan
B terkandang
C mengandang
D berkandang
3. ………….. baja yang cukup akan menambah hasil tani.
A Kegunaan
B Gunaan
C Mengguna
D Pengguna
4. Ilmu ………… sangat penting bagi
seseorang yang menjadi doktor.
A mengubat
B perubatan
C ubatan
D berubat
5. Menteri Penerangan mengingatkan para
………… supaya menulis berita dengan tepat dan benar.
A seniman
B karyawan
C budayawan
D wartawan
6. Pegukir sedang …………
arca itu.
A memperhalus
B kehalusan
C menghalus
D dihalus
Kata Hubung/ Kata Sendi Nama
Arahan :
Pilih perkataan yang sesuai bagi mengisi tempat kosong
dalam ayat-ayat di bawah.
1. Mereka bertungkus-lumus membina khemah itu …………
mereka keletihan.
A lalu
B sambil
C hingga
D serta
2. Ali terkejut ………… berita sedih itu
disampaikan kepadanya.
A jika
B apabila
C lantas
D dan
3. Saya akan ke rumah Maniam esok …………. Lusa.
A dan
B hingga
C atau
D serta
4. Rombongan itu datang ………… Sabah.
A dari
B kepada
C daripada
D pada
5. Hadiah awak ada ………… pengawas itu.
A pada
B ke
C kepada
D di
6. Gelas itu dihempasnya ………… lantai.
A kepada
B dengan
C ke
D dari
7. Banyak manfaat yang kami peroleh ………… ceramah anti dadah
itu.
A dari
B kepada
C daripada
D di
PENJODOH BILANGAN
Arahan : Pilih
perkataan yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1. Se …………… kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua
jam dia menghadap meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai
2. Ayah membeli dua …………
durian di pasar.
A biji
B ulas
C buah
D buku
3. Kakak menggunakan se …………… kain sebagai pembalut luka pada
jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk
4. Polis melepaskan lima ………… tembakan ke arah perompak itu.
A butir
B das
C biji
D pucuk
5. Buku itu berharga dua belas ringgit
se …………….
A papan
B keping
C naskah
D rangkap
6. Beliau memulakan ucapannya dengan se
…………… pantun.
A baris
B kerat
C rangkap
D buah
7. Ayah membeli dua …………
petai di gerai itu.
A papan
B biji
C gelung
D mata
8. Beberapa ………… rokok
bertaburan di lantai.
A puntung
B berkas
C kotak
D pucuk
KATA GANDA
Tulis jawapan yang paling sesuai di tempat kosong dalam
ayat di bawah.
1. Asmah lari ………… apabila dia terlihat
bayang-bayang hitam di belakang pohon kelapa itu.
A kelam-kabut
B lintang-pukang
C tergesa-gesa
D hati-hati
2. Penagih dadah itu berjalan ………… lalu terjatuh ke dalam longkang.
A terhuyung-hayang
B tersorong-sorong
C terhinggut-hinggut
D terpontang-panting
3. Kenderaan ………… di
jalan yang sibuk itu.
A kelam-kabut
B tolak-menolak
C simpang-siur
D putus-putus
4. Majlis perkahwinan kakak saya
dijalankan secara ………… selama
seminggu.
A gilang-gemilang
B besar-besaran
C kecil-kecilan
D sedang-sedang
5. ………….
antara perompak dengan polis telah berlaku di hadapan sebuah bank.
A Buru-memburu
B Tikam-menikam
C Kejar-mengejar
D Tembak-menembak
6. Dia telah menempuh pelbagai ………… sebelum berjaya dalam hidupnya.
A pahit-maung
B susah-susah
C remeh-temeh
D jerih-perih
PERKATAAN SAMA ERTI
Pilih perkataan sama erti
dengan perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah.
1. Pemuda itu bergegas
meninggalkan tempat itu lalu tertinggal jaketnya.
A segera
B deras
C pantas
D cepat
2. Pakaian itu masih berkerut
walaupun telah digosok beberapa kali.
A berkedut
B bergumpal
C berlipat
D berdaki
3. Banyak manfaatnya jika kita menyertai pasukan
beruniform.
A faedahnya
B tujuannya
C haluannya
D baiknya
4. Peperangan sengit masih lagi
berlaku di kawasan itu.
A kuat
B kerap
C rancak
D hebat
5. Muka petani itu habis terpalit lumpur.
A tercalit
B tercat
C terkena
D terlekat
SINONIM
Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris
dalam ayat-ayat di bawah.
1. Ayam jantan itu bacul kerana
tidak berani berlaga dengan lawannya yang lebih besar.
A dayus
B berani
C pengecut
D takut
2. Pencuri yang menggeledah gudang itu telah berjaya
ditangkap oleh pihak polis.
A menyelongkar
B mengambil
C membongkar
D membuka
3. Kian batik yang dipakainya berlatar
warna hitam.
A bertanah
B bercorak
C berbunga
D berhias
4. Permukaan tasik itu beriak akibat
tiupan bayu.
A bergerak-gerak
B mengombak
C beredar-edar
D berpusing-pusing
5. Dalam keadaan ekonomi kini , ramai
orang tidak mampu membeli barangan import lagi.
A larat
B kuasa
C sanggup
D suka
6. Ibunya membantah dengan keras
rancangannya hendak berniaga itu.
A kasar
B segera
C tegas
D marah
SELAMAT
MENJAWAB
bagus juga soalannya
ReplyDelete